Monday, April 4, 2016

DEPA TAK MENANG

Depa tak menang...
tapi dapat pengalaman....
1st Taipei, 2nd Thailand, 3rd Singapore..
Malaysia no. 4

Sekarang Men's Team pulak
lawan kat Kazakhtan
semoga depa berjaya.

Khadijah in control...
Eish...awat Syuhada relax sangat 
jaga gol..

 Alhamdulillah save....

Shot!! X masuk tapi...

Hensom coach depa...




Monday, March 21, 2016

SEMOGA DAPAT BAWAK BALIK PINGAT...





Lepas bertahun2 sukan ni kat Malaysia
akhirnya dapat la diwujudkan pasukan wanita
all Malaysian...
captain yg duduk tengah tu
doktor kat New Zealand training kat sana
balik semata2 nak pi tournament
depa akan bertanding di Taipei dalam
Women's Challenge Cup Of Asia
mulai 22 sampai 26 Mac 2016







Syuhada goalie, Khadijah defense
happy Khadijah
sampai under 16 main dengan boys
dia sorang ja pun pompuan...
budak pompuan lain
x boleh main ngan boys
saiz kecik...x boleh compete
under 16 sekarang pun
ada sorang je girl yg boleh main
la ni teammate Khadijah under 16
dah dalam squad SEA game 2017
SEA game x dak women division








Tadi pi hantaq depa kat airport
tak tunggu pun.. ada hai lain..
ceria.. happy nampak depa..
semoga depa berjaya bawak balik pingat..

Monday, March 7, 2016

TAK SESUAI KOT DEPA DOK SINI

Makchaq bawak Nafisah pi Zoo
makchaq ambik gambaq depa ni

















Orang utan..
nampak macam orang utan
yang kita dok tengok dalam gambaq....



Tulih di kandang
Chimpanzee

Bukan depa pun patut ada bulu ka
kat badan depa..

Awat jadi lagu ni..
habih bulu semua takdak....
depa pun macam tengok ja
kat orang2 yang dok tengok depa

Kesian kan....
tak sesuai kot dok sini
patut kita hantaq balik depa
ke tempat asai kot..




Ni pun sama
sampai habih bulu
mesti depa sedih kan..
depa kan cerdik..
apa agaknya depa dok pikiaq




Orang utan ok la..depa asai sini..
elok ja nampak..
bulu semua banyak...


Monday, February 29, 2016

GETAH TURUN PINANG NAIK

Kata abang ipaq makchaq
getah murah la ni
sekerap RM1.60
tu pun harga dah naik
sebelum tu lagi murah
nampak dalam surat habaq
pekebun getah ada buat piket
pasai harga getah murah sangat
penoreh nak makan pun susah..

Balik Taiping minggu lepas
ramai pakat dok buat pinang
pinang RM5.00 ke RM5.50 sekilo
kami pun ambik kesempatan jugak
buat ramai2 tak la penat sangat
tapi makchaq penat, lenguh kaki tangan,
sakit/pedih jari la jugak..
orang pekan la katakan...
masa besa buat kerja ni...he he.. perasan..

Dapat 9 kilo setengah
buleh la RM47.50..
ok la kan..
sapa banyak pokok pinang.. untung...
Mak penakan pakchaq
yang baju pink tu
sepagi (sampai zohor)
buat dapat 10 kilo
kuat & gigih sungguh..
ni dia tolong kami..
kami 3,  4 kali mangkit
lenguh la.. haus la..
dia kusyuk dari mula...

Monday, February 15, 2016

CUTI RAYA CINA


Tengah dok semangat nak update
baik teruihkan cepat cepat
kalau dok bertangguh memang tak tulih la...

Cuti raya cina baru ni bawak Nafisah jalan
rancang dari taun lepas nak pi cuti-cuti & mandi laut
tapi asyik tak jadi...


Bercuti yang Nafisah suka..
semua kena ada..
kalau x cukup korum tak best..




Bercuti..
makan kena la international..
makanan thai kat gerai pun jadi la..
yg penting international...

sebenaqnya mak depa tekak international
setakat thai, indon & india/mamak ja..
hat lain x berapa jalan...


Rakyat ramai....
kena dok homestay
jimat sikit...
boleh masak...








Pi pantai..
nak mandi sejuk sangat la pulak..
dah petang..
main ayaq sikit2 jadi la...
esok kita pi tengahhari sikit..








Esok tu kami keluaq awai sikit..
pi pantai lain pulak..
tapi tak sesuai nak mandi
tempat orang bok naik ikan..
kutip kulit siput ja la...




















































Pi balik pantai yang mula tu..
teruih semangat budak ni...
tapi..
baju salin/baju mandi pulak tertinggai
kecewa dia....

Nanti sat mak pi cari baju...











Kecik lagi boleh la pakai baju ni..













Cantik pulak....
hampa pi berdiri situ..
mak nak ambik gambaq...
Dah nama cuti..
bukan ada apa nak hambat..
relax ja....

nak melukih 2 jam pun tak pa...










Wefie...
kesian depa kat belakang..
jenuh sengih...
gambaq kabuq... he he..


















