pakchaq dah order ketupat
makchaq tinggai buat rendang ja la..
senang kerja...
Makchaq tengok banyak kueh raya pakchaq
baulu, bangkit, putu kacang, putu beras, biskut moden berjenis2
berpeket2 berbekas2...
'banyaknya beli kuih bang....'
'tak beli... semua orang bagi....'
semua kami bawak balik pasai pakchaq dok sorang tak larat nak makan....
Kad raya pakchaq pun banyak...
makchaq tahun ni dapat 1 ja.. hantaq tak langsung
pakchaq hantaq/balas sampai 100 lebih
ada yang tak terbalas pasai dah habih kad..
(nampak sangat pakchaq ngan geng2 dia pesyen lama kan... orang moden mana ada hantaq kad raya dah..- cemburu sebenaqnya he he.)
Raya pertama lepas sembahyang raya kat masjid negeri Perlih
kami pi Istana terbuka Arau....
Balik dari Arau pi raya rumah kawan lama
la ni dah bukak pondok kat kampung Sungai Mati Aloq Staq
Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah
Raya kedua beraya di Kulim & Penang
ziarah mak2 penakan..
rumah arwah mak & abah tak singgah pun (dah 3 raya tak balik)
adik yang dok situ balik raya rumah mertua dia..
tak kan kami nak pi dok rumah depa pulak masa depa tak dak..
sedih jugak la.... lama tak balik rumah mak...
Raya ketiga buat makan2 kat rumah mak Taiping
makchaq ajak abang ngan adik2 makchaq mai
dapat la kami berkumpui bersembang adik beradik...
berkumpui raya kat rumah orang...
kat kampung orang...
kira halai la..
yang penting dapat kumpui adik beradik..
Jemput Zu Megat http://ibuaniszulaikha.blogspot.com/
rupanya dia clasmate anak penakan pakchaq...
jadi la ni dia kena panggei makchaq - maknjang
kat Taiping kami jadi maknjang & paknjang
Kat rumah Taiping kami yang last balik..
kakak/adik ipaq semua balik awai
lambat la keluaq pasai mencuci, mengemas
rumah nak tinggai kosong.. kena la settle dulu..
Makchaq adik beradik bercanda kat rumah mak Taiping, adik lelaki ngan isteri (depa yg dok rumah arwah mak), depan tu abang, makchaq, kak ipaq, adik pompuan. Paling kanan mak penakan & sepupu makchaq |
Tak sangka dia classmate
anak penakan pakchaq
Tengok budak2 ni.. masa makchaq
ngan pakchaq ada elok sopan ja bergambaq
kami masuk ja.. macam2 gaya..
entah apa2
Bersalam raya dengan Raja Perlih.. ramai sungguh orang mai beraya rumah depa.. pukui 11 tak habih lagi bersalam |
Hat dalam pack tu berbekas2..
Alhamdulillah.. semoga murah rezeki orang yang bagi tu..
Lepas raya hari jadi pakchaq
dah tak tau nak bagi apa
maklum la dah 28 tahun kahwin
macam2 dah bagi..
jadi makchaq bagi hadiah
depa berdua ni kat pakchaq
Atan ngan Siti
Pakchaq suka.. dapat2 teruih boh dalam poket baju...sampai tertidoq dua2
tengok.. relax ja kan..
depa dok ataih tangan
tuan depa...
Gigih siapkan post tengah2 malam tadi..
tapi entah pasaipa tak boleh nak tekan button publish..
hari ni la baru publish..
lagi sekali ucapan..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
Salam Syawal Makchaq.
ReplyDeleteEntah bilalah kakcik dapat jumpa dengan makchaq lagi... :(
Tu la kakcik bila la dpt jumpa lagi, makchaq start minggu ni kerja 7 hari seminggu... sedih tau..
