Wednesday, June 27, 2012

MACAM-MACAM..

Ada sekali tu
makchaq pi kedai dengan Syuhada, Amir & Nafisah
nak beli baju Nafisah
Nafisah macam biasa la... lari sana sini
keluaq masuk kedai, jenuh dok kepung
last-last Amir tunggu kat luaq kedai dengan stroller
senang la sikit makchaq dengan Syuhada nak pilih baju
kalau dia lari keluaq pun Amir ada di luaq

Nafisah jumpa pulak sorang budak..
lebih kurang sebaya dia la.. ligat la depa dua orang..
keluaq masuk....
bapak budak tu pun last2 tunggu kat luaq juga..

Masa makchaq keluaq depa 3 beranak dah pi ke lain
makchaq tengok muka Amir  lost semacam

"Awat Amir?"

"aaa....speechless....."  katanya

"Awat??"

"Abang tadi tu cakap.., ' ingatkan diaorang ni sebaya (merujuk Nafisah dan anak dia), tapi mak mertua you kata anak you tua sikit dari dia ni.' "

'Tu yang Amir tak terkata apa tu.. kalau kata Nafisah anak Amir tu ok lagi... tapi bila dia refer kat mak.. mak mertua Amir...speechless Amir, mesti abang tu heran tengok muka Amir"

Kelakar pulak makchaq rasa....
memang tergelak besaq la makchaq  & Syuhada
Amir pun last2 tergelak jugak  la dengan muka berkerut
tu la dah tua2 beranak kecik.. he he he ( tapi makchaq suuuuka.. sangat ada Nafisah ni..)
Amir pulak muka memang nampak matured sangat w/pun dia baru 19 tahun


Memang macam anak dengan bapak..
dua beradik try baju raya...


Monday, June 25, 2012

TANDA NAMA

Khadijah ajak makchaq pi buat name tag dia
makchaq heran jugak
masa awai tahun dah tempah kat koperasi
dah bayaq dah pun 4 rasanya
pasai apa nak kena buat sendiri pulak

Khadijah kata tak mau yang sekolah buat
hari tu dah siap salah nama
dia tak ingat apa yang ditulis
tapi ada huruf  "v" kat ejaan nama dia
dia tak nak, minta cikgu buat lain..

Minggu lepas dah dapat yang baru
dia kata salah lagi, nak buat balik
cikgu dah marah..cikgu kata

'pakai ja la... salah sikit saja tak pa..'

dia bawak balik 1 name tag tu tunjuk kat makchaq
tergelak kami semua...




Agaknya pasai nama KHADIJAH dah tak banyak la ni
orang yang buat nama tu konpius
dia pi eja macam kat atas tu
nak bagi glamour sikit kot...

Makchaq pun tak mau jahit nama tu..
pelik sangat bunyinya...

Tuesday, June 19, 2012

RUMAH MAK DAH SIAP

  
Rumah mak.. la ni selalu jugak ada yg balik jengok
 Rumah baru mak (mak mertua) dah siap
makchaq memang seronok sejak rumah baru ni
pasai semenjak rumah baru ni semua dah rajin sikit balik kampung
dulu kalau balik ada yang tak mau tidoq
makchaq ngan anak2 saja yg selalu tidoq sana

Depa takut, kata rasa lain macam.. maklumlah rumah tinggai...
mak semenjak tak sihat dia duduk ngan anak2
tambah pulak lepas rumah tu jadi lokasipengambaran cerita hantu 'kaseh' lagi semua pakat takut

Makchaq nak kata berani sangat tu dak la
tapi makchaq tak pulak rasa takut / sebenaqnya tak rasa apa2 pun....
mungkin pasai dari kecik makchaq jenis buas sikit
lagi pun arwah tok (orang sini panggil nenek) makchaq marah kalau makchaq takut hantu..
dia siap bagi pantun suruh baca kalau ada hantu

'hantu hantang kelopak jantung, hantu datang ku sepak melambung'
(makchaq tak tau la kot tok makchaq saja2 reka pantun lagu ni..)
ada dak orang lain tau pantun ni?

Pantun ni la jadikan makchaq berani masa kecik2
kalau lalu kawasan yg orang lain takut konon berhantu
( macam pokok jejawi besaq, tempat orang menurun no ekoq, rumah tinggai)
makchaq akan cekak pinggang pandang tempat tu baca pantun kuat2
tambah pulak ada best friend makchaq, Miah yang makchaq ajaq pantun ni
makin berani la kami kalau berdua
(tak baca yg tok nenek tumpang lalu tu.. baca ni lagi power...)

