Tuesday, December 25, 2012

MINGGU DEPAN SEKOLAH DAH NAK BUKAK

Minggu depan sekolah dah nak bukak
anak makchaq hanya Khadijah yang masih sekolah
jadi persiapan sekolah tak lah banyak dan kecoh sangat
buku dah dapat pinjaman
tinggal nak beli buku tulis
semalam pi beli kasut sekolah dan tshirt kadet bomba dia
baju sekolah - beli baju saja
kain yang tahun lepas ok lagi
beg pun dia tak nak tukaq, ok la..
semua dalam RM100, buku tulis rasanya RM40
yuran tak tau lagi berapa, mungkin RM60 kot macam tahun lepas
Khadijah tingkatan 2

Nafisah tahun depan 5 tahun
makchaq dah daftarkan dia tadika/taska
tadika jabatan makchaq
kena beli baju sekolah, baju sukan, buku & alat tulis
deposit, yuran sukan, yuran seni etc
tambah yuran bulanan sebulan RM150.00
(makchaq rasa ok la bayarannya, sampai petang RM150) 
jumlah semua masa daftar RM800 lebih
macam daftar masuk universiti  rasanya..

Tapi, ada yang kata
jumlah yang makchaq bayaq tu tak mahai mana
ada lagi tadika yang lebih mahai dari tu
ada yang bayaran mula RM1500 - RM2000
memang mahai sungguh makchaq rasa

Bukan la masalah  mampu/ tak mampu
tapi kalau setakat tadika tu..
apa sangat la yang nak diajaq/dibelajaq
sampai yuran  RM300 sebulan belajaq 3, 4 jam saja

Tapi itu la..
bila namanya ibu dan bapa
memang sanggup buat apa saja
demi kejayaan dan kecermelangan anak2...

48 comments:

  1. Aisyah pun saya nak masukkan tadika. Tapi tak buat keputusan lg hat mana ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nafisah makchaq hantaq tadika kat pejabat saja.. Senang nak hantaq nak ambik..

      Delete
  2. Betul tu mak chaq..
    Dah jd ibu bapa ni... Keperluan anak priority kita...
    Cepatnya waktu cuti nak hbs...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasa sat kan cuti...
      Dah ada anak2 keperluan kita jatuh no 2 kan...

      Delete
  3. betul makchaq

    skang ni semua duit

    murah ke mahal ke tetap kena keluar duit

    tapi demi anak2, ape saje kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memangnsekarang ni semua nak duit.... Tapi untuk anak selalu sanggup kan...

      Delete
  4. kalau dapat yang murah baik yang murah...
    tapi yang penting berbaloi2...
    tak penting murah mahal sebenarnya ..
    sistem dan guru yang mengajar yang penting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ni kat sini semua mahal, ini pun tadika pejabat, tu la katanya murah sikit..ada jugak tadika kemas dan permata tapi susah nak dapat..

      Delete
  5. btol tu makchaq...
    cikmat masih lagik meneruskan persekolahan di PASTI..
    yuran kali nih mungkin dalam rm150 gitulah termasuk buku..
    mujurlah baju taun lepas boleh sarung lagik..
    tinggal nak tetaskan lipatan jahitan lengan baju & seluar yg terover panjang taun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mat tentu dah pandai kan.. Dia dah setahun pi tadika, Nafisah baru nak pi..

      Dulu anak makchaq pernah jugak daftar kat PASTI, kat simpang jalan Asam Kumbang, tapi anak makchaq tak mau pi...

      Delete
  6. RM150 sampai petang tu kira muraj makchaq....anak saya pun masuk tadika 2013 ni..daftar aja dah habis RM1050..hahahaha...sebulan RM250...Belajarnya, 1.30pm - 5.30pm aja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai kata murah DZ, mungkin tadika pejabat ada subsidi kot untuk anak2 pekerja...

      Seribu lebih memang betui macam nak masuk U tu.. Tu yg bila grad dapat pakai topi jambul agaknya kan...

      Delete
  7. Saya dulu anak 2 orang tadika swasta (Cina) sebab kawasan kami baru, takda tadika, takda sekolah. Sebulan RM150. Pun dah jenoh sakit dahhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa dulu RM150 memang lagi besaq dari sekarang kan...

      Delete
  8. Tu la kita ni as parent..mmg nk yg trbaik utk ank2 ....bayaq mahal klau anak sorg tak pa la kan..klau anak ramai kena la pilih yg mampu ja
    Ishh anak bongsu sy masuk tingkatan 1 ni...makin tua la sy ni kan? Hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak sorang lagi la sanggup buat apa saja...

      Dah besaq la sibungsu ye.. Dah sekolah menengah, masuk asrama ka tak?

      Delete
  9. sekarang ni apa yg tak perlu keluarkan duit makchaq..lebih2 lagi kat KL ni, selangkah duit, dua langkah sakit...

    besor piuk lagi besor keraknya..

    makchaq, projek disember kita, kelaut gamaknya...
    nak contact makchaq, tak berani la...kang dikhuatiri tak kemana2 pun ceritanya...manjang penuh, nanti makchaq pun naik benci...

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ni memang duit ja la kan.... Tak payah langkah pun kena keluaq duit Q.... Budak2 order pizza online pun dah berpuluh2 ringgit kena bayaq

      Tak kisah la ke laut ke ke darat projek kita tu.. mana tau tetiba ada rezeki....
      makchaq mintak contact tu sebab mana la tau boleh order makan kat Q ke satu hari nanti..
      InsyaAllah setakat ni makchaq tak pernah lagi benci kat sapa2 pun yg pernah makchaq kawan..
      Semoga Q bahagia dan anak2 makin ceria..

