Thursday, April 25, 2013

ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI, ADA JUGAK BELI TAK PAKAI2

Semalam kawan makchaq bawak katalog pinggan
wa.. lama tak tengok katalog pinggan
kat ofis makchaq ni jarang orang berniaga
jadi kami jarang dapat tengok katalog
sesekali dapat excited pulak tengok
CC baru makchaq yg juai..

Makchaq  la ni dok guna pinggan yg dibeli lebih 27 tahun lepas..
                                                                       
Saja ambik gambaq barang2 makchaq
yg beli masa baru kahwin & masih
dok guna sampai la ni
Set pingan ni beli masa baru2 kahwin
(sebelum beli pinggan ni kami pakai pinggan free hadiah ubat gigi, emporium, sabun basuh etc..)
lepas beli pinggan ni  teruih pakai sampai la ni..
tahan pulak tu.. rasanya baru 2 bijik pinggan pecah..
sayangnya mangkuk dia tinggai 2 ja.. piring tinggai 3 ja..
bila bagi makanan kat jiran
depa lupa nak bagi balik.. makchaq pun dah lupa bagi kat sapa



Ada jugak beli 2 set lain lepas tu... tapi tetap suka pakai set yg mula tu
yang ni mak makchaq bagi hadiah kahwin kat ami set teko ngan cawan
makchaq beli tambah jadikan set lengkap
Hat ni makchaq beli 1 set
tapi mana eh.. 2 set ni?
tinggai kat rumah Sg Buluh kot..
pasai kat sini tak dak pun.....

tapi cawan ngan piring banyak yg tak dak gu
makchaq terlepas sedulang masa  nak kemas lepas sedara pakchaq mai rumah..
ada yg pecah piring, ada yg pecah cawan


Set terbaru... beli tahun 2007 (terbaru tapi lama dah la..)
kawan makchaq ajak main kutu pasai depa tak cukup orang
masa tu makchaq pun tak tau set tu macam mana...tak pernah tengok pun..
kawan makchaq dok promote2 kata vantage ni famous... cantik... makchaq mesti suka..
ok la main la kutu....
lepas dapat setahun lebih dok dalam kotak dalam stor tak bukak pasai tak dak tempat nak susun

Lepas bersalinkan Nafisah makchaq cuti 4 bulan
dok rumah lama boleh la mengemas sana sini
kemas2 stor terperasan/terjumpa kotak pinggan kutu ni..(2009)


Bukak2..
oo mak ai... banyaknya bunga.... sampai dalam cawan pun ada bunga
dalam mulut teko pun ada bunga..
pening pulak makchaq tengok
sekali dua ja kot guna.. anak2 makchaq pun kata rimas
banyak sangat bunga.. tak nampak makanan..
la ni pinggan ni dok dalam lemari.. berabuk..

Agaknya kami sekeluarga memang tak minat bunga.....
tu la rimas bila tengok bunga banyak
kat rumah makchaq memang tak dak sekuntum pun bunga..
bouquet lagi la tak dak...

Tapi... ada seorang budak dalam keluarga ni minat bunga..
nampak bunga selalu kata.. 'cantiknya bunga...' dengan gaya penuh dramatik..
ni ha budak tu..

 









 

Sunday, April 14, 2013

ALHAMDULILLAH SYUKUR MAKCHAQ KEPADA ALLAH

Minggu lepas
mula2 Nafisah demam, batuk selsema
dia tidoq tak jerap
sat2 jaga sat2 jaga
hidung tersumbat batuk.. kesian kat dia

Makchaq pun bila tidoq jaga tidoq jaga
dok jaga Nafisah
langsung sakit kepala
rasa nak demam jugak

Nafisah dah ok
Khadijah pulak demam batuk selsema
tapi dia dah besaq tak la merengek kacau makchaq..

Hari Khamis Syuhada pulak accident masa balik kerja
dia call pukui 7.20 kata dah nak balik
'hati2.. hujan lebat ni..'  makchaq pesan..
pukui 8.00 leih dia call kata accident
macam nak tercabut jantung makchaq

Hujan jalan licin
terbabas masa nak conner
dia kata kereta macam ter arah ke kiri
reflectnya tarik stereng
langsung langgaq divider
kereta berpusing.. langgaq divider kiri kanan
sampai berenti mengadap arah bertentangan

Alhamdulillah tak dak kereta lain masa tu
dia pun tak cedera cuma trauma..
kereta teruk la...

Pakchaq balik urus semua..
makchaq ni tak berapa reti...

La ni Syuhada pi kerja naik keretapi
mula2 dulu pun naik keretapi
tapi bos dia sibok dok suruh bawak kereta
nak suruh kerja luaq ngan nak suruh stay balik lambat
tu yang bawak kereta..

Apa2 pun makchaq bersyukur sangat2
Syuhada tak cedera
Nafisah ngan Khadijah pun dah baik demam..

Alhamdulillah.. syukur ya Allah...
sedikit dugaan
Allah nak kejutkan makchaq jangan asyik dok leka


3 anak dara manja, buah hati makchaq.. 4, 14 & 24 tahun.. 


Tuesday, April 9, 2013

JANGAN CAKAP MACAM TU NAK...

Makchaq tak suka naik kapai terbang
sakit telinga (bengang), pening, tak selesa  rasa macam sesak nafas (kampongan kan....) rasa kelam kabut..takut lambat, takut tertinggai tiket, barang, etc....
tambah dengan pengalaman2 tak best & sengal masa naik kapai terbang...
memang makchaq selalu berdebaq2  kalau kena naik kapai terbang..
tapi cover... nampak cool la..

Masa pi rumah pakchaq baru ni
kami pi dengan kapai terbang

Dekat nak sampai juruterbang tu buat announcement
'akan mendarat ahead of time, anak kapal... bla bla bla...'

Lepas tu terasa kapai terbang tu naik balik..
teruih Nafisah tanya..

'mak, kenapa kapal terbang ni naik balik.. kata nak turun..'
'entah lah.. ye ke naik?'
'ya.... Nafisah rasa dia naik balik..'
'tak tau la Nafisah... mak pun tak tau kenapa..'
'ada masalah ni mak.. tu la dia kena naik balik..'

makchaq diam ja... tak da pulak announcement apa2 pun..
senyap sunyi je semua orang.. Nafisah ja dok potpet2

'hah.. kan dia pusing ni.... tak boleh turun la ni..'
'kalau lama2 pusing2 tak boleh turun nanti boleh habis minyak..'
'mak rasa tak dia naik lagi..?'

Tak berenti dia dok cakap..
'kalau habis minyak bahaya mak... boleh jatuh.... '
'nanti kapten tu cakap2 dengan orang kat bawah..'
'kalau orang tu salah cakap nanti....kapal terbang ni boleh berlanggar dengan kawan dia..'

Ish budak ni..
gabra makchaq..
orang depan kami kalau dengaq pun mesti gabra..
teruih makchaq mengucap sambil berdoa.. risau jugak..

'Nafisah, tak baik cakap macam tu.. mana Nafisah tau ni....'
'Nafisah tengok air crash..... betul boleh jadi macam tu...'
'dah la Nafisah, lebih baik Nafisah doa ..'
'baca doa ibu bapa..?'
'boleh la.. doa ibu bapa pun boleh.. baca Ashhadu alla ilaha illallah dulu, tak payah cakap2'

Bila Nafisah senyap
rasa sunyi sepi dlm kapal terbang..

Alhamdulillah
dalam 20 minit kami selamat mendarat..

Moral of the story
JANGAN BAGI BUDAK KECIK TENGOK AIR CRASH INVESTIGATION


Budak yang buat makchaq gabra..