Kadang2 siap bawak batu/kayu ke apa baling dulu kat tempat tu siap cakap
'hang nak kacau kami eh.. hambik ni..'

Punya la nakai kami berdua ni
ada sekali  masa orang meninggai, kami cadang nak try tengok
tunggu kat tepi rumah tempat orang nak mandi jenazah
ayaq turun saja kami pi tepuk ayaq tu
lari.. sapu kat kening
dah jauh sikit.. tonggeng tengok dari celah kangkang tempat air turun tu..

Miah tanya makchaq..
'Nampak dak Lah?'
'Tak nampak.. hang nampak?'
'Aku pun tak nampak..'

Tapi sampai hari ni makchaq tak habaq kat Miah, makchaq pejam mata masa tonggeng tu..
dalam berani2 tu takut jugak... tu yang pejam mata tu,
entah2 Miah pun sama.. tapi tak tau la kot dia lagi berani dari makchaq....
tapi dia pun kata tak nampak apa2....

Punya la nakai machaq ni masa kecik2...
Alhamdulillah anak2 makchaq tak ikut makchaq buat benda bukan2
depa setakat panjat pokok, main parit, tangkap ikan, kumbang,  buli ayam itik katak saja..

Eh.. sorry..campuq cerita lain pulak..
sebenaqnya nak cerita pasai rumah mak dah siap
dan ramai ipaq dan anak penakan dah setuju nak balik berkelah kat sana hujung minggu ni..

Memang makchaq tak reti buat karangan..
masa sekolah pun selalu keluaq tajuk..

Thursday, June 14, 2012

KESIAN KAT AMIR PULAK..

Petang semalam anak makchaq, Amir telefon
bunyi macam sedih nak menangis pun ada
tapi suara tak jelas sangat
dia suruh makchaq telefon balik

Rupanya dia sakit perut berak2 & muntah2
katanya lepas makan ayam kat dinning hall
dah pi klinik tapi belum ok lagi

Yang sedihnya minggu ni dia tengah periksa
dan sebab sakit perut tu dia tak pi periksa
dia kata sebab tak larat sangat
kolej dia jauh... tak larat jalan

4 paper dia tak ambik
dah ambik 6 paper
semalam sepatutnya last paper..

makchaq tak terkata apa
nak marah.....
dengaq suara dia macam teruk saja

Makchaq suruh dia pi kolej hari Jumaat
w/pun surat doktor dah mintak kawan hantaq
makchaq suruh dia pi tanya macam mana
kot2 boleh sit semula

kalau tak pun kena repeat semester la agaknya
makchaq risau dan susah hati ....
sedih pun ye.. bila tau anak sakit
nak pegi tengok jauh pulak..
malam tadi makchaq telefon lagi
suara dia macam ok sikit dah
dia kata kalau lepas muntah teruk2 macam ok sikit
tapi makchaq susahhati jugak sebab dah 3 hari dok muntah2 lagi

doa makchaq biaq la dia cepat sihat...

Sunday, June 10, 2012

KESIAN KAT NAFISAH

Pakchaq minggu lepas patut balik hari Khamis malam
hari Jumaat nak pi JB
dlm pukui 10 lebih malam pakchaq telefon
'flight cancel.... kapal terbang rosak', dia balik Jumaat pagi
Nafisah teruih sedih.. dok tengah happy2 nak pi ambik abah..

Hari Jumaat pakchaq sampai pukui 11 lebih
Nafisah happy.. nak ajak abah pi makan kat tempat yg menarik tu..
makan sushi.....sebab piring sushi tu kan pusing2 atas conveyer belt tu
tu yang dia kata .....'menariknya...'

Lepas makan hantaq abah pi KLIA, flight pukui 3 ptg
Nafisah sedih, tak nak salam abah..
Abah telefon tak nak cakap....

Hari Sabtu pakchaq sampai pukui 2 lebih petang
bawak jajan sikit.. happy Nafisah.. 'banyaknya... abah beli kat Nafisah...'
pukui 5 lebih pakchaq ajak jalan2

Baju macam abah, tapi
baju abah tak dak gambaq
cartoon la..

Happy Nafisah
teruih pi mandi
'Nafisah nak pakai baju macam abah,
baju tangan panjang dengan seluar'
siap masuk kereta, happy...

Tengok2 pi KLIA..
merajuk teruih.. dia tau mesti nak hantaq pakchaq
selalunya kami drop pakchaq kat depature
Nafisah tak nak salam... monyok...
abang Hadi tanya.."Nafisah nak turun?'
diam.. pakchaq sua tangan teruih peluk suruh dukung..