      Delete
  10. ibu_suri masa sihat dulu mengajar tadika amal rintis (TAR). Tadika ibu_suri dikatakan yang termahal kat taman IM.

    Tapi keluaran dari TAR dijamin boeh membaca dengan lancar baik BM, BI dan quran.

    Kebanyakan keluaran dari TAR mendapat kelas A atau B.

    Guru-guru sekolah rendah di sini pun akui keluaran dari TAR adalah terbaik.

    TAR menggunakan kaedah fonik dalam mengajar membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung la ibu_suri, ilmu yang diajar akan dapat pahala selagi diamal

      Sebenaqnya IM, anak2 makchaq hanya yang sulung pi tadika, yang lain semua tak pi.. Ada jugak daftar, tapi depa tak mau pi...

      Tak tau la Nafisah ni.. Harap2 dia nak pi la.. La ni kecik2 semua dah pandai baca, kalau dok di rumah memang main ja la.. Kita ajaq bukan nak dengaq..

      Delete
  11. Macam tu la yg selalu saya dengaq dari kawan2 yg ada anak2 masih sekolah lagi, Makchaq. Tapi takpa, untuk masa depan depa jugak :)

    ReplyDelete
  12. Salam makchaq,

    Kak ani dah terlepas semua ni tapi masih menanggong lagi 2 org kat IPT. Berat jugak tu.

    Sekarang tengok cucu dok sernok beli beg dan uniform sekolah. sorang tahun ni tahun 4, sorang tahun 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak Ani

      Yang kat IPT kalau dapat pinjaman/biasiswa ok jugak sikit

      Budak2 kalau barang2 baru semangat sikit nak sekolah..

      Delete
  13. Demi masa depan anak2 kan makchaq....mahai ka murah ka yuran sekolah tergagah juga mencari duit demi depa semua....tidak pula ada niat nak suh depa balas jasa kita..janji depa berjaya dan hidup senang dimasa hadapan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kita ibu bapak sanggup berkorban dan tak harapkan apa2 balasan..
      Kasih sayang tanpa syarat..

      Delete
  14. th ni cuma 2 org ja yg bersekolah...tingkatan 2 dan yg bongsu nak masuk darjah 1...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejap ja rasa Tasya dah darjah 1.. teringat gambaq dia kecik2 montel... cemei..

      Delete
  15. Tapi sebenarnya Tadika memang lebih mahal berbanding bila dah sekolah rendah makchaq. Sebab sekolah tadika tiap bulan bayar tapi kalau sekolah rendah setahun terus setel. Tapi tahun depan sekolah rendah anak kakak macam tak ada yuranla makchaq. Sebab baru beli semua buku dan peralatan tapi tak ada yuran - abang kata dah free kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadika swasta mahal sikit kan..
      Yuran sekolah tak dak kot, tapi PIBG, Kelab etc tu kena bayaq jugak rasanya.. tapi sekali setahun ja...

      Delete
  16. kalau ada poket doraemon mesti anak-anak mintak panjangkan lagi tempoh 'percutian' dorang.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib tak dak.. kalau tak 10 bulan cuti, 2 bulan je sekolah..he he

      Delete
  17. tadika sekarang memang mahal kan makchaq
    gerun tgok yuran bulanan diaorang

    ReplyDelete
  18. Betul mak chaq. Masa anak2 saya tadika Q-Dees dulu setahun saya kena bayar sampai RM4000. Tapi setahun je lah. Diorang pakai syllabus dari S'pore, kalau tak silap. Homework diorang ...ummmannggaaai..kemain banyak mak chaq. Kalah sekolah betul. Tu sebab saya hantar setahun je. Bagus memang bagus tapi rasa macam stress pulak kepala anak2 dan kepala mak bapak pikirkan ongkosnya. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kata Q-Dees tu bagus..
      tapi makchaq pun tak suka jugak kalau homework banyak sangat, kesian kat budak2..

      Delete
  19. Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak...
    Pelaburan tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la.. melabur tapi bukan untuk pulangan.. untuk depa jugak la..

      Delete
  20. assalamualaikum makchaq
    wah akak anak akak ada yang sebaya dengan anak saya
    tahun depan anak saya pun 5 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ummu

      Dia la tinggal sorang kecik..manja pun terlebih..


      Delete
  21. tadika sekarang mengalah sekolah kebangsaan pula.lagi mahal lagi mak pak kofiden kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang swasta memang agak mahal la.. pra sekolah/kemas tak mahal sebab subsidi kerajaan..

      Delete
  22. Salam makchaq... tadika skarang terutamanya swasta memang mahal bayarannya kan, tp ada juga anak2 yg masih tak dapat membaca bila ke tahun satu .. bila tanya anak2 katanya 'kat tadika dulu asyik main je'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq kena pilih tadika swasta yang boleh jaga sampai petang, sebab pengasuh Nafisah dah tak dapat jaga tahun depan..
      Harap-harap Nafisah dapat la baca sikit2 lepas habis 2 tahun tadika ni..

      Delete
  23. yuran sampai 1k++ mahai la haih...jenoh nak membayaq..kan makchaq kan...tadika ja..dah level universiti pulak rasa. tapi nak buat cmna...demi anak2 noo..berkorban apa saja.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak dak subsidi la Murni..
      Tadika kemas/pra sekolah ok, tapi separuh hari ja..

      Delete