Tuesday, July 23, 2013

UPDATE BULAN POSA & NAK KONGSI CERITA

Lamanya tak jengok blog
ada jugak la pi jengok kawan2 sat2
selalunya tak dan komen pun
baca ja kalut2

Posa pun dah nak ke penghujung
mudah2an amal ibadat kita semua diterima olehNya
ingatkan tahun ni dspatlah makchaq posa penuh
ramai geng2 sebaya dah posa penuh
tapi ABC jugak minggu lepas..
tahun depan la agaknya boleh posa dan sembahyang penuh
semoga masih ada umuq..

Ni kejadian malam tadi yg rasa patut dikongsi
Amir bertolak ke Kedah malam tadi
keluaq rumah lebih kurang 1.00 pg
sebelum sampai Rawang dia terlanggaq sesuatu kat tengah jalan
kereta  boleh jalan, dia terus ke R & R Rawang,
rupanya ada 4 lagi kereta lain yg berhenti sebab yg sama
bila tau banyak yg kena, Amir telefon PLUS, depa mai tolong
dia dimaklumkan pihak PLUS memang ada orang yg sengaja buang objek
mungkin untuk cari bisnes agaknya
bila ada accident ada la bisnes

Kalau betui apa yg orang PLUS cakap memang jahat la orang2 tu
sanggup gadaikan nyawa orang..

Alhamdulillah tak da apa2...

Kepada sapa2 yang nak travel malam kena la hati2..

30 comments:

  1. Memang kurang ajar betul orang yg buat mcm tu utk cari rezeki. Tak elok main dgn nyawa orang hanya utk depa cari rezeki nak raya ni ...... huhu

    ReplyDelete
  2. Kalau masih ada ABC dah nak puasa penuh, kenalah mengandung makchaq ...... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada rezeki boleh jugak kot.. dapat masuk GBOR Malaysia

      Delete
  3. selalu dengaq kes2 camnie.orang kata keja org2 tow truck tapi wallahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. dulu2 pernah dengaq orang curah minyak atas jalan, la ni ni pulak..

      Delete
  4. Penaya orang, nasib baik tak jadi apa2.

    Tak per, InSyaaAllah, setiap perempuan akan lalui posa penuh dengan izinNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melampau kan... niat jahat..

      Harap2 tahun depan dapat la..

      Delete
  5. Belum masa lagi Allah nak bagi kita puasa penuh makchaq melainkan ada baby dlm perut ada peluanglah:)

    Mujur tak ada apa-apa yg terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syukur la.. tu yang risau budak2 jalan malam, tapi depa suka jalan malam.. siang depa kata mengantuk.. heran..

      Delete
  6. ramai orang cari duit dengan cara yang tak betul tanpa sedar duit tu nanti jadi tak berkat...ingatan utk diri sendiri jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kan.. bila ada orang sanggup buat macam tu..

      Delete
  7. Itulah antara sebab husband Aina selalu bising bila Aina bertoalk balik Kajang dari Perlis pukul 6 petang. La tak buat dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi budak2 ni suka travel malam.. depa kata siang mengantuk..

      Delete
  8. macm2 org fikir cara kreatif nak cari duit.
    minta2 dijauhkan malapetaka sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kreative kalau tak menyusah & membahaya orang tak pa..

      semoga perjalanan kita semua selamat..

      Delete
  9. Assalam
    Semoga makchaq sekeluarga sihat sejahtera dan dapat berpuasa dgn cemerlang.

    Cerita anak makchaq itu sungguh menakutkan. Bimbang sungguh kalau-kalau terjadi kemalangan dari perbuatan jahat orang-orang yang tak berhati perut itu. Semoga Allah lindungi kita semua dari segala keburukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Pak Temuk

      Terima kasih atas doa Pak Temuk tu, makchaq [pun doakan pak temuk sekeluarga sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah

      Itu yang takut kan... tak pasai2 teraniaya...

      Delete
  10. depa cari duit ikut cara tak elok ni..

    nini pon dah start ABC..takat ni dah masuk 6hari raya :)

    ReplyDelete
  11. makchaq,memang banyak kali dh dengar bnda ni.cari duit raya la tu.tak pikiaq kadg2 org yg depa pekena tu entah2 tk duit pun dlm poket setakat minyak utk smpai umah saja...moga Allah mengampuni dosa depa tu.

    ReplyDelete
  12. saya mungkin balik kampung bersama anak2 saya saja. suami pun pesan, balik siang hari. malam ni macam2 boleh berlaku. apapun, kepasa Allah sahaja yang kita mohon pertolongan. tiada mudarat ke atas kita jika tidak dizinkan Allah

    ReplyDelete
  13. Kakcik dah mula posa penuh sejak tahun lepaih...


    Jahat sungguh orang yang 'buat kerja' tu no... :(

    ReplyDelete
  14. takpelah makchaq, tak dapat tahun ni tahun depan masih ada.. insyaAllah.

    Syukur dak Amir takde pape.. dan nasib baik tak laju.. huhuhu..

    psstt: makchaq.. ina rindu kat semuaaaa.. :(

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah Amir takdak apa2. Sapa yg buat keja penaya orang lagu tu, memang pedih la nanti kena balasan dariNya.

    ReplyDelete
  16. Memang bagus mkchaq kongsikan kat sini
    Sebab jadi panduan buat pengguna lebuhraya
    Duit punya pasal sanggup gadai nyawa org...

    ReplyDelete
  17. Nak untung dan cari duit atas musibah org lain..tak bagus lah mcm tu kan...kalau dah org Plus sendiri dok habaq lagu tu..ada benarnya lah makchaq...

    ReplyDelete
  18. Macam macam cara menyusahkan orang untuk kepentingan sendiri

    ReplyDelete
  19. Syukur, alhamdulillah tiada kejadian buruk berlaku. Apa apa pun elok report polis or PLUS tu, depa mesti tahu apa nak buat.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah..takdak apa2 jadi kat amir. la ni memang banyak kes sabotaj macam tu kat highway..kalau penang ni kat atas bridge. ditabuqnya paku sepanjang jalan..mangsa..penunggang motosikal. semata-mata nak buat untung, sanggup penaya orang.

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah...selamat dan tiada kejadian buruk...betul tu patut report PLUS..

    ReplyDelete