adik pakchaq yang bongsu
pi hantaq anak sulung masuk UPM Bintulu
makchaq pun masa anak2 sambung belajaq
semangat jugak pi hantaq..
semangat jugak pi hantaq..
Masa makchaq dapat masuk ITM Shah Alam
mak abah makchaq suruh pi sorang jimat...
"hang sampai stesyen bas, naik la teksi"
"orang teksi mesti tau ITM tu.."
Tapi nak jadi rezeki makchaq
anak boss abah makchaq dapat ITM jugak
dia suruh abah hantaq (abah makchaq drebar)
bila abah cerita makchaq nak pi sorang naik bas
dia ajak pi sekali..
rezeki nak naik mercedes....
tapi pendaftaran semua buat sendiri la..
abah pi tolong angkat barang anak boss dia
dia bawak barang banyak..
dia bawak barang banyak..
Ramai mak, ayah, atuk, nenek yang tanya
"datang sorang ke?"
bila tengok makchaq dok isi borang, heret beg ke bilik, pilih katil, cari bantal, kemas locker & pasang cadar sorang2...
"Tak..ayah hantar.. tapi dia tolong anak boss dia.."
dah siap semua
makchaq tunggu abah kat tepi jalan
tempat abah drop makchaq untuk salam & bye2
Makchaq rasa mak & abah tak suka kot hantaq2 ni
masa makchaq baru kerja kena hantaq ke Sabah
abah ja hantaq sampai stesen bas
Makchaq pi dengan 2 orang kawan
depa ramai yang hantaq ke airport
mak, ayah, abang, kakak, anak penakan..
masa nak bertolak depa menangis2 bersalam
Makchaq Rahman drebar ofis yang hantaq
rezeki jugak tu.. kalau tak..
naik teksi la dari rumah sewa
jadi makchaq tak menangis apa la
makchaq ingat lagi makchaq cakap
"Bye man.." kat Rahman
sebab tak tau nak bye2 sapa
sampai sekarang makchaq baik dengan Rahman
dia dah jadi driver Tan Sri la ni..
samalah kita, makchaq..
ReplyDeletemak pak saya tak hantaq masa masuk maktab mahupun masa mula posting di kl.. sebab ekonomi keluarga masa tu..
tapi ada hikmahnya kan?
campaklah mana saja sendirian...kita boleh hidup..heee
Memang ada hikmahnya.. makchag insyaAllah boleh hidup.. tapi cepat gabra...he he
Deleteorang dulu2 makchaq..sebab ekonomi sama tu yg tak pi hantar..kita gamble je sensorang..berdikari..budak la smp 3 family..klu bley satu bas nak bawak pi hantaq bagi meriah..mujuq kena nek kalau terbang ja..klu dak lg ramai pa ikut pi hantaq ain.hehe
ReplyDeletepengalaman mak chaq syok..abah tolong anak boss dia..anak sendiri biaq pi dia pandai berdikari hehe
Anak abah dah besa berdikari.. anak bos dari kecik ada bibik....kena tolong la mula-mula nak dok.jauh dari keluarga..
DeleteDulu manja dengan ayah.. sekarang dah en. suami.. dia lah yang uruskan.. tapi kalau urusan berkursus.. sila pergi sendiri.. hehehe.. ;)
ReplyDeleteAi tu tengok pun tau manja...
Deleteabah nak makchaq berdikari la tu hehe
ReplyDeleteAnak sulung Kam..dari kecik semua buat sendiri..
DeleteAnak2 makchaq kena hantaq juga masa daftar.. la ni ada taklimat untuk ibu bapa juga..
Kebanyakan ibubapa sekarang berduit boleh hantar anak kemana saja. Berbanding dulu kebanyakanya keluarga susah.
ReplyDeleteBetui tu kak Zai.. kalau mampu pa salahnya bagi sokongan moral..
Deletelagi pun sekarang ni keadaan tak berapa selamat.
Saya p daftar kat ikm kuala lumpur naik kereta mini cooper pak sedara.
ReplyDeleteAbah mana ada duit nak hantar. Beli brg keperluan belajaq pun jgn jgn bergolok bergadai...per..
Pengorbanan ibu bapa memang tidak ternilai IM..
DeleteSaya p daftar kat ikm kuala lumpur naik kereta mini cooper pak sedara.
ReplyDeleteAbah mana ada duit nak hantar. Beli brg keperluan belajaq pun jgn jgn bergolok bergadai...per..
mak pak dulu memang gitu kot mak chaq..pak acik pun gitu..dia kata tak tahan tengok anak pergi..nanti nangis tu sebab tak mau hantar
ReplyDeleteTu pun sama rasanya.. tak nak rasa sedih..
DeleteDulu2 kita jenis 'survival'
ReplyDeleteSemua boleh buat sendiri..
Anak2 kita skrg kita yg manjakan
Pergi sekolah dan balik sekolah rata2nya dihantar ibuabah....
Tak lepas mcm kita sekolah dulu...
Keadaan pun tak berapa selamat dah Rahmah..
DeleteKlu anak.sekolah balik lambat sikit pun kita dah risau..
skrg ekonomi dah stabil sana sini orang hantar anak belajaq kan makchaq berbanding kita dulu2 kalau takdak duit mmg tak kemana lah jawab nya, macam saya ni, tapi nasib baik ALLAH bg rezeki kwin orang luaq dpt lah jugak keluaq negeri walaupun bukan utk belajaq tapi teman suami belajaq hehee jadi lah nooo
ReplyDeleteAlhamdulillah.. rezeki tu...
DeleteDapat teman suami pi belajaq lagi seronok...
mak abah makchaq nak latih anak dia jadi kuat semangat
ReplyDeleteMakchaq dari kecik banyak benda buat sendiri.. anak sulung...
DeleteTapi dah dok besa... ok ja...
kadang2 depa takmau hantaq bukan pasaipa.. takut keluar ayaq mata.. hehehe.. mak ayah saya hantar jugak la masa masuk kolej kat bangi dulu.. takut anak dia sesat.. hahaha...
ReplyDeleteMak ayah dulu suka suh anak b'dikari, atleast merasa la naik merc ye....;-)
ReplyDeleteKeluarga saya pulak terbalik makchaq. Hantar anak masuk asrama, anak baru kerja kat KL, berkereta-kereta kami pergi tolong hantar. Teruja lebih. Baru-baru ni anak saudara saya pergi Kuwait, bukan sahaja keluarganya sendiri, keluarga mak-mak saudara belah mak, mak-mak saudara belah bapak, mak-mak saudara belah bakal tunang habis kerumun KLIA macam kita orang jerk yang nak hantar orang naik kapal terbang. Hahaha!
ReplyDelete