Cerita ni dah lama jadi kat anak makchaq Amir
bulan 3 yg lepas.. masa tu Amir tengah cuti
tapi kes ni berlarutan...... sampai baru2 ni
semalam baru selesai (kiranya la..)
Makchaq cerita ni dengan harapan, orang lain boleh ambik pengajaran...
Masa dia pi KL, kat LRT Masjid Jamek
ada budak2 edar sim card Celcom
depa macam paksa2 Amir ambik, sampai tarik2 lengan
free..kalau tak nak pakai pun tak pa..
caranya macam depa kena habihkan la kad tu bagi kat sapa2
Amir tak nak, sebab dia dah pakai 2 nombor Celcom
tapi budak2 tu nak bagi jugak..
sebab kesian dia ambik la jugak.. depa bagi sampai 2 kad
budak2 tu mintak ic, kata nak rekod pada sapa depa bagi
pastu mintak Amir tanda tangan..
Makchaq ada tanya bila nampak kad2 tu atas kabinet
Amir kata 'ada budak2 bagi free masa kat LRT'
lepas tu, Amir balik ke U dia
dalam bulan 5 makchaq perasan ada surat celcom utk Amir
tak pikiaq apa pun, pasai Amir memang pakai nombor celcom
pastu ada lagi surat.. makchaq pun bukak..
tengok2 bil dah seratus lebih 1 kad walaupun tak guna langsung..
Makchaq teruih call Amir, dia kata masa bagi depa kata tak pakai tak pa.. free..
Makchaq call pulak celcom..
selamba budak yg jawab cakap..
'tu agen yang uruskan.. kami tak boleh buat apa'
tapi bill depa yg keluaqkan
makchaq suruh batal, depa kata tak boleh
Amir kena pi sendiri kat Celcom centre
By the time Amir balik cuti, bil dah jadi RM176.30 satu kad
siap dapat surat lawyer..
makchaq suruh Amir uruskan
Amir pi Celcom nak batalkan, depa suruh bayaq semua baru batal
'masa dapat kata free..kalau tau kena bayaq takkan saya nak ambik
sampai dua kad yang saya memang tak nak guna'
depa pulak dengan sombongnya marah2 Amir,
(mentang2 tengok Amir baru 19.. nak gempaq pulak..)
'dik oii...mana ada benda free kat dunia ni..kalau nak batal bayaq dulu kalau tidak.. kita akan black list'
'tak pa la kalau tak boleh batal saya buat repot la ...' (Amir dah geram)
'hah.. pegi la.. buat la repot...' (sombong orang Celcom ni)
Lepas tu bill dah tak sampai, sampai surat peringatan dari lawyer pulak..
untuk jelaskan hutang kalau tidak akan ambik tindakan mahkamah...
Amir bosan (pakchaq pun dah bising)
dia pi repot kat Tribunal Pengguna
dapat tarikh bicara 11/10/12
Amir poskan tuntutan tu kat Celcom
hari Isnin orang Celcom telefon dia, dah la cakap kurang sopan
suruh pulak dia pi ambik surat kat Celcom dan tarik balik tuntutan dia
Dia cerita kat makchaq, makchaq pulak rasa bengang
teruih masuk campuq..
makchaq call Celcom mintak depa hantaq surat tu..
boleh depa kata .. kalau makchaq tak boleh pi, suruh Amir pi ambik
Banyak cantik.. makchaq cakap
'kalau nak suruh tarik balik tuntutan'
hangpa la usaha hantaq surat kat anak saya, bukan saya yang kena pi ambik surat tu'
last2 baru depa email surat offer without pejudice rebatekan semua bayaran
Kalau pikiaqkan...
macam malas nak tarik balik tuntutan
tapi rasa menyusah diri dan Amir la pulak nak pi tu..
Yang makchaq terkejut, bila dok cerita
ada kawan kat ofis makchaq
anak depa pun kena jugak..
tapi depa pi la ke celcom center dengan anak2 (pasai pemilik akaun kena hadir)
pi bayaq.. sorang 60+ sorang 100+
pandai sungguh Celcom ni..kad tu depa ambik balik..juai semula la tu..
tapi charge jugak orang, walaupun kad masih dok dalam plastik...
Kawan2 makchaq kata anak2 depa pun sama
dapat kad kat LRT
free.. tak guna pun tak pa....
melampau kan..
tetiba rasa nak repot kat SKMM pulak.. boleh ke?
 |
Sebelum terkena.. sengih...
Nasib baik dia boleh urus sendiri semuanya |