DeleteTapi kot2 la kakcik mai alamanda ka hujung minggu, call la.. Boleh la lari sat pi makan2 ngan kakcik
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
ReplyDeleteWah, Alhamdulillah, seronok akak nengok sebab dapat berkumpul adik beradik, dirumah pusaka.
Masa raya la nak dapat kumpul kan.. pasai semua sure cuti sehari dua...masa lain kita cuti yg lain kerja, depa cuti kita pulak kerja
Deleteselamat hari raya mak chaq.. comel atan ngan siti.. hihi..
ReplyDeleteSelamat hari raya Rai...
DeleteDepa memang comei, manja pulak tu...
Mak Chaq minta maaf la Aina tak baca komen sebelum raya, rugi tau dah sampai Arau tak buleh jumpa. Kalau dak buleh mai rumah kami makan laksa tepi bendang.
ReplyDeleteTak pa Aina, tengah cuti raya makchaq pun x bukak blog....
DeleteMakan laksa tepi bendang.... mesti best sangat... Makchaq memang suka laksa
Simpan no kami ni 0173022257 mana tau kot2 taun depan ka bila2 ka pi Arau kebetulan dok sana buleh jumpa di sana.
ReplyDeleteOk dah save, mana tau nanti2 ada rezeki kan....
Deletepanjang pula entry makchaq hari ini.
ReplyDeleteselmat hari raya mak chaq.
mahai pa atan dgn siti?
He he... Over kan... sekali harung cerita semua....
DeleteBoleh la tahan harga atan ngan siti tu...
Meriah juga kan Mak Chaq. Lepaih nie, Mak Chaq la jadi tuan rumah, kumpui adik beradik kan.
ReplyDeleteKami selagi dok sini susah la adik beradik nak mai berkumpui, depa semua dok penang, setakat Taiping tu boleh la depa pi...
Deleteamboi...beraya dgn raja nooo...:)
ReplyDeletebinatang comel tu saya suka tgk tp geli nak bela..
Ramai jugak yg geli, tapi kami anak beranak ok ja... Budak2 lagi la, sibuk dok ajak bela landak la, iguana la, ulaq la... tapi yg pelik semua takut lipas....
Deletetudia complete cerita makchaq.lengkap.saya org perlih pun tk prnah pi rumah trbuka raja diistana arau .malam siap depa psang lampu lip lap .rkyat perlih pi ramai juga except me.sibuk di cerok dapor.siap makan .
ReplyDeletetengok atan siti tu saya suka, tapi pegang minta ampun.semua binatang saya takut.except semut kut.mana gmbag mkchaq salam dgn raja? ke saya tk nmpak?.
Semangat kan tulih semua sekali....
DeleteMakchaq semua tak takut kecuali lipas, yg heran tu, lipas mati pun takut jugak... kalau ada bau lipas pun dah tak boleh nak dekat..
Memang gambaq machaq tak dak, makchaq awai2 dah salam sebab nak jadi tukang gambaq..
romantiknya makchaq... :)
ReplyDeleteRomantik? Salah tafsir ni Mun....
DeleteSelamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin Mak Chaq.
ReplyDeleteMeriah nya raya... syukur Alhamdullillah...
Meriah jugak la... Tapi penat ke sana sini.. Penat kot jalan yg lebihnya...
Deleterasa nak ikut je makchaq jalan2 raya.. ;)
ReplyDeleteBoleh... Jom la.. raya haji nak?
Deleteraya haji tak bolehlah makchaq.. ada kenduri kat TDBi ni..
Deletemakchaq bila nak datang sini makan CKT..?
1. Bila mak-ayah dah tak ada memang susah nak kumpulkan adik-beradik
ReplyDelete2. Anak-anak dah bujang dan anak dara lain gaya mereka posing makchaq:)
3. Ramai yg sayang pakchaq (jgn jeleslah... tapi untung dpt kuih banyak hihi...)
4. Beraya di istana tak pernah kakak rasa
5. Heee.... kakak tengok dua-dua dok atas tangan geli-geleman pulak:)
HAPPY ANNIVERSARY DARI KAKAK!!
