Wednesday, October 30, 2013

MASAK-MEMASAK SERAH PADA YANG PAKAR/TAK PAKAR PUN BOLEH,,,

Makchaq la ni jarang dah masak- memasak..
tugas ni dah diambik alih oleh anak2
anak dah besaq2... mak boleh la jadi tukang makan pulak..

tapi anak-anak makchaq semua ada kemahiran berbeza

hat sulung Hadi pandai masak lauk2 melayu lama/baru
gulai, masak lemak, korma, masak cabai...black paper, 3 rasa  semua terer

Syuhada pulak suka dessert2..& bake2 ..kek, biskut, puding.. piza
memang rajin n sedap2 dia buat
lauk2 boleh la simple2.. paprik, masak kicap, sayuq.. goreng2 ok la

Amir dulu suka western2 tapi la ni pandai jugak buat nasi lemak, nasik daging..etc
tapi pasai dia kerja dari pagi sampai malam jarang la masuk dapoq

Khadijah pulak terer makanan gerai .. goreng nasi/mee/bihun.. maggi lagi la pandai...

Jadi makchaq bila nak suruh masak apa2 pilih la orang yang pakar...

Baru ni nak buat daging hitam... biasanya Hadi yang masak..
tapi pasai dia kurang sihat.. Syuhada la kena masak..
makchaq bagi resepi cincai pakai telepon ja..

Masak cedok daging tengok serai sebatang..
" la...tak ketuk2 sikit ke serai ni..."
" kene ketuk ka? mak kata titik....."
" titk tu maknanya ketuk la..."
" ooo mana tau.. ingat cucuk2 tikam2 ka.."

Bila makchaq tengok serai tu betui2 nampak la... titik2 kecik2 kat serai tu..
comei ja... macam kena demam campak.....

Makchaq perasan memang makchaq tak pernah kot kata titik serai.. selalu kata ketuk
padan la kawan tu tak paham....

Tak kisah la... walaupun 1st time  masak ...serai tikam...daging hitam tu rasanya sangat marbeles..
setanding yang hadi buat.. sehingga menjilat jari.. sedap lagi dari makan kat kedai...

68 comments:

  1. Ahahhaaaa...boleh titik2 ye Makchaq... Nak gelak skan2 rasanya.

    Kita besa kata ketuk pas tu nak ikut bahasa resepi cam tulah jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun nak tergelak jugak..

      tu la konon nak guna bahasa resepi...

      Delete
  2. hahaha..tak dapat bayang cemana gaya menikam serai tu mak chaq..

    ReplyDelete
  3. Haha..salah "cikgu" yag ajar ni. Tak guna bahasa yang betul...

    ReplyDelete
  4. untung dah mak chaq..acik belum lagi hero2 acik tu masak..ayahnya je yang bantu..atau pun masak..kalau acik rasa tak sempat nak masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dok asrama mana ada masa nak belajaq masak... anak2 makchaq dok rumah.. tu yang besa ke dapoq

      Delete
  5. untung kan mak chaq kita ada anak besaq2, boleh suruh masuk dapor. .anak pompuan saya dua orang yg sulung handal masak lauk pauk, yg sorang lagi pandai masak western, so request la apa kita nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... tambah la ni semua ada kat rumah lagi...memang request ja la...

      Delete
  6. Wah...bestnya makchaq...boleh order ja apa nak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang selalu order... depa pun dah tau kalau kita order apa, sapa yang akan ke dapoq jadi chef n sapa yang jadi pembantu tolong potong dan basuh membasuh...
      Malam tadi request cheese cake..dah pukui 10 mlm ... chef teruih pi buat... mana tak mak makin besaq... tengah2 malam makan cheese cake..

      Delete
  7. best la mak chaq . boeh buat menantu kalu lagu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jadi menantu Cikgu kesian pulak kat anak2 cikgu... tak dapat suami tua dapat isteri tua... he he

      Delete
  8. Adoih tak bleh tahan bab dia cucuk serai tu, kihkih! Tapi tu la, walaupun cucuk, sedapnya menjilat jari jugak. Alhamdulillah anak2 pandai masak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang penting tu Dinas... tikam pun tikam la.... yang penting sedaaap...

