Thursday, March 28, 2013

ESOK DAH NAK BALIK

Dari hari Rabu kami kat rumah pakchaq
yg paling happy Nafisah
esok dah nak balik
yang paling sedih..Nafisah jugak...

Sampai keadaan mengizinkan
macam ni la kami...
keluarga jarak  jauh...

Tapi  yg Nafisah happy.....
esok pakchaq nak balik sekali dengan kami...

Thursday, March 21, 2013

TETIBA TERASA

Kepada kawan2, adik, kakak, anak2 yang dah baca post makchaq sebelum ni tajuk: AMIR
makchaq mintak maaf dulu..

Makchaq terbuat post tu bila baca message Amir kat makchaq dan pakchaq bila kami ucapkan Happy birthday kat dia..

Sebabkan terharu..
makchaq terbuat post panjang macam tu..
sebenaqnya makchaq hanya nak ucapkan terima kasih kat dia sebab diapun  menggembirakan makchaq.

Bila makchaq baca balik post tu
nampak macam makchaq nak eksyen pulak...
harap2 tak dak la sapa ingat makchaq nak eksyen
makchaq tak niat macam tu
saja nak kongsi gembira dan terharu makchaq saja....

Makchaq sebenaqnya jarang baca balik post yg makchaq buat
sebabnya makchaq ni dok kalut nak pi baca blog orang
selalu tengok tang komen ja
bila mai tang post amir
tengok banyak komen kata 'hebat'
sedangkan bukan 'hebat' yang makchaq nak cerita

Makchaq baca balik post tu.... 
tu yg terasa 
entah2 post tu nampak macam nak eksyen

Syukur la tak dak yang rasa makchaq nak eksyen

Makchaq sampai macam nak delete post tu
sebab perasan...
betui la kot kata Cikda
dah tua2 sensitip.. cepat perasan...

Tuesday, March 19, 2013

AMIR

17/3/13 hari ulang tahun kelahiran anak ke3 makchaq Muhammad Amir
dia tak cuti/tak balik
Makchaq message je ucap selamat hari jadi

Tetiba tengok message dia ucapkan terima kasih kat makchaq & pakchaq sebab 20 tahun dah jadi parents dia dan sentiasa bantu dan sokong dia masa up dan down dia...dan kata dia lagi..
for being my eyes when i couldnt see,for being my hands when i couldnt reach,for being my legs when i cannot berdiri,and for giving me love that i always need

Terharu makchaq....
cerita ni cerita Amir 
                                    

Amir turun pakchaq
berdikari, sungguh2 kalau buat sesuatu (makchaq out sikit..) ramai kawan.. peminat pun ramai, makchaq tau sebab jumpa banyak surat, kad, hadiah bila kemas beg/bilik dia. 

Dari kecik aktif
teakwando, bola, berenang, hoki, skating, berkawat , menembak       buat robot, berforum, azan, hafazan, karaoke, nasyid semua buat semua cuba.

Cuba usaha semangat sampai berjaya at least sekali  mesti nak jadi terbaik, paling2 tempat ke3.. tapi bila dah selalu dapat, sijil, piala, pingat2  merata campak.. bawah katil pun ada.. hari tu Hadi kutip2 masuk kotak

Ketua kelas, kapten bola, komander TKRS, pengerusi kelab, ketua pengawas, ketua platun, ketua pelajar, imam..  dari sekolah rendah sampai sekolah menengah macam2 jadi.. 

Alhamdulillah berkat usaha tu rezeki pun murah jugak.. dapat lah merasa pergi tempat orang dalam dan luaq negeri

Masa form 1 dapat wakil Malaysia untuk Winter Olympic Dream Program. Speed skating.  Sebelum pertandingan akhir coach kata depa yakin dia akan menang, langsung tension... memang leading tapi terjatuh, bangun skate dengan sakit2 tu kejar balik jatuh lagi, bangun lagi skate.. semua dah bersorak2 semangat tapi dapat tempat ke3 je la.. terus bawak pegi hospital - fractured. Tak bagitau pun kat makchaq.  Masa jemput kat airport tengok dah pakai kerusi roda. Sebulan lebih la pi sekolah bertongkat.  Sayangnya bila balik sukan tu tak dapat di teruskan.. masa tu kita tak dak coach.

Masa form 2 pi training kat China, balik kuruih  sebab training berjam-jam makan cereal ngan susu ja  2 minggu.  Lupa nak request makanan halal...
Gambar masa baru balik training IIHF di Kunming China

Minat sangat askar polis bomba - uniform2 ni.  Sekolah menengah masuk kadet polis.  Masa form 3 ke 4 tah, jadi pegawai pedang untuk hari kokurikilum  Putrajaya.  Semangat makchaq tengok dia bagi comand, jemput dan iring VIP periksa barisan.  Macam polis betui pulak..       

