Friday, April 11, 2014

JANGAN SYUHADA PULAK JADI MACAM MAKCHAQ

Petang semalam (Khamis) hantaq Syuhada ke  LCCT
dia kena kerja di Penang hari ni (Jumaat)
Syuhada sampai dari opis dah 7.30 
lepas dia solat  kami keluaq rumah dalam 7.40 
flight dia pukui 8.45.. macam ribut Hadi bawak kereta
nasib baik dan sampai... 10 minit lagi gate nak tutup

Teringat pulak masa dulu2 masa Syuhada ngan Hadi kecik2
kerja makchaq pun macam dia la jugak
kelam kabut.. tambah pulak anak kecik2
kalau ke tempat2 tak dak flight.. jenuh la.. pagi2 buta drive sorang-sorang
nak pi sehari sebelum dah kesian nak tinggai budak2...

Bila pi dengan flight pun sama
sebelum subuh dah keluaq pi airport
ambik flight paling awai.. lepas kerja  biasanya teruih balik 

Pernah sekali sampai airport Ipoh nampak lengang semacam..
tapi buat tak kisah la.. 
lalu pekan Ipoh pun lengang ja...tanya driver teksi
rupanya Perak cuti hari jadi sultan...
apa rah... orang Perak.. bagi date depa cuti...
patah balik melangut kat airport berjam-jam tunggu flight..

Pernah jugak nak tertinggai kapai terbang
makchaq bila check in pagi2 teruih check in balik sekali
dulu2 mana ada checkin online,  semua buat kat airport
lepas tu tersilap pulak tengok departure time
konpius  dengan no flight 
turun ja kereta dah dengaq nama kena announce
lari pecut sepanjang jalan ke gate tak kisah dah orang tengok
sambil jerit KL KL..
mat2 & minah2 salleh siap bagi semangat.. 
run run run for your flight...
sampai kat gate k/terbang dah gerak sikit dari corong tu.. 
tapi budak2 jaga corong tu ketuk2 kat dinding pilot tu tunjuk makchaq yg tertinggai
depa stop, bukak pintu tapi jarak la dah corong tu dari pintu k/terbang
dah nampak la jalan kat bawah tu..

" boleh lompat?"
" boleh boleh boleh" cepat makchaq jawab..takut kena tinggai..

dah la dengan beg fail, beg plastik, jaket, kasut tumit, kain pulak ketat sikit..
mula2 campak beg, jaket, beg plastik.. 
pastu rasa takut pulak tak lepas.. bukak kasut baling masuk
ke belakang sikit....angkat kain sikit.....ambik lajak... lari.... lompat !!!
Alhamdulillah... lepas.. kutip beg semua pakai kasut.. lega..berpeluh2 la tapi..
budak2 jaga tu siap tepuk tangan...gelak2..
stewardess muka macam nak marah mula2 
tapi masa makchaq dah lompat masuk tu dia senyum gak la... 
dah depa kena sentiasa senyum kan...  

Entah macam mana gaya makchaq masa tu entah la
tapi masa tu tak pikiaq apa dah.. yg penting jangan terlepas flight tu
tapi pakchaq tak tau pun kisah ni..
tak cerita takut kena marah pasai makchaq ni selalu lengai....

Tapi la ni jangan buat pasai ..... 
dengaq cerita lepas gate close memang dah tak boleh masuk
walaupun flight delay....

Tapi ada jugak pengalaman yang buat makchaq jadi fobia naik flight
masa tu makchaq kena pi Kuantan
flight balik habih jadi kena tidoq sana.. memang sedih la..
kerja makchaq habih cepat.. 
pukui 11 makchaq dah pi standby kat airport
last dapat la flight petang pukui 5 lebih.. 
flight tu penuh jemaah haji.. ada 2 row depan ja yg bukan jemaah
bila sampai Subang hujan lebat sangat flight tak boleh mendarat
lepas 2 attempt, semua dah senyap.. tiba2 ketua rombongan haji bercakap
"assalamualaikum bakal2 haji dan hajjah semua.. sekiranya kita tidak 
sempat sampai ke baitullah kita dah dikira pahala haji., marilah kita
sama2 mengucap dan bertakbir...."
depa pun mengucap dan Allah hu Akhbar ramai2..

Makchaq masa tu.. memang tak tau nak kata...
ikut la mengucap..berzikir baca macam2..
mati la aku..terus teringat anak2.. pakchaq.. macam2 la..
Dok pikiaq pulak aku sepatutnya tak balik hari ni..
saja la nak menempah ni..
kereta tinggai kat airport 
pakchaq pun tak tau makchaq nak balik
kalau dengaq terhempas ka memang dia tak kan kisah punya..

Syukur Alhamdulillah panjang lagi umuq kami..
lepas pusing2 lama dapat la turun...
sampai rumah pun tak cerita apa2 kat pakchaq..
lama lepas tu baru cerita..

Amboi panjangnya.....
Sorry na..

Tuesday, April 8, 2014

NAFISAH KENA PI AMBIK EXAM

Susahnya nak pujuk Nafisah pi sekolah
boleh kata tiap pagi bukak je mata terus..
'tak nak pi sekolah.....'
siap menangis..

Makchaq tanya la kot2 cikgu garang ka?
kena buli ka?
tak faham cikgu ajaq ka?
semua dak... semua ok..
pi tanya cikgu pun cikgu kata ok
tapi hari2 jenuh... last2 tak pi..

Minggu lepas pi hari selasa
balik dia kata ada exam
lepas tu tak mau pi dah..
hari ni cikgu hantaq message suruh dia pi esok pasai nak kena ambik jugak exam
tunjuk message kat Nafisah
dia kata ok esok  Nafisah sekolah... harap2 dia mau pi la...

Sebenaqnya anak makchaq hanya Hadi sorang yang pi tadika
yang lain darjah 1 baru pi sekolah
daftar jugak tadika tapi depa tak mau pi.. semuanya tak sampai sebulan berenti
tapi dulu2 makchaq tak kisah sangat
darjah 1 boleh lagi belajaq ABC

Tapi la ni darjah 1 dah tak ajaq dah kot ABC
pasai buku tadika pun tengok dah ada karangan pendek2 depa kena salin...
makin susah dah pelajaran.... makin susah la kerja cikgu la ni...

Ni budak yang bila balik nampak ok ja.. nak pi menangis bukan main...