Tak buleh nak pebetui pulak gambaq ni....
sepanjang bercuti makchaq dok buat puzzle ni..
5 hari baru siap..
susah nak mampoih kata orang penang..

Alhamdulillah.. syukur atas nikmat percutian ni...
walaupun masa mula sampai Nafisah demam,..
cuaca pulak macam tak jangka...
tapi keseluruhannya syukur sanggat2 atas nikmat ni...

Sunday, February 14, 2016

HOSPITAL KUALA LUMPUR

Lamanya dah tinggai kan blog
teringat jugak nak menulih
tapi keadaan tak berapa nak mengizinkan..
Hari ni gigihkan diri

Petang semalam pi melawat kawan kat hospital KL
dia ada masalah dimentia
awai pagi Jumaat kena sawan
sedih.... tak boleh buat apa sendiri..
tak kenai pun kita.. mata nampak tak fokus
kita yang mai tengok rasa kerdil & insaf
sesungguhnya tiada daya kita melainkan dengan kehendak Allah
semoga diringgankan sakitnya dan segera sembuh..

Lama sangat dah tak pi hospital KL
dulu hospital KL terkenal masalah parking...
la ni x dak masalah...dah ada parking bertingkat
6 tingkat.. siap ada maklumat kekosongan parking
canggih la dah parking

Kawan makchaq tu kat wad neuro 5B
1 bilik ada 8 katil...sempit sangat
antara katil cukup2 untuk letak 1 kerusi banquet
kalau tunggu waktu malam teruk jugak la..

Keadaan wad 5B sangat bersih
tandas.. bilik mandi.. ruang depan..
Memang sangat bersih...
tapi pam tandas pulak rosak
kena siram guna baldi...

Hospital lama.. masih guna kipas
musim panas ni terasa bahang
berpeluh jugak la makchaq..
walaupun kipas full blast..

Memang makchaq salute kakitangan hospital KL
jururawat, doktor, pembantu2 hospital..
bekerja dalam keadaan yang serba kekurangan
(dari segi keselesaan depa la..)
tapi tetap berkhidmat penuh dedikasi
masih senyum.. nampak keikhlasan
banyak depa kumpui pahala....

Harap2 ada la dalam budget kerajaan
Nak naik taraf hospital KL
bukan setakat parking saja...

Monday, October 12, 2015

RASA NAK START MENULIS BALIK

Teringin nak menulih balik
tapi keadaan macam tak sesuai
dok tengah2 dunia
cermin keliling..
masa break pun tak dak privacy..

Dok padam2 gambaq kat telefon
pasai tepon dah slow
tengok gambaq2 Nafisah
teruih gigih boh kat blog.

Ni gambaq tahun lepas
masa ni ada jamuan kat tadika Nafisah
cikgu tepon suruh pi (Nafisah kan sekali sekala ja pi sekolah)
tapi depa tak cakap mak pun kena pi
merajuk Nafisah.. dia sorang je mak tak datang..


Makchaq memang gayat kalau bawak anak tak pakai carseat
tu yang dah besaq pun dok atas carseat lagi..
selalu orang teguq..
"dah besar pun dok atas baby seat lagi.."
Nafisah pun suka dok atas ni
sampai dah pandai pasang harness sendiri
nak bukak je tak larat tekan button tu..


Tadika tak mau pi
baguih tolong mak kat rumah

buat mexico/coffee bun
buat cupcake....
buat biskut

belajaq tanam pokok





















Nafisah nak makan roti jala la...

Meh mak ajaq macam mana nak buat rotijala
lain kali nafisah nak makan dah boleh buat sendiri

Yang bagusnya dia suka pulak .....
sukat2 tepung semua..
kacau.. pastu  blend guna blender..
"senang je  rupanya buat roti jala ni mak.."


                                                 
La ni..
kalau  lempeng ke roti jala
dah berebut pulak dia nak buat..
makchaq ok ja...
senang kerja mak

Tapi kalau goreng guna minyak banyak
makchaq tak bagi dia buat lagi
bahaya.... takut  terkena minyak..













Masak nasik, potong sayur
pun dah boleh harap..

Ada sekali tu tengok dia dah siap masak nasik
untuk makan malam
masak elok ja nasik
(selalu makchaq tolong tengok air)
bila tanya dia kata
"nafisah letak beras 3, nafisah letak air kat tanda 3"
'"sape ajar Nafisah"
" tak de sape.. Nafisah fikir sendiri ja...."


Buat kerja sekolah pun rajin jugak..
tapi selalu kerja sekolah lukisan je..
subject lain semua siapkan kat sekolah

Alhamdulillah bila sekolah betui
dia tak dak masalah nak pi skolah
tak macam masa tadika
menagis sampai makchaq tak sampai hati
nak tinggai dia kat tadika



Gambaq masa first day kat sekolah
ok sangat..
langsung tak menangis
senyum je..







Anak bongsu...
semua orang selalu kena buli ngan dia..
bila manja... sweetttt sangat..
ada masa buat perangai...
pening jugak nak layan...