Saturday, February 2, 2013

ALHAMDULILLAH PAKCHAQ NI PENYABAQ... KE PASRAH?

Minggu ni pakchaq ambik cuti hari Ahad
jadi tak la kelam kabut hari Sabtu petang dah nak balik
sebenaqnya pakchaq ada jemputan kenduri 2hb (Sabtu) malam
jemputan dari bos pakchaq di Putrajaya
walaupun jemputan tapi macam mesti kena pi
sebab bos dah suruh pakchaq cuti hari Ahad

Makchaq pun ada jemputan jugak 2hb (Sabtu) siang
jemputan dari kawan sekolah
hari Jumaat dah bagi tau pakchaq
ajak pi pasai makchaq tak tau jalan
kenduri di Taman Tasik Titiwangsa (Casa Ombak)

Syuhada pulak nak pi KLCC (hari Sabtu jugak)
nak ambik barang apa entah
jadi cadangannya kami hantaq Syuhada ngan Khadijah ke KLCC
pastu kami pi kenduri
lepas makan kenduri baru kami pi ambik depa balik..

Lepas drop depa (Nafisah pun nak ikut depa)
kami pun bergerak ke TTT
sampai tempat kenduri nampak lengang
betui ka ni.. suruh pakchaq check balik jemputan

'Sabtu 2hb March la sayang oi..... bukan Sabtu 2hb Februari.....'

'Sorry...... marah ke bang...?'

'entah...tak tau nak kata... '
tapi makchaq tengok pakchaq tak tension pun.. muka macam nak gelak pun ada..

'nasib la bukan kat Temerloh ke mana..'  tapi bunyi tak marah pun... lega

Apa la makchaq ni kan....  kena penyakit  apa entah
tak dak ong langsung bab makan kenduri


Ni baru balik dari kenduri bos pakchaq
Raja Nazrin ngan isteri pun mai....
hensom.. Raja Nazrin... isteri dia pun cantik betui.....
masa depa nak balik depa salam2 dengan jemputan lain yang berbaris masa depa nak balik
makchaq pun salam jugak.....

Kakcik Seroja... makchaq salam dengan Raja negeri Kakcik...

Lain kali makchaq nak pi kenduri ikut pakchaq ja la.. tak nak dah ajak pakchaq pi kenduri makchaq..


Nafisah posing kat kedai candylicious
kat KLCC.. kami jumpa depa kat sini masa pi ambik depa
cantik kedai ni....
tapi sebab tak minat sangat coklat beli sikit ja .. tapi sikit2 pun RM100 lebih jugak la..





67 comments:

  1. makchaq tersilap lagi??...heeee
    pakchaq tu sabar orangnya. kalau tak sabar, mahu ditinggalkan makchaq di titiwangsa tu, nak kata apa?
    syukurlah dapat suami yg penyabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la apa dalam kepala dia... tapi dia macam tersenyum2 sorang ja bila makchaq jeling2 tengok dia.. Makchaq tak berani pulak nak tanya...

      Delete
  2. tk pa silap knduri.singgah la tasik titiwngsa tu sejukkan hati.he he.sabagnya husband u kan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau singgah lagi hangat... Pukui 12 tgh, tengah panas bedenting...
      Makchaq sejukkan hati pakchaq dengan ajak dia belanja makchaq beli tudung dengan makan nasi beriani kat jalan TAR..

      Delete
  3. hehe...tersilap tarikh kenduri lagi ya makchaq...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...awat makchaq dok ralit silap lagi ni Kam... ...

      Delete
  4. Tersilap lagi na Makchaq, hehe. Takpalah, Pakchaq sayang Makchaq tahap maksimum, pasai tu dia tak marah. Lagipun dia dah kenai Makchaq sangat2 dah, mungkin dari awai pun dia dah terpikiaq mungkin silap tapi dia ikutkan jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang tahap maksimum... betul 3X..
      Memang pakchaq kenai sangat makchaq ni.... dah dekat 30 tahun kawin..

      Delete
  5. Bertuah MakChaq. Tu nak kena semak betoi-betoi lain kali.

    Kalu kena laki orang lain yang panas baran, jangan-jangan dia tanam bini dia hidup-hidup. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali kena suruh pakchaq la tengok jemputan..

