Saturday, September 22, 2012

BARU NAK EKSYEN...

Masa jawab komen Daddy Ziyyad  dalam post sebelum ni
makchaq kata, makchaq pi kenduri tak pernah silap

Nak eksyen sangat...
hari ni silap pi kenduri..
dua tiga kali tengok tarikh
pagi tadi tengok lagi nak confirm, takut silap

Tapi........
orang buat kenduri kat masjid kat Kelana Jaya
makchaq pi rumah depa kat Sungai Buluh..

Memang bab jamu2an ni makchaq setaraf Lebai Malang kot..

Yang jemput tu kawan makchaq
jemputan pun post kat fb
tu yang pakchaq tak tengok jemputan tu
harap kat makchaq.... memang sejarah berulang lagi la...

 Nasib tak kena marah ngan pakchaq...
 dah pasrah agaknya ngan kesengalan bini dia ni...

Wednesday, September 12, 2012

TERINGAT CERITA MAKAN...

Pagi tadi makchaq sms kakcik seroja,
nak tanya pukul berapa kakcik nak ke rumah Dato' LF
Kakcik balas 'pagi..' tapi ayat last dia...
'minggu depan tau bukan minggu ni he he..'

Senyum sorang makchaq,  dua minggu lepas dah silap
pi rumah aizamia awai seminggu.. kalau silap lagi memang parah...
tapi makchaq ni memang kadang2 entah apa2....SENGAL...

Ada sekali (1990) makchaq ngan kawan kena kerja kat Melaka
selesai kerja dlm pukul 10, kami singgah makan kat nilai
masuk kedai nampak lauk pauk baru masak.. fresh2..style cina,  makchaq suka..
tukang masak tengah dok menggoreng, minyak jernih penuh sebelanga style cina..
terus ambik pinggan, ambik nasik campoq..
tengah lapaq ambik lauk penoh pinggan
bila nak bayaq...

'eeerrrr you cina ke?'
'ya lor.. saya cina..'
'errr  tak jadi makan la.. kami tak boleh makan sini..'
'apa pasal tak boleh makan.. sudah ambik ma...'
'eeerr tak pa saya bayar.. mintak maaf..kami tak boleh makan sini.."'

Mengamuk jugak la Cina tu.. sebab kami  1st customer dia
walaupun bayaq tapi cina kata  sui la...(tak ong)
dah ambik tak mau pulak..

Kami teruih keluaq tengok sign board
terang2 kedai cina...aduh.. macam mana la tak perasan...

Jalan ke kedai melayu kat sebelah sambil tergelak2..
tengok lauk..macam lauk melayu la.. kari, masak lemak..sayuq  overcooked..
makchaq cerita kat budak2 lelaki pekerja kat kedai tu..
rupanya depa pun nampak kesengalan kami
kata depa...
'tu la kami pun heran.. kakak2 ni, pakai tudung, tapi makan kat kedai cina...'

Masa makchaq baru transfer ke KK (1984)
ada orang bagi 2 tiket dinner majlis perpisahan
bersusah payah la makchaq dengan seorang kawan naik bas malam2

Sampai kat gate, nampak orang dah mula makan
berlari la kami takut terlambat
dengan payung tersangkut kat lengan teruih masuk dewan
bagi salam kat orang2 tepi pintu, teruih ambik makanan
kerusi penuh.. bawak pinggan keluaq dewan..
tengok ada kerusi dok tersusun bawah tangga.. boleh la...makan la kat situ..

Sebab penat berlari, berpeluh2, dua tiga kali ambik minuman
sampai penjaga ayaq pun heran siap bertanya..
penat, berpeluh2 jalan jauh.. tu la haus.. kami kata

Datang sorang lelaki duduk kat sebelah kami..

'kenapa bawak payung?..' apa punya soalan da..
'takut hujan...'
'takut hujan?, tinggal mana?'
'Penampang....'  berkerut dahi sipenanya..lepas tu dia pun bangun

Selesai jamu selera semua dijemput masuk dewan
teruknya pentas... dengan back drop tak bertukar.... setting lebih kurang
macam majlis sekolah..

