Tuesday, March 19, 2013

AMIR

17/3/13 hari ulang tahun kelahiran anak ke3 makchaq Muhammad Amir
dia tak cuti/tak balik
Makchaq message je ucap selamat hari jadi

Tetiba tengok message dia ucapkan terima kasih kat makchaq & pakchaq sebab 20 tahun dah jadi parents dia dan sentiasa bantu dan sokong dia masa up dan down dia...dan kata dia lagi..
for being my eyes when i couldnt see,for being my hands when i couldnt reach,for being my legs when i cannot berdiri,and for giving me love that i always need

Terharu makchaq....
cerita ni cerita Amir 
                                    

Amir turun pakchaq
berdikari, sungguh2 kalau buat sesuatu (makchaq out sikit..) ramai kawan.. peminat pun ramai, makchaq tau sebab jumpa banyak surat, kad, hadiah bila kemas beg/bilik dia. 

Dari kecik aktif
teakwando, bola, berenang, hoki, skating, berkawat , menembak       buat robot, berforum, azan, hafazan, karaoke, nasyid semua buat semua cuba.

Cuba usaha semangat sampai berjaya at least sekali  mesti nak jadi terbaik, paling2 tempat ke3.. tapi bila dah selalu dapat, sijil, piala, pingat2  merata campak.. bawah katil pun ada.. hari tu Hadi kutip2 masuk kotak

Ketua kelas, kapten bola, komander TKRS, pengerusi kelab, ketua pengawas, ketua platun, ketua pelajar, imam..  dari sekolah rendah sampai sekolah menengah macam2 jadi.. 

Alhamdulillah berkat usaha tu rezeki pun murah jugak.. dapat lah merasa pergi tempat orang dalam dan luaq negeri

Masa form 1 dapat wakil Malaysia untuk Winter Olympic Dream Program. Speed skating.  Sebelum pertandingan akhir coach kata depa yakin dia akan menang, langsung tension... memang leading tapi terjatuh, bangun skate dengan sakit2 tu kejar balik jatuh lagi, bangun lagi skate.. semua dah bersorak2 semangat tapi dapat tempat ke3 je la.. terus bawak pegi hospital - fractured. Tak bagitau pun kat makchaq.  Masa jemput kat airport tengok dah pakai kerusi roda. Sebulan lebih la pi sekolah bertongkat.  Sayangnya bila balik sukan tu tak dapat di teruskan.. masa tu kita tak dak coach.

Masa form 2 pi training kat China, balik kuruih  sebab training berjam-jam makan cereal ngan susu ja  2 minggu.  Lupa nak request makanan halal...
Gambar masa baru balik training IIHF di Kunming China

Minat sangat askar polis bomba - uniform2 ni.  Sekolah menengah masuk kadet polis.  Masa form 3 ke 4 tah, jadi pegawai pedang untuk hari kokurikilum  Putrajaya.  Semangat makchaq tengok dia bagi comand, jemput dan iring VIP periksa barisan.  Macam polis betui pulak..       

                         
Dah besar kurang aktiviti
badan pun jadi besaq









           Masa form 4 minat ambik2 gambaq
team Nikon ambik jadi free lance bila tengok gambaq2 yang dia ambik untuk sekolah
banyak jugak hasilnya
dari sekolah buat kerja part time jual kamera, telefon, komputer, ajaq teakwondo
kalau cuti  jarang duduk rumah
macam2 kerja buat, jadi cikgu ganti pun jadik....
nak cari pengalaman..
loaded budak ni tapi boroih.. beli macam2
Kamera D1, tepon iphone, motor FZ, spek okley
usaha sendiri duit sendiri..  biaq kat dia lah.. nak apa pun....


 

Baru ni bergambaq gaya K-pop- nak nyakat Syuhada
kakak dia tu peminat K-pop 
 
'gaya mintak lempang....' kata syuhada
 
 Makchaq dah sound suruh potong rambut, dah nampak macam pompuan..




Doa mak semoga Amir diberi hidayah, dirahmati, diberkati dan diredhai Allah sentiasa. 

65 comments:

  1. Hebat amir..serba boleh. Selamat ulangtahun. Bila anak dah besar, teringat waktu dia kecik kan makchaq. Semoga amir terus membanggakan keluarga dan menjadi penyejuk hati makchaq dan pakchaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan hebat mana, tapi kalau kita/cikgu suruh cuba, dia buat ja.. walaupun tak suka mesti buat sungguh2.. macam bola memang dia tak minat - tapi bila cikgu suruh, main la sungguh2 sampai jadi kapten, sekolah depa johan pulak tu..

      Bila besaq memang teringat masa depa kecik2...