                         
Dah besar kurang aktiviti
badan pun jadi besaq









           Masa form 4 minat ambik2 gambaq
team Nikon ambik jadi free lance bila tengok gambaq2 yang dia ambik untuk sekolah
banyak jugak hasilnya
dari sekolah buat kerja part time jual kamera, telefon, komputer, ajaq teakwondo
kalau cuti  jarang duduk rumah
macam2 kerja buat, jadi cikgu ganti pun jadik....
nak cari pengalaman..
loaded budak ni tapi boroih.. beli macam2
Kamera D1, tepon iphone, motor FZ, spek okley
usaha sendiri duit sendiri..  biaq kat dia lah.. nak apa pun....


 

Baru ni bergambaq gaya K-pop- nak nyakat Syuhada
kakak dia tu peminat K-pop 
 
'gaya mintak lempang....' kata syuhada
 
 Makchaq dah sound suruh potong rambut, dah nampak macam pompuan..




Doa mak semoga Amir diberi hidayah, dirahmati, diberkati dan diredhai Allah sentiasa. 

Friday, March 15, 2013

LAMA TAK MENULIS

Lamanya tak menulis
asainya sebab tak dak internet
lepas tu sat ada sat tak dak
bila ada slow macam siput
nak baca pun susah
apa lagi nak tulih

Makchaq tak dak cerita apa pun
jadi nak cerita kisah pakchaq pulak

2 minggu lepas masa tepon suara pakchaq macam orang demam
dia kata dia dah penat kerja
banyak sangat kerja dia
date dia full sampai bulan September
hanya free boleh cuti masa nak pi umrah nanti
makchaq rasa kesian sangat
tapi tak tau macam mana nak tolong

2 hari lepas tu pakchaq telefon pulak
on the way nak pi ofis
kereta ofis langgaq belakang kereta pakchaq
bumper ngan boot teruk jugak la
makchaq suruh buat repot kot2 boleh claim
tapi kata pakchaq
driver ofis tu pi repot kata langgaq pokok
jadi dia tak boleh nak repot, takut driver tu 'kena' pulak pasai buat repot palsu

Entah apa2 la driver tu kan..
awat la tak repot betui2 kata langgaq kereta depan
geram juga makchaq dengaq..
tapi apa nak buat
makchaq tak boleh tolong dan tak boleh buat apa2

Hari Khamis 7/3/13 masa pakchaq kat airport nak balik Putrajaya
(pakchaq jangkanya nak pi umrah 10/3/13)
dapat sms dari kampung suruh pakchaq balik tengok mak yg tiba2 jadi tak sedaq
pakchaq telefon makchaq kata tak jadi balik
makchaq pun malam tu balik Taiping dengan anak2

Alhamdulillah mak sedaq balik dan ok
hari Jumaat malam kami balik Putrajaya
sampai Putrajaya travel agent call
tarikh umrah ditunda ke bulan Mei
group yang nak pi dengan pakchaq semua nak tunda pi bulan Mei
pakchaq punyalah sedih....
dia bukan boleh cuti senang2..cuti dia memang kena rancang awai2
cuti umrah ni pun dah rancang dari tahun lepas..

Lepas bincang2 dengan travel agent tu
Alhamdulillah pakchaq dapat pi hari Selasa 12/3/13
tumpang group lain
lega makchaq bila nampak pakchaq ceria dan happy balik..
makchaq kesian kat pakchaq 
sebab dalam 2 minggu lepas macam2 hai
dah la makchaq tak boleh nak tolong apa2
setakat kata 'sabaq la bang.... '  



Pakchaq dengan kakak pakchaq, ceria ja masa nak check in -
tadi pakchaq call depa dah 2 kali buat umrah.. Alhamdulillah depa berdua sihat kat sana..mak kat kampung pun ok..

Sunday, February 24, 2013

PEMINAT DAUN KARI

Pokok kari kawasan perumahan makchaq kena serang
makhluk apa ntah
tapi mungkin dari India kot
sebab makhluk ni suka makan daun kari ja
pokok lain depa tak makan pun

Bukan kat rumah makchaq saja
kat rumah orang lain pun sama

Kat bawah ni makchaq letakkan gambaq2 depa













Tu la rupa depa..
macam alien pun ada jugak
tak tau mana satu kepala mana satu ekoq
apa eh...

Depa ni makan daun yang hijau tu sampai tinggai rangka daun ja
dah la ramai2 depa mai serbu
sat ja habih sepokok..

Pokok kari makchaq
makchaq dah pangkas habih semua
la ni dah bertunas baru..
tapi takut jugak depa mai pulak..

Saturday, February 16, 2013

MAKCHAQ DAH BERANI...

Antara tempat yang makchaq paling takut nak pi....
klinik gigi...
kalau tak terpaksa memang tak akan pi la..

Asai cerita makchaq jadi takut ni.... lagu ni...

Entah polisi baru apa tah.... (senang doktor gigi nak praktis kot)
klinik gigi bukak kat sekolah makchaq
memandangkan nama mula huruf A..
makchaq  la antara mangsa terawai....