Jadi hari Sabtu tu kami jalan2 kat KLIA
pukui 7 pakchaq nak masuk, Nafisah monyok
last2 baru nak salam,
pakchaq telefon malam tu ,dia tak mau cakap
merajuk lagi la tu....

Semalam demam.... tak tau la sebab rindu ka apa.. masa dia kecik2 dulu kalau pakchaq lama tak balik memang dia deman.. bila jumpa pakchaq ok pulak..

Kesian kat Nafisah...,
kami pi sana minggu lepas pun pakchaq sibuk jugak..
kami sampai pukui 6 petang, pukui 7 pakchaq dah dah keluaq, balik pukui 1 pagi
Nafisah dah tertiduq pukui 12 lebih..penat menunggu
esoknya pun pakchaq keluaq sebelum t/hari, balik sat,petang kena keluaq lagi
malam baru dapat dinner sama-sama.., hari Ahad kerja pulak..

'Apa nak buat makan gaji.....' kata pakchaq
makchaq kesian jugak kat pakchaq.... penat kerja....

Tapi makchaq pun kesian jugak kat Nafisah..
dia tak berapa nak faham lagi
hat lain2 dah besaq dah faham, depa pun sebok sekolah
tak kisah sangat la...

Tuesday, June 5, 2012

MAKCHAQ PI BERCUTI

Makchaq dari hari Selasa 29/5/12 pi jalan2 hala ke utara
pi C.Highland, Taiping, Penang dan Alor Setar
seminggu.....
sampai balik Putrajaya,  Selasa pukui 00:15 pagi

Yang makchaq perasan sekarang kalau nak pi jalan/bercuti
kena plan budget dan kena ada duit extra
makan.. tempat tinggal.. jajan..minyak/tambang
dah ada anak2 tak boleh nak jadi budget traveler
tapi kadang2 mak pun penyebab jugak jadi belanja banyak..

Macam masa makchaq pi Melaka
pi dengan Khadijah dan Nafisah
pakchaq tak pi, dia selalu sibok (baru ni pun dia tak pi jugak)

Kat Melaka naik beca pusing2 (abang beca tu la offer)
makchaq tak tanya dulu  harga berapa..ingat macam dulu2 la.. murah
tengok2 RM160.. dah naik, bayaq ja la..

 
Khadijah kata 'cadar macam kat rumah tok..' 
Makchaq kata 'tak pa.. mat salleh pun
ramai dok sini... ok apa'

Malam nak cover budget, check in kat budget hotel
Al Banjari Guest House
sebelah masjid, area jonker walk,
rumah tu asalnya rumah mufti/tok guru agama

Family room 3 katil RM60,  sekali dengan breakfast.. ada air con..ok la..

Bawah kedai makan (operate oleh saudara mara depa..),
atas bilik, bilik bersih.. bilik mandi pun bersih.. owner pun peramah..

Malam makchaq pi rivercruise
balik beli burger McD, nak makan dalam bilik
baru letak burger..

'mak...!!! ada lipas.. ayah dia..' Nafisah menjerit

Makchaq apa lagi.. melompat teruih..

kalau Nafisah kata AYAH dia.. mesti  BESAQ..
makchaq pulak memang penakut lipas
phobia... adik lipas pun takut, ni pulak ayah dia eee..

Teruih lari keluaq bilik angkut burger semua..
makan kat ruang depan bilik..

makchaq dah tak boleh makan, dok pikiaq pasai AYAH LIPAS

kalau ada ayah dia.. mesti ada mak dia.. abang dia.. kakak dia.. adik dia..

macam mana ni.....

Lepas makan suruh Khadijah tengok..(dia pun penakut jugak tapi ok sikit dari makchaq)

'ada lagi kat tepi katil.. '

makchaq teruih suruh Khadijah bawak keluaq semua beg
angkut masuk kereta..
pindah pi duduk kat Equatorial..
dah pukui 11 lebih malam....nasib baik ada satu bilik kosong ..

Kat sini baru tak dak lipas, tapi makchaq pulak jadi tak dak duit he he he















Esoknya kami pi balik ke Al Banjari Guest House tu,
pasai masa lari malam tu...bawak dengan kunci2 sekali
jadi kena la pi hantaq balik....
tengok ada disediakan nasik lemak bungkuih, roti dan minuman 3 in 1
kami tak makan pasai dah makan kat Equatorial

Makchaq rasa tempat ni ok
kalau tak takut lipas la....
kalau takut jadi macam makchaq la jugak...