      Delete
  9. seronok nya bila anak anak dah besar besar nih...zu dulu darjah 3 dah pandai masak asam rebus...tapi bila tiba giliran anak anak la ni rasa x sampai hati plk bila tgk depa nak pegang periuk belanga..mungkin sebab zu tak kerja kot tu yg rasa semuanya boleh buat sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak kot pasai Zu tak kerja.. cekap pulak tu.. tak perlu pembantu dah..

      Delete
  10. Alhamdulillah, Bertuahnya anak2 pandai dan suka kedapur.
    hihihihi cuh cerita macam mana serai dititik2 macam chicken pox, guna alat apa..hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... makchaq tak pernah ada bibik.. anak2 la jadi pembantu.. dok besa dah ok la...
      Dia cucuk2 serai tu dengan pisau... bila masak terserap kuah tu, tu yang nampak bertitik2 serai macam kena demam campak..

      Delete
  11. bestnya makchaq byk iron chef kt umah.untung la jadi tukang makan ja..mana daging hitam serai tikam tu maktam cer tunjuk sikit.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok la... tapi makin malas dan makin gemuk mak depa ni...

      Makchaq ni blogger tanpa gambaq.. kamera entah ke mana hala...jumpa kamera bateri kong, charger x jumpa, dah charge bateri kamera pulak hilang.... h/p pon x buleh ambik gambaq..

      kalau ada gambaq maknanya ada la orang lain tukang ambik... makchaq songlap gambaq dari depa ja...

      Delete
  12. Senang kata semua anak-anak makchaq dlm kategori pandai memasak. Kalau kena campak duduk sendiri sah tak kebulur dan makan pun sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap macam tu la...
      sebenaqnya tu la alasan makchaq bila dok ajak depa masak2 masa depa kecik2... nanti senang bila depa dok sendiri...

      Delete
  13. hahahah.. titik dengan tikam kan tak jauh.. boleh tu...dari takde.

    nak tunggu makchaq masak.. alamat beli kedai belakang rumah la jawabnya kan..kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui jugak kan cikda... titik tikam... dekat2 la tu...

      Haaa memang kalau tunggu makchaq... kedai la jawabnya..

      Delete
  14. Mak Chaq cite psl serai kena titik tu walau sy tak dpt tgk pun, mmg dah terasa comelnya. Hehehehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok memang comei ja... banyak dot2 kecik2 kat serai sebatang tu...

      Delete
  15. lah..teruih lapaq sy nih makcaq bila duk sebut masak daging hitam...baguih la anak2 dah besaq terer masak plak tu..sy baru dlm proses nak kenaikan anak2 dengan dapoq..maklumla yg ank dara sorang yg besaq tu masih lg berasrama...insyaAllah. mudahan anak2 sy pon suka ke dapoq nt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak makchaq sorang ja pi asrama.. yang lain tak mau, nak sekolah tepi rumah ja... tu yang banyak masa boleh ke dapoq tu...

      Delete
  16. hehehe samalah anak2 KA msg ada kepakaran masak masing, along more tu melayu asli, Angah more to western, Adik tukang komen & tukang makan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa masak ikut kesukaan masing2.. tu yang lama2 jadi pakar kan...

      Delete
  17. Alhamdulillah
    Ramainya chef dalam rumah makchaq... Jelezzzz nyer...😃
    Memang senanglaaaa makchaq kerana bila2 teragak boleh makan apa yg mahu ditekak.
    Anak sekarang tak kira lelaki pun dah pandai masak.
    Bertuah sungguh makchaq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi anak2 Rahmah pun mesti pandai masak..
      Masa budak2 cuti memang senang x payah masak.. Kalau depa kerja/sekolah mak kena la masak jugak...

      Delete
  18. Untungnya anak-anak pandai memasak. Bolehlah mak main order aje apa teringin nak makan. La ni, kalau nak makan kat rumah, takleh main order, mahu saya kempunan plak kang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kecik2 lagi.. Nanti depa dah besaq macam anak2 makchaq memang lega la..

      Delete
  19. waa bestnya makchaq, bertuah dapat anak-anak pandai dan rajin memasak.
    Hehehe..nak tergelak juga pasal titik serai tu, kalau sebut ketuk terus ja faham kan makchaq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Tapi ada jugak masa pakat2 malas...

      Tu la konon nak guna bahasa resepi... X boleh rupanya...

