Monday, June 17, 2013

TULIH JUGAK CERITA MAKCHAQ

Dah penat jalan2 sana sini (bw ja..)
balik tengok blog sendiri..
waaa.. memang makchaq kena tulih jugak la nampaknya...

Ingat nak melawak ngan Cikda
tau-tau sendiri yang kena..

Bila makchaq dah tulih pasai makchaq
harap2 jangan la ada orang tak mau kawan ngan makchaq pulak..

1.
Makchaq ni orang yang sangat sempoi... tak suka susah2,  tak suka renyah2...

2.
Makchaq asai orang Penang,  kahwin ngan orang Taiping,  jumpa kat Sabah. 
Pi Sabah masa bujang, balik dah ada anak 2 orang. 

3.
Makchaq adik beradik 3 orang, ada sorang adik lelaki dan sorang adik pompuan, depa semua dok Penang... makchaq sorang dok Putrajaya... sedih...

Pasai adik beradik sikit makchaq berangan nak anak ramai, tapi lepas dapat anak ke empat rasa dah tak larat...  bila anak2 dah besaq rasa larat pulak... jadi makchaq pun plan sorang lagi anak masa umuq makchaq 44 tahun.. makchaq dapat Nafisah masa umuq 45

4.
Makchaq tak suka tengok tv/dengaq radio, dari dulu memang sangat jarang tengok tv/dengaq radio... anak2 pun sama kot.. ada masa tv kat rumah langsung tak on sampai berhari2...(sampai ada orang pernah komen rumah kami sunyi sepi macam tak dak orang..) 

jadi kalau tanya makchaq pasai filem ka, drama ka, lagu ka, artis ka, memang tak tau dan tak kenai sangat la...

Baru ni masa persembahan angklong kat Bandung, MC umumkan Aaron Aziz ada sama2 kami, keluaq tu guide kami tanya yang mana satu..
makchaq tak kenai, tanya khadijah pun tak kenai, pakchaq pulak kata pernah dengaq nama tapi tak kenai orangnya
jadi tak dapat la nak tunjukkan kat guide tu artis dari Malaysia..

5.
Makchaq suka baca... tapi la ni macam tak larat nak baca lama2.. tu yang buku tebai2 dah malas nak baca.. tak larat nak perabih... beralih baca blog pulak.. pendek dan interesting..

Baaanyak lagi buku yang makchaq beli tapi tak baca2.... tapi bila tengok buku yang best beli lagi..

6.
Makchaq ni sangatlah  ' jack of all trade but master of none'. 

Macam2 boleh buat tapi untuk suka2 sendiri dan keluarga ja la...masak, jahit, bertukang, berkebun, main muzik, lukis, semua boleh tapi sikit2...
Dulu arwah mak & abah kata makchaq Mcgyver.. bagi apa pun boleh pebaik, buleh buat..

7.
Makchaq tak pakai make-up.  Kalau pakai sikit2 pun bila terpaksa.  Tak pernah pakai eye shadow & blusher seumuq hidup,  beli pun tak pernah..

Pi kerja.. bedak pun tak pakai, apa lagi lipstik...memang jenih bersiap tak payah tengok cermin...
Cuci muka pun jarang guna pencuci muka.. bedai ja sabun mandi... kadang2 bila shampo rambut dengan muka2 badan2 sekali makchaq shampoo..

8.
Makchaq tak pakai accessories.  Tak kira la emas ka tipu punya,  biasanya memang makchaq tak pakai.  Pakai bila keadaan terpaksa pakai...Jam pun tak pakai. 

Ada sekali tu masa dok bersiap kat  rumah kakak ipaq (nak pi kenduri) kakak2 ipaq masing2 bok kluaq celepa hat depa bubuh barang kemas masing2... makchaq memang tak dak la..
MIL makchaq tengok kat makchaq.. kesian gamak kot...dia offer makchaq pakai gelang ngan cincin dia...
tak ambik la.. mana nak celuih.. makchaq 2 kali ganda besaq dari MIL makchaq tu..

Handbag pun selalu tak bawak.  Baju suka hat ada poket, buleh boh h/p, duit dalam poket.

Kalau jalan jauh baru bawak handbag ngan wallet pasai nak bawak ic, license etc.  kalau setakat pi kerja memang jarang bawak.....

9.
Makchaq hari2 kena makan nasik.  kalau tak makan nasik, makan banyak mana pun rasa macam tak kenyang.  Dulu makchaq boleh makan nasik sampai 3  4 kali sehari.. la ni kurang la sikit

10.
Masalah  makchaq... makchaq ni wonder women.  Makchaq pernah tulih pasai ni kat super hero

11.
Makchaq ngan pakchaq sangat berbeza watak, baik anak2, baik orang yang kenai kami berdua selalu kata macam tu...
tapi pasai berlainan tu kot tarikan lebih macam besi berani tu.. utara ngan selatan...

