Sunday, September 29, 2013

BILA ABAH BALIK

Bila pakchaq balik
Nafisah la rasanya paling happy
ajak pakchaq pi sana sini
kalau keluaq jalan2 dengan pakchaq
ada saja dia nak kecek kat abah
dia tau mesti dapat punya..
sekali sekala.. abah sure bagi..

Mainan terbaru abah beli kat Nafisah
Creative jugak dia decorate kek & jelly
ni, tapi tangan tak kuat lagi bila tekan
icing tu ada kecik ada besaq

 
Ajak abah pi skating... abah ikut ja..
bukan main happy 2 beranak main skuter..
berkejar2.. mengekek2 gelak
Main inline skate abah tak pandai..
jadi tukang ikut ja pun Nafisah dah seronok..
Depa memang suka main ni
tapi la ni jarang dah main
semua dah sibuk.......

Tayang rantai ngan gelang baru..
girlish sungguh budak ni..
kalau nampak rantai/gelang/handbag/brooch/cekak
mesti...
"kejap- kejap.. Nafisah nak tengok ni kejap.."
tak tau la kuah mana yang tumpah kat dia..

Wednesday, September 25, 2013

SUSAH RUPANYA..

Semalam kawan lama telefon
dia kat immigresen nak buat permit bibik
tapi tersilap buat wang pos (terkurang jumlah bayaran)
dia mintak tolong makchaq hantaq dia ke Tabung Haji
nak kena keluaq duit lain pasai wang pos yg mula tu dah tak boleh guna..

Dalam kereta bersemangat dia cerita
baru la makchaq tau
susah  nak uruskan ambik bibik ni
dah la belanja banyak
urusan pun bukan main seksa
dia kata kalau ambik dari agensi mahai sangat pulak
jadi untuk jimat dua tiga ribu buat la sendiri

Selalu yang makchaq dengaq
cerita kawan-kawan dok pening kepala dengan perangai bibik
yang malas, yang lari tinggai budak2, yang mencuri macam2
rupanya nak dapat pun susah..

Kesian  kat orang yang memerlukan khidmat bibik ni
nak dapat pun jenuh
dah ada pun tak tentu senang

Makchaq tak pernah ada bibik...
pakchaq tak suka ada orang lain kat rumah

Monday, September 16, 2013

LAMA TAK JENGOK BLOG SENDIRI..

Lama tak jenguk blog sendiri...
teringat jugak nak tulih2..
tapi bila ralit dok gelut baca cerita kawan2
seronok sangat... terlupa nak bukak blog sendiri

Makchaq pulak tak dak cerita menarik
hari2 sama ja rutin..

gambaq pun tak dak
henpon tak boleh ambik gambaq

jumpa kamera  tak dak bateri
charge bateri
kamera pulak tak ingat letak mana
jumpa kamera
bateri yg charge tu pulak tak jumpa..
entahla....

Orang buat blog makchaq pun nak buat
tapinya...
kata orang penang ..
tak dak tanjak nak jadi blogger..

Jadi pembaca blog lebih sesuai....

Wednesday, August 21, 2013

RAYA

Sampai ke Jitra hari Rabu
pakchaq dah order ketupat
makchaq tinggai buat rendang ja la..
senang kerja...

Makchaq tengok banyak kueh raya pakchaq
baulu, bangkit, putu kacang, putu beras, biskut moden berjenis2
berpeket2  berbekas2...

'banyaknya beli kuih bang....'
'tak beli... semua orang bagi....'
semua kami bawak balik pasai pakchaq dok sorang tak larat nak makan....

Kad raya pakchaq pun banyak...
makchaq tahun ni dapat 1 ja.. hantaq tak langsung
pakchaq hantaq/balas sampai 100 lebih
ada yang tak terbalas pasai dah habih kad..
(nampak sangat pakchaq ngan geng2 dia pesyen lama kan... orang moden mana ada hantaq kad raya dah..- cemburu sebenaqnya he he.)

Raya pertama lepas sembahyang raya kat masjid negeri Perlih
kami pi Istana terbuka Arau....

Balik dari Arau pi raya rumah kawan lama
la ni dah bukak pondok kat kampung Sungai Mati Aloq Staq
Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah

Raya kedua beraya di Kulim & Penang
ziarah mak2 penakan..
rumah arwah mak & abah  tak singgah pun (dah 3 raya tak balik)
adik yang dok situ balik raya rumah mertua dia..
tak kan kami nak pi dok rumah depa pulak masa depa tak dak..
sedih jugak la.... lama tak balik rumah mak...

Raya ketiga buat makan2 kat rumah mak Taiping
makchaq ajak abang ngan adik2 makchaq mai
dapat la kami berkumpui bersembang adik beradik...
berkumpui raya kat rumah orang...
kat kampung orang...
kira halai la..
yang penting dapat kumpui adik beradik..

Jemput Zu Megat http://ibuaniszulaikha.blogspot.com/
rupanya dia clasmate anak penakan pakchaq...
jadi la ni dia kena panggei makchaq  - maknjang
kat Taiping kami jadi maknjang & paknjang

Kat rumah Taiping kami yang last balik..
kakak/adik ipaq semua balik awai
lambat la keluaq pasai mencuci, mengemas
rumah nak tinggai kosong.. kena la settle dulu..