Betul kakZakie, macam makchaq.. nak balik pun tak tau mana nak tuju.. malas nak nyusahkan adik2...
DeleteTu la.. depa... macam2 gaya.. makchaq dulu2 ambik gambaq tegak ja.. kaki rapat, tangan ditepi...macam dlm barisan nak kawat pun ada gak..
Ramai yg geli nak pegang binatang bulu2 ni.. Makchaq ok pulak
wahhh..beraya sakan tu makcaq.. raya satu malaysia..
ReplyDeleteMemang sakan, tapi penat kot jalan yg lebih... tambah jem pulak tu...
Deletesakan betui lah raya tahun ni yer MC... suka baca KA ! hehehe
ReplyDeleteYang tak bestnya sat2 sangat kat satu2 tempat, cuti tak panjang
Deleteselamat hari raya MC...Meriah nampak raya tadi..
ReplyDeleteSelamat hari raya bunda... meriah jugak la...
DeleteAssalam.. meriah sungguh kan, mmg time raya le dpt jmpa sanak saudara secara borong hehehe
ReplyDeleteBetul tu Maiyah, time raya, time kerja kawin, time meninggal...masa lain memang susah nak jumpa semua..
Deletesejak ibu_suri berkeadaan OKU begini, Raya IM sunyi saja. takda ziarah dan diziarahi.
ReplyDeleteTakpa... IM senang begini...
Tak pa la IM, kalau nak bawak ibu_suri sana sini nanti penat pulak dia...IM pun lagi penat, dpt ziarah org tua jadi la...
Deleteraya sakannns.,ehHee
ReplyDeleteRaya mesti la sakan...
Deleteassalam mak chaq..acik tak berani nak pegang pun..tapi pak chaq elok je letak ateh tapak tangan ye he he
ReplyDeleteSalam Acik
DeleteRamai yang geli pasai lembik macam tikus.. tapai kami ok ja...
Assalam makchaq.
ReplyDeleteSeghonoqnya beghaya kat belah-belah utagha tu! Kot ghaya dia sakan lagu tu, posa dia patut kena 2 bulan tau, makchaq... hihi. Syukur dengan pelbagai rezeki kurniaan Allah kepada keluarga kita, ya makchaq. Memang menyeronokkan kisah raya makchaq dan famili tahun ni. Gembira selalu!
Waalaikumussalam Pak Temuk
DeleteBalik beraya dikampung, utara ka selatan memang la best..tapi nak posa 2 bulan tu... belum lagi la.. harap2 1 hari nanti mampu kot buat..
Memang makchaq sangat2 bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan pada keluarga makchaq dan makchaq harap makchaq sekeluarga sentiasa beringat supaya rezeki tu tak dipersoalkan nanti..
itu dia skl cerita panjang no!!! memang raya sakan mak chaq tahunni.. banyak tempat gak diperginyer... ooo dah jumpalah zu megattu yerk... moga ikatan persahabatan dari blog itu berkekalan...
ReplyDeleteMakchaq memang tak buleh bua part2.. kalau buat memang x kan siap la... lebih suka baca dari tulih..
DeleteWahhhhh beraya sakan makchaq ya...
ReplyDeleteSaya dah lama teringin atan dan siti tu..tapi takut nak bela...
Tak sakan mana... sekali sekala balik kampung semua nak dilawat.
DeleteOk ja cikgu kalau nak bela Atan ngan Siti tu... tapi depa tu manja kena selalu layan.. macam kucing...
Bestnya citer raya mak chaq. Seronok kumpul ramai2 ni kan. Keluarga saya kecik je mak chaq.
ReplyDeletePaling best hadiah pak chaq tu. Saya suka tengok tapi tak berani nak pegang.
Makchaq pun adik beradik 3 orang saja, dengan sorang abang tu anak angkat mak, tapi rapat la..