      Kalu nak tanam makchaq jenuh jugak nak korek lubang.. kena upah orang korek pulak.. heee

      Delete
  6. Makchaq silap lagiiii ?? Hihihi...adoii
    Nak marah buat apa nya..kan betoi la pakchaq kata bkn nya kat temerloh ka dungun ka...hihi
    Kira makchaq dating dgn pakchaq la hari tu....baguih jgk..lg syookkk :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dating la kami.. dating kat jalan TAR, pakchaq belanja beli tudung ngan makan nasik beriani.. ganti nasik kenduri he he.. pastu jalan2 kat KLCC...

      Delete
  7. Hahaha saya ingatkan tadi dah berjaya tak silap.. Rupanya tersilap lagi! Hahahaha

    Memang penyabar betul la pakchaq tuhh. Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakchaq walaupun sangat garang dan tegas (semua orang tau) tapi makchaq memang jarang sangat kena marah dengan dia...

      Delete
  8. Ohhhh tersalah hari rupanya....nasib baik pakchaq tu penyabar orangnya...senyum jer kan...hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah tak kuasa nak layan kot.. terima je la..

      Delete
  9. ha ha ha..tersalah date lagi..
    pakchaq of coz la cool kan..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... makchaq sebenaqnya malu jugak... asyik silap ja..

      Cool...layan bini sengal..

      Delete
  10. Alhamdulillah pak chaq tak marah..tapi kan..awainya mak chaq dapat jemputan..mana tak kelirunya he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kan... jemputan tu dihantaq awai bulan Januari rasanya.... jadi bukan la salah makchaq sangan kan Acik kan kan kan..

      Delete
  11. sabaq dalam redha tu namanya.kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kan... dah jodoh.. kena terima la..

      Delete
  12. balik rumah terus kena buat kopi untuk pakchaq...ambik hati depa blik kan makchaq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq ambik hati dengan ajak Pakchaq pi jalan TAR.. suruh dia belanja makan ngan beli tudung.. lepas tu kami jalan2 kat KLCC..

      Delete
  13. Lama lagi kawan makchaq dah bagi kad jemputan itu yg keliru agaknya. Nasib baik dan jemputan kawan pakchaq dapatlah merasa makanan kenduri. Mesti lagi best sebab jemput pun bukan calang-calang org - kerabat diraja lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemputannya dibuat awal Januari lagi.. kebetulan pulak 2/2 dan 2/3 dua2 hari sabtu.. tu yang silap tu..

      Kenduri Big Bos pakchaq ni berprotokol.... dah ada Raja kan..makchaq lagi suka kenduri santai2

      Delete
  14. Salam Makchaq,

    Alhamdulillah dapat suami yang penyabar dan faham semua orang buat kesilapan.

    Semoga terus bahagia bersama keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Ani

      Pakchaq tak marah tapi makchaq pulak segan kat dia.. asyik silaaap ja..

      Delete
  15. mak chaq.. nasib dapat pak chaq.. kalau suami saya diapun tak marah tapi nanti2 akan datang telingani sakit asyik kena perli...
    nafisah comeljer bergambo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakchaq dah makin berumuq memang cool ja..

      Nafisah memang suka posing2 ni..

      Delete
  16. nak wat camane.. pakchaq dah faham sangat makchaq.. masih macam tu.. silap tarikh.. hehehe..

    psstt: teringat kisah masa machaq datang rumah kami kali pertama dulu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak baik tau ingat kisah lama... malu makchaq.. he he

      Delete
  17. mak ai...awal sbln makchaq???

    untung makchaq, suami xjenis marah2..penyabar..

    ReplyDelete
  18. Raja Nazrin & wife dia mmg cocok, mmg padan...hensem & lawa...Nak tunggu masa mereka jadi Agung...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ek turn depa?
      Dulu masa 1st time Sultan Abd Halim dan Tuanku Bahiyah jadi Agung, pen pal makchaq kata Raja kita raja yang paling hensom dan paling cantik kat dunia..

      Delete
  19. Kalau di tempat kenduri tu, masa tu, ada orang tengah duduk makan, Pak Temuk gerenti makchaq "happily" akan turut menjamu selera. Issy... takkan LUPA jumpa tuan rumah dulu, kan?

    Tapi yang salah tu Pakchaqlah, tak? Sebab, "dah tahu kebiasaan PENGLUPAAN", mengapa Pakchaq tak cek kad sebelum ke destinasi? Kesian Pakchaq, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemungkinan jugak tu Pak Temuk.. kalau tuan rumah tak tunggu depan pintu..