      Delete
  2. smoga amir diberkati Allah SWT dunia akhirat!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    epi besday amir, moga jadi anak yg soleh...yg sentiasa gembirakan mak ayah

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday tuk amir.. doakan saja untuk anak2 kita ye MC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang anak2 sentiasa dalam doa kita KA.. terima kasih atas ucapan KA

      Delete
  5. happy belated bday ;)
    dah besar hensem pun .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Irfa
      Bila rambut panjang macam Amirah pun ada gak.. (pernah jugak budak nama amirah minat kat dia..)

      Delete
  6. tahniah makchaqpakchaq sekeluarga bersama sama
    anak anak yang baik dan taat
    gembira bila lihat anak anak berdikari dan berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. sebenaqnya belum boleh dikatakan berjaya lagi.. tengah menapak..hanya syuhada yang tengah praktikal, yang lain masih belajaq..

      Delete
  7. Makchaq..
    Alhamdulillah..
    dikurniakan anak yang bijak dan serba boleh..
    Selamat harilahir dan semuga berbahagia dan didunia dan diakhirat...
    ( Ini yg dikatakan sejuk perut makchaq mengandung..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ucapan Rahmah..
      Bukan serba boleh.. Amir ni tak kisah mencuba dan sanggup susah payah berusaha..

      Anak2 lain tak berapa minat pulak aktiviti luaq, buat setakat nak cukupkan syarat sekolah ja..

      Delete
  8. tahniah amir dan selamat ulang tahun.
    dah besar anak mak chaq.

    hebak dia ni semua pulun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak makchaq yang besaq ada yang kecik pun ada..

      Memang Amir jenis kalau orang suruh buat/cuba dia buat sungguh2 walaupun tak suka.. contohnya bola, berenang, pengawas memang dia tak berapa suka.. tapi buat jugak..

      Delete
  9. Happy belated birthday utk amir...sebaya dgn ank no.2 sy...dia bln 6 ni ckup 20 :)
    Anak2 ni bila duk jauh dr kita pandai pulak mncurah rasa...rindu mak la...cakap sayang mak jauh jauh berani berdepan malu hehe camtu la depa kan
    Moga amir terus bejaya dunia akhirat :)
    Tahniah makchaq berjaya mndidik anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. tu la sesekali depa ucap terima kasih kita pulak terharu..

      Delete
  10. makchaq,kita ni jadi mak boleh doa saja kan? depa di sana kita disini bukan kita tau dia kemana, buat apa..moga Allah pelihara dari segala keburukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui cikgu....doa..

      tapi makchaq ni kadang2 telefon potpet2 beletiaq jugak..selalu rasa macam depa tu kecik lagi..

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. selamat hari jadi untuk amir...hebat, aktif...hensem plk tu...anak bujang bunda no 3 jugak besdaynyer harini 19/03/13...23 tahun...masih belajar kat UM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Bunda. dekat2 besday depa , mungkin perangai pun sama la kot ye..

      Amir pun masih belajaq lagi tapi bila cuti ligat buat macam2..ialah kalau nak minta kat mak apa2 yg cekai ja la dapat..

      Delete
  13. hehe..lawak pulak dialog syuhada tu.
    selamat hari lahir untuk amir.
    seronok gaya bercerita makchaq dalam entri ni..nampak bahagia nya keluarga makchaq..ada anak2 yang baik, serba boleh..berdikari..

    chek tumpang happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang makchaq pun geram tengok gambaq gaya k- pop tu, teruih kena sound....dah macam amirah..

      Terima kasih Murni..

      Delete
  14. Alhamdulillah, hidup dia penuh dengan aktiviti berfaedah & menarik. Boroih pun takpalah dia yg usaha sendiri, takdak sapa rasa nak marah kalau macam tu. Tapi nak tergelak sungguh la ayat "gaya mintak lempang" tu, tak bleh tahan betoi baca, kahkah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah usaha dia tu ada hasil..

      Mula2 makchaq marah jugak la.. beli mahai2..tapi lama2 biaq pi la..

      Entah apa punya gaya kan..

      Delete
  15. selamat hari lahir Amir..seronok nya bila anak anak "menjadi"
    terasa hilang penat mengasuh dan mendidik mereka..terasa berbaloi baloi sakit bersalinkan mereka ya mak chaq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum boleh lega lagi Zu.. Syuhada sorang baru nak lepas.. yang lain dok belajaq lagi..

      Delete
  16. Amir memang hebat. Semoga dia akan terus cemerlang dan menjadi anak yang soleh. Amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aziela

      Hebat tu tak berani nak kata, tapi kalau buat apa2 memang nampak kesungguhan dia.. makchaq pun kalah..

