Tuesday, January 28, 2014

TAK LAYAN...

Selamat Tahun Baru.. terlambat.. tapi baru Januari kira baru lagi kan..
dan Selamat Tahun Baru Cina.... advance sikit.. he he

Lamanya makchaq tak jenguk blog... 
lebih sebulan dah kot....
tak dak apa nak cerita.. tu yang tak jenguk2 tu..

Hari ni ada pulak nak cerita

Tengah hari tadi kawan makchaq ajak pi perodua showroom
dia nak tengok Alza
kami masuk.. sorang pun tak layan.. pandang donno ja.. greet pun dak..

Kami pi la dok tengok2 Alza yang dipamerkan
bukak pintu, tengok tempat barang, test2 duduk kat belakang.. 
test2 duduk kat tempat drebar etc..
orang2 kedai buat derk..ja.. yg duduk kat meja do mengadap komputer..
yang duduk kat kaunter pun buat tak heran... 

Lepas tengok Alza kami pi showroom Tan Chong
masuk2 teruih sorang budak Cina ucap selamat datang..
tanya nak bantu.... ikut.. bagi penerangan.. tolong bukak pintu kereta
suruh cuba duduk.. tunjuk kelebihan2 kereta tu..
siap offer untuk test drive lagi... (dapat la rasa naik GL tadi...)
kawan makchaq yang langsung Grand Livina tak dak dalam senarai nak beli
dah boleh terpikat.. dah dia rasa ok jugak kot GL ni.....

Makchaq pernah dulu ingat nak beli kereta wira
pi la nak tengok2.. showroom  melayu la kita pilih..
baru tanya2 harga
si penjuai ni teruih tanya.. " kak pakai kereta apa sekarang? "
bila jawab kancil.. 
dia kata " yang ni bayar bulan mahal kak..kancil tu akak bayar berapa? "
bila bagi tau 200 lebih selamba cakap.. 
" wira ni kalau akak ambik 10 tahun pun mahal dari tu kak....lebih 500...."

Berulang2 dok cakap bayaq bulan mahai.. macam kita tak mampu sangat....
apa punya berniaga kan...tak dak skill langsung....

Jauhnya... beza
orang Melayu ngan orang Cina berniaga
cara layan pelanggan... memang berbeza
memang la pada depa 
kalau hampa tak mau beli ramai lagi nak beli..
tapi kurang2 bagi la layanan sikit...

19 comments:

  1. Ada kawan pi intai2 Honda Stream yg jadi idaman Aina jugak. Masuk ada sorg salesman Melayu dia buat tak tahu sahaja layan pun tidak. Tiba2 masuk salesman Cina budak tu yang layan itu ini. Padahal kawan saya tu pi memang nak beli. Apa ingat org Melayu sengkek sangat ka? Akhirnya budak Cina tu yg dapat komisyen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni tak mau belajaq cara orang cina berniaga... kata kat orang...
      sebenaqnya makchaq pun tak reti berniaga.. beli ja pandai.. he he

      Delete
  2. Ntah lah makchaq hairan dgn sikap SESETENGAH Melayu kita ni yg suka sgt Judge org ...byk sgt NUJUM PAK BELALANG kan...kalau org dtg tgk kete..cer masukan dlm kepala tu..Ni MESTI nak beli..than promote lah ..ni nampak org baju T pakai sandal Asadi dah tak mau layan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa malas nak perabih ayaq lioq kat orang yang tak dak prospect kot...
      tapi bila dok kata mahai.. mahai macam kita tak mampu tu over jugak la kan..

      Delete
  3. Sikap acuh tak acuh melayan pelangan.
    Kebanyakkan jurujual tidak menjalani kursus marketing.
    Ditambah pula sikap pemalas, sampai bila pun tak boleh maju diri jika berbekalkan sikap malas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mustahil la company tak hantaq kursus.. rasanya memang jenis malas dan peduli apa aku.. sebab kereta malaysia kan ramai peminat.. kau tak nak orang lain nak...

      Delete
  4. bkn nak kutuk bangsa sendiri tp itulah realitinya org melayu meniaga...

    ReplyDelete
  5. Mmg syarikat melayu kureng skill PR. Syarikat cina, depa akan bersungguh2 memikat hati kita. Agaknya syarikat perodua yg makchaq pergi tu dah laku sangat. Salesman dia tak tak lalu nak kutip komisen lg.....
    Sedih kan? Niat kita nak tolong org kita tp depa takmo bantu diri mereka sendiri... Habis camna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la Rahmah.. dah banyak sangat juai....
      maalumlah.. kawasan orang gomen.. kereta malaysia ni memang jadi pilihan...

      Delete
  6. Salam tahun baru makchaq, kalau ada 2 salesmen duk sembang2, kita pi kat dua2 sekali terus kata "saya nak beli", baru depa nak berebut di antara depa :) tapi dulu masa nak beli keta, saya terus terang nak bulanan yg murah, tak mau downpayment, auto,brandnew, depa tolong adjust jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena habaq kita betui2 nak beli baru depa layan kot kan..

      Delete
  7. sokong makchaq.
    Selalu juga terkena dgn salesman/girl yang tak ada PR ni.Tengok kita atas bawah.Sekali kita tayang card platinum baru tau...hehe tak dak pun.
    Saya suka Jakel..pandai layan customer selalunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman makchaq kat Jakel pun ok pandai budak2 dia buat sales..
      kereta mahai.. depa pun agak2 dulu sapa yang nampak mampu baru layan....

      Delete
  8. berasap juga saya baca ni makchaq walau tak kena kat saya.

    ReplyDelete
  9. Itulah kelebihan bangsa lain berniaga, ramah dan bersungguh2.

    Kalau kak Zai yang dia tanya jawab pakai kereja jenis mahal2, cuma nak beli untuk anak yang baru habis sekolah biar padan muka dia.

    ReplyDelete
  10. setuju sesangat, orang kita ni tengok 'orang' yang datang kot..tengok ada gaya cam orang kaya baru nak layan kan...?

    ReplyDelete
  11. saya baru alami di sp. nak beli satu kereta kecik, sibuk tanya berapa bajet bulanan nak bayar, adoii..bila tanya berapa rm minyak kereta tu boleh bawa dari sp ke ipoh, terkial2 tanya member2. adoiii...terus saya kensel nak beli.bila saya tanya apa kelebihan kereta tu, dia kata orang yang datang tak pernah tanya, datang terus beli.oooo...cam tu ka? saya terus tawar hati beli di situ. suami saya urus semua di ipoh.

    ReplyDelete
  12. Itulah makchaq masalahnya. Kadang-kadang kita ni nak pi cari orang Melayu, nak tolong jugalah tapi mereka rasa kita tak mampu nak beli barang tu. Mungkin kalau kita tak bergaya, tak pakai gelang emas sampai ke lengan, tak bawa barang mewah, mereka rasa kita ni sengkek sesaja. Cuba tengok macam tokey Cina, lagi kaya lagi koyak rabak seluar dek kerana banyak sangat sumbat note dalam poket seluar :)

    ReplyDelete