Susahnya nak pujuk Nafisah pi sekolah
boleh kata tiap pagi bukak je mata terus..
'tak nak pi sekolah.....'
siap menangis..
Makchaq tanya la kot2 cikgu garang ka?
kena buli ka?
tak faham cikgu ajaq ka?
semua dak... semua ok..
pi tanya cikgu pun cikgu kata ok
tapi hari2 jenuh... last2 tak pi..
Minggu lepas pi hari selasa
balik dia kata ada exam
lepas tu tak mau pi dah..
hari ni cikgu hantaq message suruh dia pi esok pasai nak kena ambik jugak exam
tunjuk message kat Nafisah
dia kata ok esok Nafisah sekolah... harap2 dia mau pi la...
Sebenaqnya anak makchaq hanya Hadi sorang yang pi tadika
yang lain darjah 1 baru pi sekolah
daftar jugak tadika tapi depa tak mau pi.. semuanya tak sampai sebulan berenti
tapi dulu2 makchaq tak kisah sangat
darjah 1 boleh lagi belajaq ABC
Tapi la ni darjah 1 dah tak ajaq dah kot ABC
pasai buku tadika pun tengok dah ada karangan pendek2 depa kena salin...
makin susah dah pelajaran.... makin susah la kerja cikgu la ni...
Ni budak yang bila balik nampak ok ja.. nak pi menangis bukan main...
Kadang budak yg xmau p sek ni bsaq esok jadi org pndai, hebat kan nafisah?
ReplyDeleteAminn
Tu teori dulu kot...la ni kalau tak pi sekolah ketinggalan la nampaknya..
DeleteMak chaq.anak acik yang sulong je mula2 nangis lepas tu ok.
ReplyDeleteyang kedua dan bongsu tak de masaalah. Tak nangis pun
Anak makchaq pulak Hadi hat sulung yg ok.. jenih baik x reti bantah.. kita kata pi sekolah..ikut, mengaji ikut... senang kira... mai tang adik2 macam2 alasan..
DeleteSian jugak tu... apa ke punca x nak gi sklh tu... ada jugak yg excited nak gi sklh....
ReplyDeleteMakchaq pun tak tau apa puncanya... memang kesian la.. bila pi orang dah belajaq macam2 dia tak tau..
Deletemak chaq, sekarang thn 1 semua dah pandai baca. tak mcm dulu cikgu ajar ABC . Abc depa belajar kat tadika.
ReplyDeleteNafisah dah boleh baca tak?
Tu yg buat risau jugak tu...
DeleteBaca hat senang2 tu boleh la sikit2
biasalh mak chaq ....ank2 sya 5 org mcm2 ragam pi tadika.tapi kalau kakak abang nafisah rajin ajar dia xjadi masalah juga bila tahun 1 nanti.
ReplyDeleteHarap2 boleh la.... dia nampakminat jugak kalau suruh tulis kat rumah..
DeleteSama dgn 3 org anak dara kat umah saya ni mak chaq..masuk tadika 3 bulan pertama menangis...ingatkan lepas dah sekolah tadika nnt senang masa masuk darjah satu..tak jugak..naik darjah satu 3 bulan pertama tu pun dok teriak jugakkk...gerammm betul..lama2 nnt ok tu makchaq...
ReplyDeleteDah 3 tahun nafisah dok lagu ni la jugak... bayaq yuran free ja..pi nya tidak...
DeleteSekarang ni makchaq anak umur 4 tahun dah belajar menulis, mengenal nombor dan huruf - masuk 5 tahun dah lancar membaca. Kalau di rumah ada yg latih tak kisah juga sebab yg penting kena tahu menulis, membaca dan mengira.
ReplyDeleteManja sebenarnya Nafisah ni...
Itu la kak Zakie, makchaq daftar dia dari 4 tahun, pi la 2 minggu, masa 5 tahun dekat 2 bulan jugak pi walaupun jenuh hari2 menangis..tahun ni seminggu ada la sehari dua pi... tu yg belum lancar baca..