Tiba2 teringat tiket dinner yg ada cabutan bertuah
terus la tanya kat mana nak bagi tiket untuk cabutan bertuah tu..

Bila tunjuk tiket, depa tunjuk pentas....
Ooooo  la mak ai....rupanya ni....

MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PENUTUP
KURSUS GURU-GURU TADIKA KEMAS

Tiket makchaq untuk

MAJLIS PERPISAHAN BENDAHARI NEGERI
DATO' K.G PATEL

buat kat kompleks yg sama, tapi kat auditorium

Malu tak tau nak cakap.... terus kami keluaq jumpa pengerusi majlis minta sampaikan, kami minta maaf
kami dah tersalah makan...

Macam mana boleh tak perasan....

1. Dinner kul 8.30 mlm, kami sampai 7.30 orang dah makan..

2. Makanan ala2 dinning hall saja, hidang pun dalam pinggan melamine biru tu..(memang makan dlm dinning hall pun, atas tu hostel depa, tu yg orang terkejut bila bawak payung takut hujan, depa dok hostel atas dinning hall tu.. mana nak kena hujan)

3. Ada dalam 30 org saja dok makan, kebanyakkannya pompuan dan 4 org kot lelaki mungkin facilitator/ pengerusi/pegawai.  (kerusi pun orang bubuh cukup2 untuk perserta kursus saja, sampai kami kena makan bawah tangga.  Tiket kami dua2  no. 200 lebih, patutnya ada at least 250 org la kan.....yang paling out tu... tak terfikir pulak Dato' yg nak bersara  tu mana?)

4. Org pandang2, bisik2 kehairanan kami boleh ingat depa tengok2 sebab kami mai lambat..(depa mesti la heran, dua minggu dok kursus sama2 tak pernah nampak pun kami, tau2 mai menerpa terus makan.... sampai abang dinning hall yang jaga ayaq pun tanya macam2.. malunya......)

5. Dah tengok back drop pun boleh ingat orang tak tukaq back drop lama..punya sengal kan...(punya tinggi  pangkat Dato' tu, tak kan la back drop boleh tak tukaq)

Lepas tu kami pi jugak la majlis yang betui tu..
baru la grand.. ada door gift.. dapat bunga.. makanan dari hotel siap waiter..
tapi dah kenyang makan nasik putih, daging masak kicap, kacang buncis goreng dan tembikai
makanan sedap pun dah tak boleh makan.. tambah pulak dok tergelak2 tak boleh berhenti

Makchaq tulis ni teringat kat Tuan al-lavendari,
ada makchaq tengok gambaq lama dia dalam majlis macam ni..
masa tu tengah kenen2 makngahnya....
(Tuan Al-Lavendari- bila tengok gambaq pencuri hati kat blog tuan makchaq memang teringat kisah makchaq salah makan ni..)


Thursday, September 6, 2012

SEBELUM HABIH RAYA

Sebelum habih raya
nak boh gambaq raya
gambaq makan2 raya tak dak
gambaq bersalam salaman raya pun tak dak

Jadi, boh gambaq kami2 saja
nak perasan Diva..he he
sekali sekala ok la kan...

Gambaq kat rumah pakchaq
lepas penat balik beraya
dah belemuih/bekilat muka...


Takut tak masuk frame, semua
pakat tunduk..



Pakchaq chom(moncong).. tak rela la tu..
jenuh pegang tak mau bagi lari



4 orang besar, 1 orang kecik.. posa sebulan tak kecik2
termasuk la makchaq.. Nafisah yg tak posa pulak kecik..



Sunday, September 2, 2012

APA LA MAKCHAQ NI....

Sapa2 dah baca blog aizamia mesti la dah tau
makchaq pi jemputan rumah terbuka dia awai seminggu... (bukan sikit2 punya awai)
macam mana buleh jadi lagu tu pun tak tau..
pada hai anak makchaq Amir siap snap gambaq jemputan ai,  pasai nak tengok address ngan no tepon ai
tapi tak pulak tengok tarikh jemputan tu..
ni semua salah Amir tau....
makchaq tak salah.... (baca ayat ni 3 kali ye..)