Sekian... sebarang kemusykilan akan makchaq jawab kemudian..he he

Amboi..penatnya tulih....nak jawab soalan tambahan Cikda pun dah tak larat.. jawab soalan bonus ja la... Makchaq suka baca blog Cikda


67 comments:

  1. yg no 8 tu sama dgn saya...langsung kat badan ni takde emas ke,perak ke,gangsa ke,suasa ke...besi ke..manik pun takde hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kam pun tak suka jugak rupanya... makchaq rasa rimas kalau pakai... tapi bila terpaksa pakai la jugak.. sampai rumah teruih cabut semua...

      Delete
  2. Wahhh
    Banyak persamaan
    Part tak bawak handbag
    Tak pakai make up
    Sempoi
    Suka makan nasi
    Mc gyver
    Boleh jadi geng laaa mak chaq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo kita serupa..memang boleh geng la... suka ja nak geng dengan Rahmah.. kita pun berjiran..

      Delete
  3. Hik3x..Sempoi habis makchaq, baguihlah lagu tu, mesti banyak simpan duit..Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sempoi kak Nanie... tapi tu la heran, duit tak banyak pulak simpan...habih beli benda lain la pulak...he he he

      Delete
  4. Haa dengan adanya entri ni, bertambahla lagi pengetahuan saya pasai makchaq. Makchaq memang sempoi & harap dapat kawan sampai bila2. I like.

    Saya dah dapat dah tadi, terima kasih banyak2 na :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. Dinas dah kenai makchaq, apa kata Dinas pulak perkenaikan diri...

      InsyaAllah harap2 persahabatan kita sampai bila2..

      Sama2 kasih...

      Delete
  5. Replies
    1. La ni orang lelaki pun dah banyak yang make up..

      Delete
  6. Tima kadih mak chaq..kenai dah..tinggai nak jumpa je lagi..kot la bila2 nanti kan mak chaq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... ada rezeki boleh la kita jumpa.. tapi makchaq ni pemalu...

      Delete
  7. ala...nyosal pulak soh citer 11 perkara je.. tau cikda soh tulis 111 perkara..baru best... hihihi

    apa pun tengkiu makchaq sebab rajin jugak layan cikda..hihi..

    yg no 6 tu..mesti kecik2 tiap tahun tukar cita2 bila besar nak jadi apa...haha..cikda gurau ye..

    selamat berkenalan makchaq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikda, cpt mintak tuan umah ni tambah 100 lg!
      yg 11 tu pakat kensel jer!

      Delete
    2. tu la kan.. hahaha.. apa kata kak Q pulak Tag makchaq soh dia citer lagi 11 + 99 perkara lagi pasal dirinya..akekkekeke..

      Delete
    3. Cikda
      Kalau sampai 111 tu bukan nak berkenalan dah tu... tu nak buat naya namanya...

      Queenie
      Kalau nak naya makchaq sokong no.. Upah beriani kambing baru makchaq cerita lebih..he he

      Delete
  8. Seghopa dengan IM vs ibu_suri. takdak satu pun yang sama citarasa. Semuanya lain-lain.

    Tapi selalunya ibu-suri la menang pasai IM selalu mengalah. tak mau bising-bising.

    mak IM selalu pesan - kalau sorang tu api, lagi sorang kena jadi ayaq. IM lal tu...

    Tapi nak habaq mai.....

    psst...psstt... ayaq tu la yang selalunya boleh lalu walau macaam mana depa empang. betoi kan...

    Ha..ha..

    IM asai orang Perak. tapi dah dok kat Penang 30 tahun lebih dah...

    kah..kah...

    (gelak besaq...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kot IM, kalau tak sama baru boleh ngam... dulu2 makchaq ingat kena sama citarasa baru serasi...
      Masa mula2 kawin macam terpikiaq, awat la jodoh makchaq ngan pakchaq yang citarasa langsung tak sama...rupanya serasi sampai la...

      Delete
  9. Gelak keraih perut baca hat no.7 tu...adoi la kak chaqqq hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq memang lagu tu..jangan tak mau kawan ngan makchaq sudah la...

      Delete
  10. Makchaq, penang kat mana?

    Sempoi betui makchaq ni..