      Betui3X, pakchaq patut cek kad la kan.. dah tau isteri kesayangan dia ni tak boleh harap..

      Delete
  20. penah teserempak ngan raja nazrin kat IJN. mmg hensem giler!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hensom kan... memang sepadan depa 2 orang.. senyuuum.. ja salam2 semua orang..

      Raja Azlan pun hensom... masa makchaq tengok Raja Azlan, walaupun dah tua berjalan pelan2, tapi tak berkelip jugak la makchaq tengok.. tinggi dan macho sangat..

      Delete
  21. hahahaha..makchaq jgn marah naaaaa..saya tergelak kuat ni...tarikh dah betul dah...bulan pulak salah....tak pa naaa makchaq jgn putus asa..satu kali lagi kalau dpat kad jemputan confirm betul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah apa2 kan... salah tempat la... salah hari la.. salah bulan la...salah majlis la... adoooi..
      satu kali lagi kalau salah jugak kena berenti jadi tetamu la nampaknya...

      Delete
  22. he he untung dapat hubby macm ni kan MC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq memang rasa makchaq sangat beruntung dapat pakchaq ni...

      Arwah mak pun selalu kata makchaq beruntung sangat..bila dia banding dengan anak2 lelaki dan menantu lelaki dia..

      Delete
  23. Pak Chaq pun satu. Lain kali double check la kad jembutan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui3X.. bukan salah makchaq sorang kan..
      Tapi makchaq memang tak tunjuk pun jemputan tu kat dia..

      Delete
  24. Assalamualaikum mak chaq. Terima kasih kerana sudi jengok blog saya lagi walaupun dah lama tak update. Syukur Alhamdulillah saya masih sihat walafiat (minus sakit sana sini yang tak teruk pun), cuma saya tiba2 je tak de mood nak blogging tapi saya stil jadi silent reader sekarang ni, hari2 jengok gak update dari kawan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu jugak jenguk.. bila tengok tak berupdate lama tu yang tanya..

      Delete
  25. Bestnya mak chaq dapat jum[pa dia orang, suka baca n32 mak chaq...reality...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mak Wardah, best.. tapi kenduri ada VVIP ni macam tak santai2 macam kenduri biasa.. tu yang kurang best..

      Delete
  26. Mak Chaq byk fikir smpi bulan boleh lupa tu.....hehehe....sib baik pak chaq sabaq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenaqnya makchaq langsung tak perasan bulan 3, pasai jemputan dihantaq awai bulan 1, tu yang ingat bulan 2

      Delete
  27. abang bukan marah, tapi nasehat.. ehKKee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau marah mesti makchaq nangis... makchaq ni manja terlebih..

      Delete
  28. assalam, salam ukhuwah dari BUNDA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih datang ke blog makchaq.. makchaq tak dan lagi nak baca habih cerita Bunda

      Delete
  29. Hehehe...kelakar je makchaq ni......mesti pakchaq gelak sakan dlm hati no...
    Wah dpt jumpa Raja Nazrin secara live...mesti hendsom sgt2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la apa perasaan pakchaq.. yang penting dia tak marah la..
      memang hensom.. Raja Perempuan pun cantik...

      Delete
  30. bertuah tu ...ada ong berkat salam dgn anak raja... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat ikut berbaris.. tapi memang tak sangka la dia nak salam semua orang..mesti depa lenguh salam dan senyum.... sepanjang jalan

      Delete
  31. bertuah la tu makcaq, kami ni org Perak pon takdak peluang lg berslam dgn Raja Nazrin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he.. tumpang tuah pakchaq.. dia orang Perak... makchaq sampai bila2 pun tak dapat salam dengan raja negeri makchaq sebab negeri makchaq tak dak raja...

      Delete
  32. fuyooooooo!!!! best nya dapat salam dengan Raja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahsyat kan....Siap buat yang ampun tuanku tu... semua orang buat makchaq pun ikut la buat.....

      Delete
  33. hehe...makchaq ni lawak la...asyik salah ingat tarikh kenduri ja..ish ish. makchaq kena set reminder kat handphone..sehari sebelum kenduri bagi alert.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau set pun memang salah.. sebab makchaq memang ingat bulan dua, pasai depa hantaq kad awai bulan 1

      Delete
  34. siapa tak sayang bini oi.... heheheh..

    ReplyDelete