Makchaq pulak kecik2 malas gosok gigi
banyak la gigi nak kena tampai..
memang terseksa bila tengok misi mai kelas bawak kad gigi tu..

Doktor ngan misi tu makchaq rasa ok ja..
( tapi ada jugak yang kata Dr & nurse from hell... tak baik kan depa..)
tapi bunyi  dan rasa seriau tu yang tak tahan.....
misi ada sorang ja.. tukang ambik dan sua barang2 yg doktor nak..
jadi suction tiub masa tengah drill tu kena pegang sendiri....
bila sakit tersuck pulak tangan doktor.... sampai kena marah...lawak pulak bila ingat..

35 tahun berlalu.... (ceh wah... ada gaya drama dak..)

Semalam teman Syuhada pi klinik gigi kat Shah Alam
masa mula2 Syuhada jumpa Dr Azma
dia dengan  KPJ
la ni dia dah bukak klinik sendiri..
Dr Azma ni Dr pakar..

Klinik dia sangat cosy... best..
rasa relax tak macam selalu makchaq rasa bila pi klinik gigi..
dulu2 kan klinik gigi rasa macam gloomy ja..
klinik ni nampak ceria..

Ni tempat pendaftaran




Coffee coner, siap ada biskut. Peneman ja la boleh makan...patients   memang tak makan la.. unless bawak berus gigi, boleh gosok lepas makan..











Pintu masuk ke bilik rawatan pun cantik..












Nafisah pun suka..
ok ja bila makchaq tanya nak check gigi ka tak

Dah kenyang makan biskut ngan minum milo kat coffee coner..










Nafisah dah ready
misi dah pakaikan spek itam kat dia sebelum depa pasang lampu











Relax.... sambil check doktor sembang2...
Tengok Nafisah relax..
makchaq pun dengan rela dan tenangnya check gigi dan ganti filling yg dah 35 tahun usianya.. dah lama nak ganti..dah rosak.. tapi takut..

Kos pun jauh lebih murah dari KPJ


Terus nak promosi.........
kepada sapa2 yang macam makchaq
rasa klinik gigi tu gerun..
yang duduk sekitar Shah Alam
boleh la pi klinik Dr Azma..





Klinik Dr Azma kat Seksyen 7
kalau menghala ke seksyen  8
masuk simpang immediately lepas Petronas (yg dekat Jakel)
terus ja.. Jalan Plumbum N7/N
no tel 019-2136233

Saturday, February 2, 2013

ALHAMDULILLAH PAKCHAQ NI PENYABAQ... KE PASRAH?

Minggu ni pakchaq ambik cuti hari Ahad
jadi tak la kelam kabut hari Sabtu petang dah nak balik
sebenaqnya pakchaq ada jemputan kenduri 2hb (Sabtu) malam
jemputan dari bos pakchaq di Putrajaya
walaupun jemputan tapi macam mesti kena pi
sebab bos dah suruh pakchaq cuti hari Ahad

Makchaq pun ada jemputan jugak 2hb (Sabtu) siang
jemputan dari kawan sekolah
hari Jumaat dah bagi tau pakchaq
ajak pi pasai makchaq tak tau jalan
kenduri di Taman Tasik Titiwangsa (Casa Ombak)

Syuhada pulak nak pi KLCC (hari Sabtu jugak)
nak ambik barang apa entah
jadi cadangannya kami hantaq Syuhada ngan Khadijah ke KLCC
pastu kami pi kenduri
lepas makan kenduri baru kami pi ambik depa balik..

Lepas drop depa (Nafisah pun nak ikut depa)
kami pun bergerak ke TTT
sampai tempat kenduri nampak lengang
betui ka ni.. suruh pakchaq check balik jemputan

'Sabtu 2hb March la sayang oi..... bukan Sabtu 2hb Februari.....'

'Sorry...... marah ke bang...?'

'entah...tak tau nak kata... '
tapi makchaq tengok pakchaq tak tension pun.. muka macam nak gelak pun ada..

'nasib la bukan kat Temerloh ke mana..'  tapi bunyi tak marah pun... lega

Apa la makchaq ni kan....  kena penyakit  apa entah
tak dak ong langsung bab makan kenduri


Ni baru balik dari kenduri bos pakchaq
Raja Nazrin ngan isteri pun mai....
hensom.. Raja Nazrin... isteri dia pun cantik betui.....
masa depa nak balik depa salam2 dengan jemputan lain yang berbaris masa depa nak balik
makchaq pun salam jugak.....

Kakcik Seroja... makchaq salam dengan Raja negeri Kakcik...

Lain kali makchaq nak pi kenduri ikut pakchaq ja la.. tak nak dah ajak pakchaq pi kenduri makchaq..


Nafisah posing kat kedai candylicious
kat KLCC.. kami jumpa depa kat sini masa pi ambik depa
cantik kedai ni....
tapi sebab tak minat sangat coklat beli sikit ja .. tapi sikit2 pun RM100 lebih jugak la..