Wednesday, December 19, 2012
AUDIT 5S
Hari ni hari audit 5S kat pejabat makchaq
sepanjang 3 hari sebelum audit tu
macam2 la yang kami dok perelok dan perbaik
letak tagging sana sini
takut la satni jadi sebab dpt markah rendah..
Sebenagnya jabatan makchaq bukan buat pensijilan 5S ni
tapi ketua jabatan kami nakkan amalan ni diterapkan
jadi setiap 3 bulan diadakan audit oleh pegawai2 jabatan yang dilantik
macam pertandingan antara bahagian la kiranya
semua ketua bahagian pulak mesti tak nak bahagian dia tercorot..
Masalahnya... yang dok bersusah payah pebetui ni kami2 la..
orang2 sokongan
perpustakaan, bilik mesyuarat, bilik jamuan, ruang menunggu, bilik fail, bilik kebal, pantry, tandas semua nak kena pastikan ok dan tip top
tapi...
yg selalu jadi masalah pulak bilik2 pegawai..
ada ja hai nya.. komputer letak atas lantai la, dokumen sulit tinggai atas meja/lantai la, jam dinding mati la..
bilik bersepah la...sedangkan depa tak dak kat bilik..
Kami ada masanya diarah kemas bilik2 pegawai yg out station ni
pasai pegawai2 kami memang jarang sangat ada kat ofis
depa lebih banyak kerja luaq/kursus
tapi ada jugak yang ada sebelum hari audit
tapi depa memang banyak kerja...
tak kuasa kot depa nak kemas2 ni..
Kadang2 kemas2 sangat pun jadi masalah
semua nak sisih...susun.. sapu..
langsung hilang benda2 yang kita perlu
Makchaq pun kadang2 lagu tu jugak
sisih2, susun2, sapu2 langsung tak jumpa...
kalau salah letak/susun tak pa lagi
kalau ter 'shred' memang naya la...
la ni pulak nak buang dokumen semua kena shred
jenuh la nak menjawab.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
penah gi course psl 5S ni..insaf kejap je pastu sepah balik meja tu.hehe
ReplyDeleteSama le dengan kami yg amal 5S ni, meja sepah jugak bila dah mula buat kerja.. masa audit tip top la.. he h
Deletemak sy sibuk ngn 5S ni. orang kuat 5 S
ReplyDeleteMesti mak Afaz merana sebab jadi orang kuat 5S..
DeleteNak suruh orang berkemas fuh... pitam...
hehe...slmt ber'5s' makchaq!
ReplyDeleteTerima kasih... lega dah habis audit..
Deletedah berpuluh tahun tinggalkan dunia 9-5, hapa pun tak reti la ni...hihihi...
ReplyDeleteOrang busnes memang sangat sesuai 5S ni.. kalau nak consultant makchaq boleh.... caj minimum jek... he he
Deletehe he kdg2 5s ni pun bikin susah je kan
ReplyDeleteMemang pun... 2,3 hari tak buat kerja hakiki.. dok pebetui utk audit..
DeleteIsh...5S? Klu 5S org cha ya nun alif, lagi skt ati Makchaq. Heee~ Sbb yg disusahkan bkn org depa. Huuuu~
ReplyDeleteOoo ye ke? kat tempat makchaq depa minority..tak tau la kalau depa yang pegang..
DeleteKadang2 bila terlampau kemas, tak jumpa barang yg penting...itu selalu terjadi pada saya..hehehe...
ReplyDeleteMakchaq pun macam tu MP.. directory telefon pun entah susun tang mana.. dah la kerja makchaq ada masa kena telefon ja sepanjang hari..tak dak directory memang seksa la..
DeleteMeja saya pun bersepah jugak tapi sepahnya saya tau nak cari barang yg saya nak tu terselit celah mana. Tapi bila dah kemaih..aiseh..tak jumpa la pulak..heheh..
ReplyDeleteSama la kita... w/pun bersepah tapi tau kat mana nak cari.. bila kemas langsung tak jumpa..
Deleteselamat beraudit-auditan.. apa kebenda 5stu yerk...
ReplyDeleteLega dah selesai... 5S Sisih Susun Sapu Seragam Sentiasa Amal.. dari Jepun asalnya..
DeleteMasa sisih susun & sapu tu la selalunya tersusun dokumen2 penting sampai tak boleh nak cari...
Mak Chaq...samalah kalau kat rumah...kemas sisih...sapu...pastu cari barang yang nak guna dah takde...tak ingat dimana letaknya...heheheh
ReplyDeleteHe he betui kak Anie.. makchaq pun sama.. kadang2 mengamuk sendiri... padahal sendiri yang salah..
DeleteSalam makchaq,
ReplyDeleteSusah kemas bilik org ni, sebabnya nanti dia tak jumpa barang/dokumen dia, haru kita.
Salam kak Ani
DeleteMemang susah kemas barang orang.. kalau barang pakchaq pun bila makchaq kemas mesti dia marah, pasai makchaq tak ingat letak kat mana.. he he
IM bukan boleh dengar perkataan audit ni. boleh luruh jantung...
ReplyDeleteMemang IM..
DeleteTapi 5S ni kami tak buat pensijilan ok la sikit. Masa ISO dulu memang tension bila time audit...
Makchaq pun auditor ISO jugak.. jadi auditor pun tension tau IM, terasa macam orang tak suka kita..
Sykt kakak tak ada 5S ini makchaq. Kerja-kerja-kemas-kemas semua atas inisiatif sendiri.
ReplyDeleteSalah sredding tanggun sendirlah jawabnya kan.. Sekarang dah banyak simpan dlm sistem aje kan makchaq..
Kami pun bukan buat pensijilan, cuma big bos nak amalkan.. tapi persediaan tu macam pensijilan la jugak sebab bagi markah..
DeleteMemang sekarang semua dokumen dlm system, tapi kami masih banyak guna dokumen hardcopy i.e Notis, Representation etc.
itulah makchaq.. kalau terbuang kes naya jadinya.. tapi sekurang2nya amalan 5S tu dapat menjimatkan ruang yang ada dan takdelah semak sangat kan.. ;) (itupun kalau ruang tu banyak dokumenler..)
ReplyDelete