Tuesday, November 19, 2013

CERITA TAK DAK MOTIF

Tengok tajuk berita villa nabila
teringat makchaq pernah dok kuarters
tahun 91-93
rumah sesebuah jenis lama..
rumah peninggalan penjajah jugak rasanya
belakang rumah bukit 
pagi/petang kadang2 ada ayam hutan turun dari bukit tu 
tepi  ada pokok bunga tanjung yang besaq
depan ada 2 pokok kemboja besaq jugak..
redup ja rumah tu.. makchaq suka rumah tu

Tapi makchaq dapat rasa ada entiti lain jugak kat situ..
tak  mengganggu tapi kadang2 menyakat..
yang makchaq perasan ada 2 budak
selalu jengah2/jenguk2 macam main cak2 
selalunya kalau kita kat dapuq depa jenguk2 kat pintu
main2 kat laman belakang.. 
mak ngan adik makchaq pun pernah nampak

Ada sekali makchaq tengah masak
dengaq bunyi telefon
makchaq nak pi angkat dengaq pakchaq dok bercakap dah..
bila tanya pakchaq sapa yang telefon 
dia kata bukan ka makchaq yang angkat..

Esoknya ada kawan makchaq bagitau
dia telefon makchaq ada orang lelaki angkat
siap repeat number lagi
orang tu kata betul.. tapi  ni bukan rumah pakchaq
ni rumah Ismail 
jadi makchaq buat kesimpulan 
ada Ismail dan keluarganya duduk situ jugak..

Kami ok ja duk situ.. 3 tahun 
sampai pakchaq kena pindah Taiping
tapi makchaq tak boleh tutup tingkap bilik/ruang tamu
kalau tutup rasa sangat tak selesa 
jadi tingkap hanya tutup kalau kami balik kampung/x dak kat rumah lama
kalau tak siang malam mesti bukak ja tingkap

Banyak jugak la kejadian usik2 jadi 
tapi kalau nak cerita panjang la pulak..

Ada  la jiran yang kata
kami paling lama dok situ
selalunya x sampai setahun orang dah pindah....

Cerita apa ni macam tak dak motif...
hentam la.. asai dapat tambah post..

37 comments:

  1. hahaha.. moden betul ismail sekeluarga.. pandai angkat telefon.. sebenarnya mereka ada je disekeliling kita.. dia nak menunjukkan diri dengan taknak je.. dan diorang mmg tak boleh nak mudaratkan kita melainkan dengan izin Allah.. so banyak2 la bertawakal semoga kita semua dilindungi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan... pasal hari minggu tu ada 1 call ja masuk lebihkurang pukul 10 pg.. kawan makchaq memang kata dia call masa tu.. dan makchaq masa keluaq dari dapuq memang betui2 dengaq orang dok cakap kat telefon, yg pakchaq pulak kata bila dia nak pi angkat dengaq makchaq dah dok jawab.. jadi dia tak jadi keluaq dari bilik..

      Delete
  2. kalau saya,kena sakat2 manja mcm tu...seminggu dah pindah hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa ni tak menakutkan.. tu yang makchaq ok..
      tapi yg kat tepi bukit agak garang.. nanti makchaq cerita..

      Delete
  3. Seriau baca kisah mak chaq ni
    Kalau saya sehari pun dah menggelisah nak pindah... Tak tunggu dah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang serumah ni macam kita ja Rahmah.. rupa pun ok ja..
      yang kat tepi bukit x berapa ok..

      Delete
  4. Agaknya lepas makchaq duduk situ.. keluarga ismail tu yg pindah tempat lain.. give up dia org..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa tak pindah.. kami duduk sama2... makchaq kan baik.. boleh mintak tolong lagi..

      Delete
  5. depa perkenalkan nama makchaq ya. prinsip saya pun sama, kalau dia tak kacau kita, duduklah situ. kalau kita tunjuk takut...dia jadi berani. kalau saya tak cekalkan hati, payahlah suami nak tinggalkan sya duduk dengan anak2 ber3.memanjang takut, bila kita berani...tak de apa2 berlaku. wallahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan depa kenalkan kami, depa kata bukan kami yang duduk situ.. itu rumah depa..
      Makchaq pun macam tu jugak.. kalau tak kacau over2 ok ja..setakat gurau2 tu boleh je..

      Delete
  6. cerita ni kalau tajuk nya 'kisah rumah misteri ala villa nabila' mesti hit nya tinggi kak chaq.... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah la... patut buat tajuk sensasi..
      makchaq x baca pun kisah villa nabila tu.. baca tajuk ja..

      Delete
  7. salam.
    tak de le merapu.
    seram dan suspen membacanya. Bukankah di dunia ni ada makhluk lain selain kitakan?