    Tak payah susah2 pikiaq banyak2 no...he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah arwah mak kat Bayan Baru dekat sunshine.. Arwah abah orang sungai ara, mak orang teluk kumbaq, tapi makchaq jarang sangat dah balik... depa dah tak dak, tinggai adik2 saja..

      Delete
  11. hat no 2 jer kita tak sama, lain2 semua kita tak berbeza hak3

    yg no 6 tu lg la buat saya nak terus kawan ngan makchaq, makchaq punya lawak tersangat ori! nguahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq memang suka sangat kalau orang nak kawan dengan makchaq... tambah2 orang yang pandai masak beriani kambin..

      Delete
  12. Terima kasih berkongsi hal2 peribadi. Rasa kenal makchaq lebih sikit dah sekarang.

    Saya suka wanita yg simple mcm makchaq ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun nak jugak kenai lebih kawan2 semua..

      Wah.. bangga Makchaq ada orang suka orang macam makchaq...ngeeee
      tapi rasanya yang tak suka lagi ramai kot...

      Delete
  13. oo ini dia makchaq....ada juga yg sama kita ni makchaq...handbag..makeup...buleh jd geng naaaaaa.....

    ReplyDelete
  14. wah..bestnya dapat kenal mak chaq fgn lebih dekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nini la pulak cerita pasai Nini, boleh la makchaq kenai n ini pulak...

      Delete
  15. As salam Mak Chaq,

    Such a wonderful person! Mesti senang berkawan dgn mak chaq ni... Teringin nak tgk muka mak chaq...mesti natural beauty gitu! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Natural ada... tapi beauty tu tak dak... he he..

      Delete
  16. wah info menarik ni mak chaq hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja nak berkenalan ngan Cikda punya pasai la ni...

      Delete
  17. Kerana criteria semua inilah Pak Chaq terpikat dgn makchaq itu yg kakak pasti. Oh... sorry makchaq kakak ingat adik tu anak angkat. Kiranya betullah Nafisa lahir ketika makchaq 45 tahun hebatlah makchaq!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kahwin baru tau... pasrah ja la terima...he he

      Memang masa ingin nak ada anak kecik tu, cadang nak ambik anak angkat, tapi bila fikirkan masalah mahram dan sebagainya kami rancang anak sendiri...
      Alhamdulillah masa mengandung dan lahirkan Nafisah tak dak masalah..

      Delete
  18. Bab makan nasi kita sama hari2 kena makan nasik. Barng mas pun sama tak berapa suka nak pakai tapi suami selalu jeling2 pasai tak pakai cincin dia bg dan rantai tangan mas kawin dulu so kena pakai jugak la.

    Bila mak chaq kata lahirkan Nafisah masa umoq 45 rasa mcm Aina ni masih muda utk lahirkan seorang lagi anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq ada alasan tak pakai cincin.. dah tak celuih..

      InsyaAllah Aina boleh lagi..kalau nak anak lagi doa la banyak2.. supaya kita dan anak sihat..

      Delete
  19. Simplenya makchaq...tapi kak Zai suka orang macam ini tak banyak kerenah.

    Kak Zai pulak agak berbeza...banyak perkara yang masih macam muda2 dulu hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq memang dari dulu macam ni.. sebenaqnya dulu tak ok, la ni baik sikit.. ada juga la lipstik & bedak untuk occasion tertentu.. dulu tak ada langsung..

      Delete
  20. assalam,

    serba sikit dah kenal dah MC ni mcmne orangnyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 jangan la jauhkan diri pulak bila dah kenai..

      Delete
  21. Haa camtulah mak chaq. Hari tu tertanya2 jugak saya. Hahaha. Tapi kan lebih kurang macam saya jugak bab mekap ni. Saya pun dah bertahun tak beli lipstick. Yang ada dalam laci tu pun dah expired. Eyeshadow ka, blusher ka semua saya tak kenal pun. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aidah pun geng makchaq nampaknya tang make up2 ni.. tapi makchaq ada lipstik yg belum expired.. tapi pakai setahun 2 3 kali ja kot..

      Delete
  22. saya pun kurang dan jarang tgk tv ..tapi tang aaron aziz tu mmg saya kenai ssngat...hehe

    mq..blik tepeng nnti boleh mai rumah saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai la ni makchaq tak tau rupa aaron aziz, asyik lupa ja nak google tengok.. lepas ni la kot.

      Raya boleh kot jumpa Zu kat kampung

      Delete
  23. lagi satu pasal makchaq.. kalau ada wat makan-makan kena ingatkan sekian2 tarikhnya, takut nanti makchaq datang lagi awal dari tarikhnya.. hehehe..
    tapi apapun makchaq memang best.. dan best lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eee nyampah tau...