      Jadi anak yang soleh tu paling makchaq harapkan..

      Delete
  17. tahniahlah anak bujang pisces ni ..sama dngan auntie kemboja dia ...lembut di dalam luar tegas...syukur di panjangkan umur...doa mak tiada hijab...auntie panjatkan doa kesyukuran ..alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo macam tu..makchaq tak tau sangat pasai pisces ni.. Terima kasin KPN atas doa tu..

      tapi Amir memang tegas kot.. ada jiran makchaq cerita, nampak budak2 merokok lalu kat rumah cakap "eh ni rumah abang amir la" terus buang rokok siap kesat2 tangan..ketawa jiran makchaq.. punya takut kat Ketua Pelajar padahal orangnya bukan ada kat luar pun..

      Sampai sekarang masih ada budak2 junior yg kenal/sempat dengan dia, tengah merokok nampak dia buang rokok siap mintak maaf..
      Kawan2 dia pun.. tak berani isap rokok depan dia..

      Delete
  18. wahhh..hensemnya anak bujang makchaq..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah besaq pandai sikat rambut nampak elok la sikit..

      Delete
  19. Baguih nya dia makchaq....semua yg baik2 dibuatnya....ingin yg terbaik sahaja dlm mindanya...cukup berdikari...Tahniah atas didikan makchaq utknya...pasti makchaq bangga kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila tengok usaha2 dia tu berjaya...

      Delete
  20. moga Amir .. jadi anak yang soleh buat mak chaq dan suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cikgu.. itu la doa makchaq selalu..

      Delete
  21. wak pon doakan muger jadi anak yg soleh.. amin ya robbal alaminn

    ReplyDelete
  22. happy birthday kat Amir makchaq, semoga dia Dirahmati slalu, tingat mak2 duk tunggu anak2 skate kat pyramid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..

      Kalau hantaq anak2 buat aktiviti apa pun memang selalunya mak2 la tukang tunggu.. ayah2 kurang minat tunggu2 ni.. mak minat sebab boleh sembang2.. he he

      Delete
  23. ALHAMDULILAH semoga dia terus berrjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yan..

      Itu la doa kita sentiasa untuk anak2 kan..

      Delete
  24. happy birthday Amir...

    moga terus jadi anak mak dan pak yg baik2 ya...dan erjaya dunia dn akhirat...amin amin ya rabbal alamin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Q untuk ucapan dan doa tu..

      Berjaya akhirat yg penting.. kat sana lagi yg abadi..

      Delete
  25. Selama hari lahir Amir. Syoknya emak tulis macam2. Kembang bila dia baca apa yg emak dia paparkan. Moga Amir jadi anak solleh dan dpt isteri solehah. Amin.
    /
    Mama ju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ju.

      Jangan la dia baca.. kalau dia baca mesti dia marah..
      dari dulu kalau kita tercerita pasai dia mesti dia tak suka.. dia kata takut jadi riak.....

      tapi kadang2 kita mak ni nak jugak kongsi kegembiraan kan..

      Delete
  26. Happy belated birthday Muhammad Amir

    ReplyDelete
  27. Happy belated birthday amir. Bangganya auntie dgn amir. Serba boleh. Alhamdulillah amir khalifah Allah yg baik.

    ReplyDelete
  28. Happy belated birthday buat Amir. Lebih seronok guna duit sendiri untuk beli barang yang diingini. Tahniah buat makchaq juga dapat anak yang membanggakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Zai. Memang puas dpat apa2 hasil titik peluh sendiri

      Delete
  29. kalau dak Amir kurus sekarang camanelah ghupenye kan makchaq.. ;)
    rindu makchaq semua.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jugak tengok dia kurus... tapi kuat makan camno...

      Kalau lan tak outstation meh la jalan2 sini...

      Delete
  30. eh.. yg ini pun ingat nak cop jugak la buat menantu.. hihihi.. tapi aisyah kebik no lagi.. hihihi

    kata kat amir cikda pun doakan dia berjaya dunia akhirat. lagi umur dah bertambah ni..

    ini macam boleh bikin batu... cincin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisyah tu jadi anak angkat Amir sesuai la.....he he

      Delete
  31. hahaha..rentetan post mak chaq kat atas, dkna baca post nie.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi hi.. Kalau tak Dkna tak tau pun kisah ni kan...harap Dkna tak ingat makchaq nak eksyen..

      Delete
  32. Salam ukhuwah MakChaq. Saya harap My Precious yang satu-satunya jadi seorang yang sangat aktif macam Amir MakChaq ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhwah jugak dari makchaq. InsyaAllah.. Kalau itu doa Zana.. Muaz akan jadi anak yg aktif juga nanti..

      Delete