Lamanya dah tinggai kan blog
teringat jugak nak menulih
tapi keadaan tak berapa nak mengizinkan..
Hari ni gigihkan diri
Petang semalam pi melawat kawan kat hospital KL
dia ada masalah dimentia
awai pagi Jumaat kena sawan
sedih.... tak boleh buat apa sendiri..
tak kenai pun kita.. mata nampak tak fokus
kita yang mai tengok rasa kerdil & insaf
sesungguhnya tiada daya kita melainkan dengan kehendak Allah
semoga diringgankan sakitnya dan segera sembuh..
Lama sangat dah tak pi hospital KL
dulu hospital KL terkenal masalah parking...
la ni x dak masalah...dah ada parking bertingkat
6 tingkat.. siap ada maklumat kekosongan parking
canggih la dah parking
Kawan makchaq tu kat wad neuro 5B
1 bilik ada 8 katil...sempit sangat
antara katil cukup2 untuk letak 1 kerusi banquet
kalau tunggu waktu malam teruk jugak la..
Keadaan wad 5B sangat bersih
tandas.. bilik mandi.. ruang depan..
Memang sangat bersih...
tapi pam tandas pulak rosak
kena siram guna baldi...
Hospital lama.. masih guna kipas
musim panas ni terasa bahang
berpeluh jugak la makchaq..
walaupun kipas full blast..
Memang makchaq salute kakitangan hospital KL
jururawat, doktor, pembantu2 hospital..
bekerja dalam keadaan yang serba kekurangan
(dari segi keselesaan depa la..)
tapi tetap berkhidmat penuh dedikasi
masih senyum.. nampak keikhlasan
banyak depa kumpui pahala....
Harap2 ada la dalam budget kerajaan
Nak naik taraf hospital KL
bukan setakat parking saja...