      Tapi nak buat macam mana.. selalu jadi lebai malang...

      Delete
    2. tapi kalau ke rumah kami lagi.. insyaAllah tak jadi lebai malang.. ;)

      Delete
  24. panjang sungguh makchaq... tulis ni... sonok baca. Makchaq tau dak, saya masa dok kampung masa belum kerja, kami sekeluarga pun makan nasi 3-4 kali sehari. Tapi sejak hidup sendiri kat KL ni, tak makan nasi satu hari pun takpe...

    Untung pakchaq.... kawin ngan superwoman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok la boleh adapt dengan keadaan, senang la nak jalan luaq negara...makchaq ni susah.. tang makan la...

      Makchaq lagi untung rasanya dapat kawin ngan pakchaq..

      Delete
  25. Laaaaaaa....terror sungguh mak chaq mc gyver

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu McGyver tu kira macam hearttrob makchaq tu.. pasai tu suka nak jadi macam dia.. (macam mana masa budak2 boleh suka hero tua pun tak tau..he he)

      Delete
  26. ahakz....salam kenai dai bdr bukit mahkota, kajang....ahakz....ahakz....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... bersebelahan nampaknya kampung kita...

      Delete
  27. orang Penang biasanya Mami Jarum, makchaq..huhu..
    saya membayangkan makchaq yang sempoi cam saya..
    pernah minta budak kat kedai komputer hantar printer yang saya perbaik kat kereta saya di luar kedai, dia p berdiri sebelah kereta lain yang dia rasa sesuai dengan saya, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq ni kulit ja serupa mami.. tapi bukan mami jarum..

      Sapa sangka cikgu sempoi pakai cik putih tu... depa ingat tokei kedai ja mampu..he he..

      Delete
  28. Assalamualaikum makchaq...

    Salam ukhwah..tq ye singgah blog ummi.

    Seronok dapat berkenalan dengan orang Penang, ummi dulu pernah mengajar kat Penang, rumah pun masih ada di Penang. Seronok duk Penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rumah kat penang.. bestnya.. makchaq pun tak dak rumah kat penang.. bila dah kerja langsung tak pernah kerja kat penang..

      Delete
  29. saya gi keja tak kuasa nak mekap...kalau keluar kemana2 pun x mekap...tapi kalau travel tempat org rajin pulak bermekap...hahaha...


    syok baca citer makchaq...dpt kenal makchaq lebih rapat lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq kalau pi travel lagi la tak bawak make-up.. (dah tak dak macam mana nak baawak...he he)

      Delete
  30. makchaq, I have fallen in love with you..memang saya tk dak dlm senarai makchaq tu tapi saya suka bab kesimplelan makchaq tu (ada ke prkataan ni? )
    makchaq sangat jujur.apa ? beranak diusia 45? hebat tu.saya tabik 10 kali makchaq.
    saya boleh bayangkan banyak makchaq boleh save duit beli benda2 yg saya sntiasa beli kan kan? anyway bukan semua org sama dlm dunia ni .walaubagaimana pun dua benda kita sama, dua2 kita suka membaca,dan dua2 dari utara.dan bahasa kita pun tentula sama .Eleh Penang dgn Kangaq 2jam saja sampai ..he he.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun suka kawan ngan cikgu.. walaupun x pernah jumpa rasa macam dah kenai lama... Nafisah tu boleh kira macam cucu makchaq dah..

      Tang save duit tu susah nak cakap cikgu.. tak belanja kot tu belanja kot lain pulak...

      Delete
  31. satu lagi sama makchaq.Saya pun tak suka tengok tv..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq memang dah lama tak tengok tv, berita pun tak tengok.. punya teruk kan..

      Delete
  32. Assalam, makchaq.
    Tu dia, habeh dah kluaq ghahsia makchaq. Pak Temuk kagum dgn sifat2 tu. Jujoq ni! Semoga makchaq seghumah sentiasa dlm peliharaan Allah.

    Bila tolak banyaknya benda tak beli, jugak benda tak pakai, juga pasei buleh buat banyak benda sendighi, saoalannya, kat manalah makchaq pi simpan RM yang tak pakai tu? Nak ghagut pun tak buleh, pasei jaghang bawaq beg, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Pak Temuk.. Terima kasih doakan kami..

      Simpan pun dak jugak Pak Temuk, duit habih beli benda lain pulak.. terutama buku.. tak boleh tengok...walaupun tak dan nak baca beliiii lagi dan lagi...sampai dah tak tau mana nak bubuh..(penyakit kot kan pak Temuk..)

      Delete