    ReplyDelete
  8. Sekali sekala citer mistik seronok juga walaupun seram..hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi makchaq tak pernah kena kacau macam kak Nanie.. usik2 bawa bahagia ja...

      Delete
  9. cerita seram ni takut sikit nak baca..
    tapi tadak pon merapu makchaq..orait ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni bukan cerita seram la Nini....nanti makchaq cerita usik2 depa..

      Delete
  10. menyampah betul dkna dengan isu villa nabila nie..menyusahkan semua orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq baca tajuk ja.. hat lain dengaq orang cerita2.. tak baca pun..

      Delete
  11. Telah dinyatakan dalm al-quran syaitan dan jin memang ada. Hantu tak adalah makchaq. Cuma kalau kita berani dia akan takutkan kita. Tapi kakak ni penakut makchaq hihi...

    Kisah villa tu sebenarnya tempat mat rempit dan budak dadah selalu lepak. Kes hilang tu dari awal suami kakak kata mustahil... tapi kami ingatkan dah kena bunuh sebab tempat budak nakal... nasib dah jumpa (pergi rumah makwe) tak ke gila tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 budak sekarang... yang heran famili makwe dia tu tak sedaq ka budak tu dok rumah depa.. menyusahkan mak bapak betui..

      Makchaq anak beranak insyaAllah.. nak kata berani sangat x la tapi takut pun tak jugak.. tapi setakat ni x pernah pulak ada pengalaman menakutkan...

      Delete
  12. serius seram lah mak chaq, masalahnyer KA selalu je berhdpn dgn benda cenggini, takut tu mmg takut tp KA ada sifat yg nak tau apa benda or dari mana dtg sesuatu tu.. suka cari punca dan sebab kata orang .. entahlah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq tak pernah lagi ada pengalaman menakutkan.. tak la jugak nak mintak...

      Delete
  13. Salam.. rinduuuuuu laaa.... kirim salam kt keluarga en Ismail tu ya..kalau jumpa.. he he, take care kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mid la sibuk sangat...
      Makchaq tak pernah dah pi sana.. tak tua la depa duk situ lagi ka dak..

      Delete
  14. ada la juga motifnya makchaq..
    tapi kalau ada gambo rasanya lagi gempak kan..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak gempak la.. saja nak cerita pengalaman...makchaq memang jarang ambik gambaq..

      Delete
  15. Tak merapu pun, suka saya baca. Lega jugak depa tak sakat lebih2, kalau tidak leceh la pulak nak kena pi cari rumah lain masa tu. Rumah kuarters, sebuah2 plak tu, mesti banyak sejarahnya. Saya suka tengok rumah kuarters lama. Dulu kat Prai ni ada rumah kuarters lama KTM tapi dah lama dah dirobohkan sebab nak buat jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usik2 ja.. budak2 tu ja.. macam budak2 la kot..

      Kuarter keretapi prai tu kakchaq besa pi.. ada mak penakan dok situ dulu..
      Ada kuarters KTM kat BM yang besaq macam rumah kami ni.. kawan pakchaq pernah dok situ ujung2 taun 89.. memang antik.. bath tub besaq katil bujang... shower head bentuk macam mangkuk.. besaq pun macam mangkuk besaq.. lawak tengok..

      Rumah kami ni pun sama.. tapi shower head tu dah jenih lepiaq tapi memang besaq la....

      Delete
  16. kira makchaq ngan famili kategori berani gak la bley lama dok situ..sabaq je la pasai vila nabila tu.wat risaukan satu malaya ja.budak2 la macam2 peel depa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa tak mengacau.. tu yang ok ja...
      Makchaq tak baca pun kisah villa Nabila tu.. dengaq orang duk cerita ja..

      Delete
  17. uii...tak mau la dok main sakat2 cilut cak apa semua....chek bukan bulih. satgi nak buat apa pun kena orang dok teman saja2. penakut ya amat..kira berani n tough jugak makchaq sekeluarga noo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa tak kacau.. rupa pun macam kita ja.. tak la tengok rasa takut ka apa.... orang yang tak tau memang ingat budak2 biasa ja..

      Delete
  18. Cara makchaq bercerita macam perkara biasa aje. Kalaulah saya makchaq, alahai tak tahu apa nak kata. Tapi saya memang suka cerita mistik, misteri cam ni walaupun hakikatnya sangatlah penakut. Ni terus saya letak kat bloglist manalah tau makchaq nak sambung lagi cerita pasal bekas rumah makchaq yang scary merry tu...

    ReplyDelete
  19. makchaq cerita semua best.. lagi best bila dapat jumpa.. tapi ciklan agak sibuk kebelakangan ni..

    ReplyDelete