Semangat nak pi tu..sebab selain nak jumpa meriahkan raya ai..
kot2 dapat la jumpa kakcik seroja, sebab tengok kakcik pun nak pi..
tup2 dpt malu... malu giler.... bila tepon ai nak tanya jalan, ai macam terkejut2
baru la makchaq perasan makchaq salah tarikh... adussss... memang malu...

Tapi.... yang pentingnya ..... best pi rumah ai ni
en abang dia sangat la pandai masak...
makchaq dah sampai, ai tengah buat ayaq,
en abang dia sampai dengan brg2 nak masak..
tak sampai 15 minit.. siap mee goreng yg sangat umpppp.. bertambah kami makan

Ai ngan en abang (Lan) pun sangat la peramah sampai makchaq lupa
makchaq sepatutnya malu...
Amir pun dari malu terus happy dpt kacau2 dak Nuha
Nafisah saja yg dok malu.. tapi makan mee bertambah2 (kira tak malu la kan..)

Kesimpulannya.. kami sangat la happy pergi rumah ai walaupun salah hari
dpt makan mee yg sedap,
dapat kacau2 dak Nuha,
dapat buah tangan yg unik
dapat sembang2 lama2 ngan ai & en abangnya yg peramah
dan kalau ada rezeki boleh pi lagi minggu depan....rumah terbuka..

Sebenaqnya makchaq ni memang ada dua lagi insiden berkaitan makan2
yg agak sengal dan memalukan .. nanti makchaq cerita lain kali..

Tuesday, August 28, 2012

HARAP MAAF MAKCHAQ TERLAMBAT UCAP SELAMAT HARI RAYA

Dah dekat setengah bulan raya
makchaq baru nak ucapkan Selamat Hari Raya 
nak mohon ampun dan maaf dari semua kawan2
atas semua salah silap terkasar bahasa dan tersilap kata
sepanjang dok menulis dan mengomen

Sebelum raya hari tu kalut sikit
tu yang tak dan nak ucap Selamat Hari Raya
dan mohon ampun dan maaf sebelum balik kampung

Jumaat sebelum raya balik Taiping
3 keluarga saja balik sebelum raya
pakchaq, pakcik, paktam
mak & maklang (kakak pakchaq, tak kahwin - OKU) 
Mak dah tak nampak.. tapi dia seronok
dengaq riuh rendah anak cucu..
Walaupun 3 keluarga saja yang balik (yang lain balik hari raya)
rumah nampak penuh sebabnya.....
makchaq anak beranak semua gedabak2 (kecuali Nafisah ngan pakchaq)
posa pun tak susut.. maintain besaq2 semuanya
orang lain comei2, kami macam Giant.. tapi hati baik... macam Nobita  he.. he..

Semangat pakchaq & paktam perah nyoq, 
Hadijadi mandor, pakcik jaga api..


Tahun ni buat lemang sendiri (selalu tempah)
best pulak.. sedap dari hat beli
buat jugak lemang tepung..
dan rendang masak dalam buluh..






Maktam baru sampai teruih tolong isi pulut

Makcik (berjeket biru) pandai buat lemang
dia la master chef..
kalau harap makchaq, buluh lemang pun tak berapa nak kenai...
kalau dah siap berlapik, boleh la nak tolong isi pulut..

    

 Tempat bakaq dah ready... sup gear box.. sekawah..hah..sedap sup gearbox ni... sampai terkenang-kenang

Saja boh gambaq surau lama ni,
ada lagi kalok dok tergantung,
tapi tak tau la masih diketuk ke tidak

Malam Jumaat last terawih
kami terawih di sini, penuh surau ni
Kalau kat Putrajaya malam2 last dah tak dak orang,
ramai yang dah balik kampung

Surau ni dah dicadangkan utk diturunkan ke bawah
tinggi....tengok tangga belah pompuan pun tinggi..
yang tinggai di kampung pun ramai dah berumuq
dah susah nak naik tangga tinggi...
lantai pun dah berderup derap uzur..
Mudah-mudahan diizinkan Allah perlaksanaanya...