Makchaq adik beradik bercanda kat rumah mak Taiping,
adik lelaki ngan isteri (depa yg dok rumah arwah mak),
depan tu abang, makchaq, kak ipaq, adik  pompuan.
Paling kanan mak penakan & sepupu makchaq
Makchaq dengan Zu
Tak sangka dia classmate
anak penakan pakchaq





 Tengok budak2 ni.. masa makchaq
ngan pakchaq ada elok sopan ja bergambaq

kami masuk ja.. macam2 gaya..
entah apa2



Bersalam raya  dengan Raja Perlih.. ramai sungguh orang mai
beraya rumah depa.. pukui 11 tak habih lagi bersalam 
Sebahagian kuih/biskut raya yang orang bagi kat pakchaq.
Hat dalam pack tu berbekas2..
Alhamdulillah.. semoga murah rezeki orang yang bagi tu..


Lepas raya hari jadi pakchaq
dah tak tau nak bagi apa
maklum la dah 28 tahun kahwin
macam2 dah bagi..
jadi makchaq bagi hadiah
depa berdua ni kat pakchaq
Atan ngan Siti


Pakchaq suka.. dapat2 teruih boh dalam poket baju...sampai tertidoq dua2

tengok.. relax ja kan..
depa dok ataih tangan
tuan depa...









Gigih siapkan post tengah2 malam tadi..
tapi entah pasaipa tak boleh nak tekan button publish..
hari ni la baru publish..

lagi sekali ucapan..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Sunday, August 18, 2013

ADUI... RASA NAK MENANGIS...

Minggu lepas masuk keja 2 hari
tengok banyaknya benda nak kena buat....
kerja yg mai masa makchaq cuti 2 hari sebelum raya
tak sempat pun nak settle semua..
semangat raya ada lagi... semangat keja belum mari..

Hari ni macam semangat sikit nak mai kerja
dalam pukui 9 dapat pulak satu tugas mencabar...

Big Bos nak statistik Jenayah Kolar Putih
dari tahun 2006 sampai la ni
yang depa nak....

i. Kesalahan dan peruntukan dalam undang – undang. 

ii. Nama tertuduh, siapa tertuduh, Cth kakitangan kerajaan, ahli korporat, atau peganggur dll. Dan juga hukuman yang dikenakan.

2. Satistik diperlukan pada 20.8.2013

TERUIH PATAH SEMANGAT MAKCHAQ TAU.... RASA NAK MENANGIS.... 

Mati la macam ni....
depa ingat senang ka nak cari... 
mana makchaq nak gagau orang jahat tu sapa.. 
kerja apa..  
setakat nama tu boleh la....

Mintak nyawa... mintak nyawa..... 

Monday, August 5, 2013

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sepanjang posa bukan main banyak kerja
(sampai tak dan nak jengok blog sendiri.. blog kawan2 dan jugak la pi sat-sat)

Hari ni dah ramai cuti kot.. lengang.....relaks ja
telefon sekali sekala ja berdering..
elok sangat la kan.. 
dapat makchaq bermalas- malasan...
semangat nak bercuti pun lebih dari semangat kerja..

Makchaq esok dah cuti
malam esok dah nak ke Kedah
raya pertama kami di Kedah/Perlih
raya kedua Penang
raya ketiga Taiping
hari Ahad dah nak balik ke Putrajaya

Tak cuti lama pasai Syuhada tak boleh cuti
cuti dia dari Rabu sampai Isnin

Kepada semua kawan2 
makchaq ucapkan

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

terutamanya kalau ada makchaq terkasaq bahasa 
tersilap kata masa menulih dan mengomen
makchaq mohon ampun dan maaf 

Tuesday, July 23, 2013

UPDATE BULAN POSA & NAK KONGSI CERITA

Lamanya tak jengok blog
ada jugak la pi jengok kawan2 sat2
selalunya tak dan komen pun
baca ja kalut2

Posa pun dah nak ke penghujung
mudah2an amal ibadat kita semua diterima olehNya
ingatkan tahun ni dspatlah makchaq posa penuh
ramai geng2 sebaya dah posa penuh
tapi ABC jugak minggu lepas..
tahun depan la agaknya boleh posa dan sembahyang penuh
semoga masih ada umuq..

Ni kejadian malam tadi yg rasa patut dikongsi
Amir bertolak ke Kedah malam tadi
keluaq rumah lebih kurang 1.00 pg
sebelum sampai Rawang dia terlanggaq sesuatu kat tengah jalan
kereta  boleh jalan, dia terus ke R & R Rawang,
rupanya ada 4 lagi kereta lain yg berhenti sebab yg sama
bila tau banyak yg kena, Amir telefon PLUS, depa mai tolong
dia dimaklumkan pihak PLUS memang ada orang yg sengaja buang objek
mungkin untuk cari bisnes agaknya
bila ada accident ada la bisnes

Kalau betui apa yg orang PLUS cakap memang jahat la orang2 tu
sanggup gadaikan nyawa orang..

Alhamdulillah tak da apa2...

Kepada sapa2 yang nak travel malam kena la hati2..