DeleteNak latih kat arumah tau2 saja la kakZakie.. main lebih.. memang manja terlebih pun...
Kikiki
ReplyDeleteSerupa aisyah
Byk alasan takmo pi
He he... anak doktor lagi la pandai bagi alasan....
DeleteTapi aisyah tu memang bijak...
Anak saya bersekolah di luar bandar. Masa orientasi darjah 1, ada placement test. Sekolah luar bandar, anak2 dari orang kampung. Memang ramaiii yang tahu menulis hatta nama sendiri. Memang cikgu2nya berusaha keras untuk ajar mereka membaca dan menulis.
ReplyDeleteTapi mak chaq homeschoolkan Nafisah, kan. Cukup dah tu... hehehehehe.
Kat sini tadika pun dah tuition... tu yg buat makchaq risau...
Deletedok rumah main ja memanjang... kalau nak homeschool memang kena disiplin tinggi.. macam Makchaq ni.. mak out anak lagi la out... he he
Sama ja dgn anak Aina hat kecik tp dia kalau ada hal kat sekolah ja mula la esok tergeliat, nak paksa pun tak guna. Kata abah dia anak dapat apa dok paksa2 pi sekolah?
ReplyDeleteKalau ada hai tak mau pi tu ok la... ni
Deletebila tanya tak dak apa.. tapi hari2 tak mau pi...
pasai pa napisah tak mau pi sekolah..sekolah tu best la...klu 5 taun tu bley la main2 lagi kan makchaq..napisah ni umoq berapa?takdak kawan kot makchaq..anak sy aiman Alhamdulillah suka pi sekolah..yg hat nak mai ni tak tau la lagu mana..girl ni kadang mengada sket.hehe
ReplyDeleteDah 6 taun, taun depan dah sekolah betui...
Deletekalau tak dak kawan pun tak heran la.. pi sekolah seminggu sekali kadang2 dua minggu sekali, mana nak kenai kawan...
Kat kelas dia.pompuan yg ramai.. elok ja depa sekolah..
hehehe ..anak2 begitulah MC.. alhamdulillah anak2 KA xde masalah bab2 sekolah sampai kita pulak dok risau bila sakit2 pun nak g skool jugak ! ada BF ke GF kat sekolah tu !
ReplyDeletesaya kurang setuju kalau budak2 tadika dah dibebani homework mengalahkan budak sekolah. zaman tadika zaman mereka belajar sambil bermain. entahlah..agaknya saya berfikiran kolot. bila masuk tahun 1, mereka dah extra pandai...tak mahu dah buat itu ini (ikut syllabus tahun 1).
ReplyDeletep/s makchaq..tqvm kerana bersabar..saya pun tak tahu masalah bhg komen blog saya tu. nanti saya check ya. takur makchaq "lari" pulak..huhu
Oh, si Nafisa ni baru 6 tahun ya makchaq! Anak sulung saya masa tadika 5 tahun, 2 bulan pertama nangis aje apatah lagi kalau Mommy yang hantar. Kalau tidak dia ok aje. Lama-lama ok dah tapi cikgu beritahu tak mahu berkawan dengan budak-budak lain. Pening kepala nak suruh dia bersosial gitu. La ni dah 8 tahun kira oklah. Takda kena paksa gi sekolah. Belajar tu memang penuh dengan keterpaksaan.
ReplyDeleteKesian kat Nafisah..
ReplyDeleteMakchaq lebih tau situasi dia.. ;)
Apa-apapun bertabahlah ye Nafisah..
Kalau dari tadika dah dibebankan dengan homework yang banyak masa senggang anak2 semakin terhad jadinya..
Tapi sekarang kalau tak buat, ketinggalan keretapilah jawabnya :(
aqil pun dah berenti tadika yg dia pegi aritu makchaq.. cikgu asyik pukui je.. sampai trauma dia.. lastnya kitorang rentikan aje.. sekarang tgh pikir nak masukkan ke sekolah lain atau ajar sendiri je.. tapi alhamdulillah kami ajar sendiri pun dia dah pandai kira2 asas dgn mula kenal huruf..
ReplyDelete