      Delete
  20. Uncle pakar masak...

    Masak air...

    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakar masak air ok tu... Boleh dah buat milo, nestum, oat... Mee segera pun boleh...

      Delete
  21. acu suka masak tapi mengenang kan dok sorang ja jadi malaih nak masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berbaloi pun kalau nak masak kalau dok sorang..

      Delete
  22. bertuahnya makchaq dpt anak2 yg teror n rajin ke dapur......mkn ramai chef mkin best la cz menu mcm2 boleh dimasak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi selalu masak menu biasa2 ja... Semua lebih suka makan har simple2

      Delete
  23. Bertuah badan anak2 rajin ke dapur. Anak lelaki sulong sVs pandai masak nasi je... Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 makchaq dah besaq2.. Kalau tak pandai masak susah la pulak dwpa nanti nak duduk sendiri..

      Delete
  24. Assalamu'alaikum MAKCHAQ
    Confirmed..... makchaq boleh buka restoran besar! Anak2 jadi chef. Lebih hebat dari Chef One@Wan sebab anak-anak Makchaq ChefMany@Ramai, hihi. La ni, bidang "penyediaan makanan" hebat pulangannya, kan Makchaq? Tapi kena ingat ya Makchaq. Guna bahasa betul dalam hal penyediaan atau pengurusan makanan. Dulu Pak Temuk diam-diam terus masukkan bubur kacang yang berbaki ke dalam perut (sebab sayangkan bubur) bila room-mate suruh "simpan-BUANG" buboq yang lebih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguih jugak idea pak Temuk ni... Bukak restoren chefMany...
      Tapi kami ni masak selera kami ja... Orang lain mungkin tak suka..
      Lawak pulak bila konpius bahasa... Anak2 makchaq dulu pun konpius juga dengan perkataan buang ni... Depa mai habaq kat makchaq.. Tok suruh 'buang' baju... He he..

      Delete
  25. hahaha....... takpe makchaq, serai dah macam kena demam campak pun janji daging masak hitam tu rasa dia sedap...

    ReplyDelete
  26. amboi seronok ye makchaq order jer. .,. SIAP! hehehe saya x berapa pandai masak.. memang kena laa prektiss selalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ni dah senang... Resepi semua boleh cari kat internet.. Sat ja pandai..

      Delete
  27. wah.. bagus ni... bukak restoran la makchaq... dah anak pandai masak tu... kelakar pulak baca serai di titik2... tak pe la... janji sedap... baca pun dah terliur... kalau ada gambar konfirm datang umah nak rasa... hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masqk ikut selera sendiri... Kalau bukak restoren x tentu pulak orang lain suka..

      Delete
  28. wak pon x pandey masak jugakk.,ahHKs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti orang rumah wak pandai masak.. Tu yang wak jadi tak pandey masak...

      Delete
  29. SERONOK YE RAMAI TUKANG MASAK DLM RUMAH ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kakak, abam & adik besaq, ramai la tukang masak kat rumah

      Delete
  30. wah bestnya rmai tukang masak...mak chaq,..ajaklah Nini dtg makan kat umah mak chaq..nak makan western tau.hihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik abang Nini pun apa kurangnya.. Pakar masak jugak tu... Tak lama lagi Cik Mat sure ikut jejak ayah...

      Delete
  31. Wahh beruntungnya Makchaq..semua anak pndai masak..Saya pun sllu berangan macam tu..nak makan order jer dgn anak2 bila dia orng besar nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... InsyaAllah MP pun nanti jadi macam makchaq..

      Delete
  32. Mak IM pun kaata... titik serai tu!

    Teringat IM masa first time pi KL. Bila dahaga pi kedai nak beli ais manis... Rupanya orang KL sebut air sirap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la bahasa tu kalu jarang guna memang boleh konpius..

      La ni pun makchaq kadang2 konpius sebab tak berapa paham dialect orang..

      Delete
  33. untunglah anak2 pandai masak kan.

    ReplyDelete
  34. anak2 ramai, dapat variasi tukang masak...hehehehe. Anak saya seketul tu jer... kenalah cari menantu yang pandai masak juga nanti2..hehehehe

    ReplyDelete
  35. psstt: Makchaq.. nanti nak datang sana makanlah.. hehehe.. dorang pandai masak kan.. ;)

    ReplyDelete