Hujung minggu baru ni
pakchaq & makchaq ada 4 jemputan
2 hari Sabtu, 2 hari Ahad
Hari Sabtu dua-dua tengahari
makan dua-dua berhidang
Satu meja 10 orang
lauk 6 ka 7 jenih (satu dome tu la)
meja kami semua tetamunya seusia kami la
masing-masing lebih setengah abad
makan memang dah tak banyak mana la..
habih kami makan
lauk pauk banyak lagi..
kalau orang baya2 kami
rasanya boleh 2 group lagi makan kat situ
tapi tak tau la..
kalau depa kemas dan bagi orang lain dok situ pulak
tapi nampak gaya macam dak..
Keduri kedua pun sama
tambah cendoi & sengkuang calit sorang sekeping
yang dihantaq ke meja
makchaq bagi tau nak 1 ja..share ngan pakchaq
orang lain ambik sorang 1 jamah2 saja.. sayang tengok..
Hari Ahad
jamuan tengahari yang kena jawab tu
1 meja 10 orang jugak
tapi meja makchaq ada 4 orang saja
2 meja sebelah pun macam tu..
meja kami lauk pauk banyak sangat la lebih..
untuk 10 makan berempat..
dah jawab nak mai pun tak mai..
Makan malam berhidang jugak
tapi jenih bagi sepinggan2 tu..
tetamu sebelah makchaq
semua hidangan cuit sesudu ja rasanya
tak luak langsung
ada yang langsung di tak sentuh
kenyang.. katanya
Makchaq ngan pakchaq pulak
seboleh-bolehnya tak mau buang makanan
anak-anak pun dah ajaq macam tu
jangan buang makanan/rezeki
kalau buffet pun pesan ambik setakat nak makan
biaq pi tambah dari buang.
Bila tengok makanan yang bakal2 terbuang
memang rasa sedih/sayang/membazir
teringan masa dulu-dulu
masa makanan tak mewah..
nasik tumpah pun kutip balik
ikan kembung sekoq berkongsi..
kalau orang pangge kenduri
menangis nak ikut..
nak makan daging/ayam masa kenduri la
dapar secubit ja pun..
teringat orang-orang yang la ni pun
nak makan payah
apa lagi makan makan mewah-mewah
Mungkin kenduri/jamuan cara buffet lagi kurang pembaziran kot..
entah lah..
betul tu mak chaq..makan cara buffet kurang sikit pembaziran berlaku...takkan nak amik lauk pauk melimpah pinggan,kan..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBetulla mak chaq. Dulu2 kita tak semewah sekarang. Makan ayam dan daging cuma waktu raya atau kenduri. Sekarang, hari2 masak ayam kat rumah kita. Pi makan kenduri dah tak heran..
ReplyDeleteMmg mbazir.
Tapikan.. Sahabat saya buat kenduri masakan lauk kg. Ikan patin tempoyak, sbal hitam, sambal belacan, goreng sbal jering, ulam2.. Ada ayam goreng dan daging masak hitam juga. Nak ceritanya tetamu makan bertambah2.., pastu ada laa hambaallah yg sanggup beratur 2x ambil nasi makan kali kedua.....
(Ntah apa ke nama dia....)
Kenduri la ni ajak anak pun x mau pi... lebih suka makan kat rumah nasik putih lauk simple..
DeleteKalau kenduri lauk kampung memang best la... pernah jugak pi kenduri jiran buat kat kampung dia.. sayur keladi, ikan keli, akan masin sambal..
Rasanya orang yang beratur dua kali tu namanya Rahmah kot.. sebab makchaq pun beratur dua kali makan kenduri lauk kampung... he he..
Makchaq
DeleteKita patut jumpa laaaa
Serupa jer kita ni..
Kalau buffet taknde pembaziran kalau kita beringat ambik cukup2 .makchaq.ada juga yang terlupa..ambik banyak lepas tu tak habis..atau tak kena dengan selera dia
ReplyDeleteMakchaq selalu pastikan ambik cukup2.. klu anak2 pun pesan ambik setakat rasa boleh makan.
DeleteBila makan kenduri, kakcik akan pastikan kakcik ambil hanya yang boleh dihabiskan... sayang tengok makanan dibazirkan...
ReplyDeleteBetui kakcik..sayang kalau tak habih..
Deleteada org perut kecik
ReplyDeleteMakchaq perut tak kecik...tapi mesin dah lama... dah slow..
DeleteLagi satu part jemputan special mcm ni, kita nak bawa anak2 tak boleh, makan pula portion dah berhidang. Kalau open...ada anak2 muda, laju sikit makan kot.
ReplyDeleteKalau hantar ke kapal saudara Rohingya kita yg terapung diatas lautan tu Makchaq memang tak terbuang langsung. Takutnya bila terlalu banyak pembaziran di tempat kita buat Allah murka. Memang sana-sini sekarang org yg mewah selalu membazir... takut kan mak chaq..
ReplyDeleteKat mana2 kalau kenduri mesti ada pembaziran makchaq. Makanan banyak sana sini kenduri. Kalau tengok orang miskin kesian jarang dapat makan mewah.
ReplyDeletenak p makan kenduri kena perut kosong makcahq..
ReplyDeletebaru tak membazir...
satu lagi kena pasang niat nak bagi pahala kat orang yang jamu kita makan..
in sha Allah, berselera makan..
tapi kalau banyak sangat di meja cam situasi makchaq tu...
alahai kesiannya andai nanti masuk bakul sampah..
saya ni asal keluarga susah, memang sakit mata tengok makanan terbuang...
Pendapat SB la..buffet tu lebih ok.
ReplyDeleteSusah nak agak bila buat bajet kenduri ni..tapi pada CM kalau makanan sedap insyaallah tetamu 'rajin' makan..tapi kalau lebih dari setempat ..memang susah le tetamu nak habiskan makanan, makan buat syarat je la ..
ReplyDeleteTak minat cara makan berhidang ni makchaq.. lebih suka cara buffet.. sekurang-kurangnya hanya makanan yang kita nak je kita amik.. nak elak dari membazir.
ReplyDeleteTapikan makchaq, orang kita ni kalau buat jamuan buffet lagi teruk. Tak ingat orang kemudian. Main ambil sampai penuh pinggan pastu tak habis. Orang yang lambat memang tak merasalah jawabnya. Tinggal bekas licin aje.
ReplyDeleteSaya banyak kali juga kena kalau pergi jamuan buffet ni. Tapi kalau kat kenduri kahwin, kasi orang jaga tolong letakkan makanan dalam pinggan bagus juga. Malu nak ambil ikut suka hati tak ingat orang belakang!
pernah baca buku tentang ulama hebat, imam asy syafie yang makan banyak bila orang kenduri/jamu kat dia, sebab makanan kenduri ni penghapus penyakit... meraikan~ tapi bila dah sampai macam tu, membazir pulak no(T___T)
ReplyDeletebetul makchaq.. saya pun geram la hai tengok orang makan buffet pi tambun pinggan macam seminggu tak makan.. lepas tu tak habih.. membazir sungguh..saya suka pergi kenduri sampai sekarang.. tapi anak2 kecik2 ramai2 ni segan sikit la.. macam gerombolan gitu.. hehehe
ReplyDelete