Saturday, August 4, 2012

GENERASI SEKARANG LEBIH BERUNTUNG

Generasi sekarang lebih beruntung
tak macam zaman makchaq kecik2 dulu
tapi, ini cerita makchaq, cerita orang lain makchaq tak tau la
mungkin orang lain yg sebaya makchaq tak alami apa yang makchaq alami
mungkin orang lain lebih beruntung dari makchaq

La ni budak kecik2 dah diajar dan ada kesedaran agama
ada sekolah agama dan sekolah kafa,  kat sekolah pun dari kecik pelajaran agama ditekankan
kecik2 dah diajaq solat, kat rumah pun semua orang solat.. 3 tahun dah mula nak solat
belajaq mengaji dengan tajwid sekali
5 tahun pun dah diajaq posa dan dah ada yg posa penuh

Masa makchaq dulu, kami tak sekolah agama
tapi makchaq ingat ustaz makchaq Ustaz Saidin ajaq kami solat masa darjah 6
masa tu baru belajaq macam mana nak takbir, qiam,  ruku' dan  sujud..

Alhamdulillah tok makchaq ajaq makchaq solat dari kecik (tak sekolah lagi)
mula2 dia suruh makchaq ikut abang makchaq solat
ikut perbuatan saja, baca tak ajaq apa pun..
tapi pasai makchaq pandai lebih,  makchaq pun baca la.. ikut abang makchaq
makchaq mula2 baca Bismilah..lepas tu...pst..psst.. pst.. ikut bunyi yg abang makchaq buat
lepas tu makchaq dengaq bunyi ssstt..hamidah...lepas tu pst..psst.. su.. su

Ooo baru makchaq tau.. rupanya solat kena  baca orang tua2..(sebab dulu orang tua2 saja yg solat, tu pun bukan semua -kat kampung makchaq la, kat tempat lain mungkin orang solat...)
jadi baca la makchaq segala nama orang tua2 masa solat..
tok lang midah, tok su limah, tok soyah, tok ngah leha, tok cik ah..dan macam2 tok lagi.... asal bunyi psst..psst... su.. su..
bila tok tanya "hang baca apa?" makchaq pun habaq dengan bangga....rupanya salah..
teruih tok ajaq baca yg betui..
walaupun makchaq dah pandai solat sebelum sekolah tapi selalunya solat magrib saja..
sampai tingkatan 1 baru solat penuh.. tapi ada jugak kawan2 makchaq tak pernah dan tak tau solat masa tu
sedih kan..

Posa pun darjah 4 rasanya baru makchaq posa penuh.. sebelum tu suka hati saja
masa posa pi mandi sungai, sambil menyelam minum... balik segaq.. kena marah..
tapi esok buat lagi..

Masa tingkatan 2 makchaq baru tau pasai aurat
makchaq pakai tudung.. .kena marah dengan cikgu dan guru besaq,
balik rumah kena marah jugak, semua kata "tak payah nak masuk dakwah"
sampai jadi isu dengan saudara mara..
maklum la masa tu ustazah dan  budak sekolah agama pun pakai tudung nampak jambui..
tapi makchaq jenih ketegaq.. buat tak tau..  tok makchaq  saja yang sokong w/pun dia pakai selendang saja..

La ni  dah berubah.. wajib dan haram dah diajaq dari kecik
kesedaran agama dah makin tinggi
beruntung generasi baru ni..

Tapi makchaq bersyukur arwah mak dan abah makchaq berubah lama sebelum depa dijemput pulang
dari orang yg lalai jadi orang tetap dalam beribadat, arwah abah dari orang leka jadi orang yg tidak tinggal berjemaah di masjid
Mak, abah dan tok juga sempat menjadi tetamu Allah, Alhamdulillah..

Doa makchaq semoga dosa2 mereka diampunkan dan roh mereka dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman

Dan semoga dosa2 kita juga diampunkan...