DeleteAdik beradik pakchaq yang ramai.. kalau semua balik, masak macam nak kenduri
Kalau Aidah boleh pegang anak kucing yang baru beranak tu.. ok ja klau nak pegang Atan ngan Siti tu....depa pun manja macam kucing jugak..
seronoknya balik kampung kan makchaq..
ReplyDeletesempat pula menyambung silaturrahim dgn zu megat..sapa sangkakan..
Memang seronok sekali sekala dapat balik kampung Anim..
DeleteMemang best dapat jumpa Zu.. macam kenai lama, walaupun 1st time jumpa..
Seronok tengok gambaq2 raya Kakchaq & family, meriah :)
ReplyDeleteAmbik gambaq semua sunyum.... dah kameraman kata cheeeeesee...
DeleteNi semua kepakaran tukang gambaaw macam Dinas la ni...
salam syawal makchaq..waa seronok lak baca kisah raya makchaq ni...lagi lagi bila ada kuih putu kacang ngan putu beras...lamanya tak makan..kawan nekcik sekarang dah pindah balik utara!!!
ReplyDeleteMakchaq pun suka kuih2 lama ni.. rasa dia berbeza .. macam kuih moden rasanya lebih kurang sama ja...
DeleteKalau nekcik nak bagi tau la... kat utara selalu ada kuih2 ni..
laa makchaq..uniquenya hadiah besday pakchaq..simbolik gitu!!
ReplyDeleteDah habih idea nak bagi hadiah.... pakchaq suka binatang....memang dia suka sangat la kat Atan ngan Siti tu..
DeleteAs salam Makchaq,
ReplyDeleteSalam Aidilfitri! Comelnya mak chaq ni..! Baru dapat tgk muka :))
Seronoknya beraya di Msia... Siap beraya dgn Raja lagi ;))
Hadiah tu sgt unik, semestinya seunik orgnya yg dekat dihatikan mak chaq kan :))
Happy belated birthday to pak Chaq... Barakallahufik...
Salam Marya
DeleteDalam gambaq comei sikit... in person x comei la.. he he
Raja/menteri kan buat rumah terbuka... sapa2 pun boleh pi..
Dah tak dak idea nak bagi apa.... tapi pakchaq memang suka binatang2 ni..
As salam Makchaq,
ReplyDeleteSalam Aidilfitri! Comelnya mak chaq ni..! Baru dapat tgk muka :))
Seronoknya beraya di Msia... Siap beraya dgn Raja lagi ;))
Hadiah tu sgt unik, semestinya seunik orgnya yg dekat dihatikan mak chaq kan :))
Happy belated birthday to pak Chaq... Barakallahufik...
Salam Syawal Makchaq
ReplyDeleteAlhamdulillah
Raya penuh dengan kecerian
Alhamdulillah Atuk..
Deletemakchaq sebut istana arau..baru teringat hari tu pi, tak berani masuk..boleh masuk melawat ka..?
ReplyDeleteceria sungguh posing raya depa...seronok tengok.
Kalau Murni nak tau, kami pun tak masuk dalam istana.. raya kat laman depa saja..tepi istana....
DeleteSekali sekala dapat bergambaq sama2.. kami la ni jarang dah dapat kumpui semua orang.. pakat2 sibuk..
Salam makchaq, seronok beraya kan bila ramai saudara mara, meriah jadinya raya.
ReplyDeleteBestnya hadiah tu, geram tengok, sugar glider kan makchaq?
Salam unniross
DeleteMemang seronok berkumpul ramai2 ni... macam2 nak disembang, riuh rendah...
Ha ah.. sugar glider... comel & manja..suka kena belai...tak macam hamster(liar, tak boleh pegang..)
Assalamualaikum Makchaq
ReplyDeleteSelamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 56
cumelnya binatang itu.. huhu... selamat hari raya dan hari kemerdekaan..:)
ReplyDelete