Tuesday, July 24, 2012

ALAHAI KAWAN...

Makchaq sebenaqnya malas nak  buat post baru
tapi bila kejadian ni dah dua tiga kali jadi
rasa nak tulih jugak la....

Adalah sorang kawan baik makchaq kat opis ni..
dia pangkat adik2 dari makchaq (10 tahun  muda dari makchaq)
kecik comel kawan makchaq ni....
tapi kalau dia bercakap lagi la.. comel

makchaq kalau sembang2 ngan dia/dengaq cerita dia
kadang2 terpinga2, ternganga...tak terkata..

Kawan makchaq ni mengandung anak ke empat
excited.. pasai anak sebelum ni dah 8 tahun
baru 4 bulan dah semangat pi beli baju mengandung
balik2 cerita kat makchaq..

"Kak.. saya beli banyak baju mengandung..
tapi ada yg tak de tangan.. tapi cantik.. saya beli jugak..
saya  nak beli yang macam jacket tu tapi tak dak.. apa nama dia kak, yang pakai kat luar tu?"

"jacket la...." kata makchaq
"bukan.. yang macam jacket tu... ala akak mesti tau nama dia.."
"entah.. jacket la .. apa pulak"
"bukan... aaa saya dah ingat... salamander...."
"hah.. salamander ??" terkejut makchaq (dia kata kembang2 hidung makchaq terkejut)
"eee.. bukan salamander... eeee"
"cardigan??.."   tiba2 makchaq terpikaiq
"hah betul2.. cardigan.. tu la saya kata akak mesti tau nama dia..."

Hai.. la budak kecik ni...

Sebelum tu cerita facial..

"kak.. semalam saya pegi facial... best.. dia buat muka saya..
saya beli dia punya cuci2 tu.. akak pun patut beli.. beli yang set tu
senang je.... pastu tak de mechanical apa.."

Ooo kata makchaq sambil dok pikiaq.. rajinnya nak facial2
makchaq ni malas..

"kak.. akak cuba la..bagus.. dia guna bahan organic semua tak de mechanical.."
 makchaq ternganga
"salah eeeh??" 
"chemical kot?"
"ngeeee silap.... tu la bahan2 dia tak dak kimia.. chemical eeh bukan mechanical"

Mati2 makchaq ingat dia beli segala peralatan mesin2 nak buat facial...rajin sungguh la..

Pagi tadi dia cerita ni pulak..

Semalam pi check up,
nurse suruh dia makan bayam ngan ikan banyak2 untuk tambah darah
balik klinik dia singgah kedai beli sayur bayam
masak - goreng dengan ikan masin..
tapi dia tak suka.. pahit tak sedap, tak boleh telan

Mai opis cerita kat sorang lagi kawan kami..(tukang masak kami, selalu bawak makanan kat kami)
dia kena makan bayam, dia dah try tapi tak suka.. tak sedap..
kawan tu kata..

"kan selalu akak bawak ok je awak makan.."
"mana ade kak.. kan saya selalu kuis2 ke tepi tak suka.. pahit"
"bayam mana ade pahit"
"yang akak bubuh dalam mee tu kan pahit"
"eeh awak ni.. tu sawi.. mana ada orang bubuh bayam dalam mee"
"ooo saya masak sawi la ye.. padan la tak sedap.. bayam yang mana.."

Siap salahkan mamak kedai pulak.. katanya tak sempat dia nak tanya
ni sayur apa, mamak tu dah kata..
"ni tak payah timbang.. bayar depan.."
tu yang dia terus pi bayaq tu.. tak dan nak tanya..

Yang tak tahan nye tu kalau bercakap muka confident je..
tu yang buat makchaq selalu tercengang2,  ternganga  tu

Yang penting confident.. fact salah pun tak pa.. he he he

 Comel kan kawan makchaq ni... tapi kalau dengaq dia cakap
 memang lagi comel...

 Ni gambaq dia tengah pakai salamander tu la...
 (sampai la.. makchaq kalau tengok dia pakai salamander tu mesti tak tahan nak gelak..)