Tuesday, August 28, 2012

HARAP MAAF MAKCHAQ TERLAMBAT UCAP SELAMAT HARI RAYA

Dah dekat setengah bulan raya
makchaq baru nak ucapkan Selamat Hari Raya 
nak mohon ampun dan maaf dari semua kawan2
atas semua salah silap terkasar bahasa dan tersilap kata
sepanjang dok menulis dan mengomen

Sebelum raya hari tu kalut sikit
tu yang tak dan nak ucap Selamat Hari Raya
dan mohon ampun dan maaf sebelum balik kampung

Jumaat sebelum raya balik Taiping
3 keluarga saja balik sebelum raya
pakchaq, pakcik, paktam
mak & maklang (kakak pakchaq, tak kahwin - OKU) 
Mak dah tak nampak.. tapi dia seronok
dengaq riuh rendah anak cucu..
Walaupun 3 keluarga saja yang balik (yang lain balik hari raya)
rumah nampak penuh sebabnya.....
makchaq anak beranak semua gedabak2 (kecuali Nafisah ngan pakchaq)
posa pun tak susut.. maintain besaq2 semuanya
orang lain comei2, kami macam Giant.. tapi hati baik... macam Nobita  he.. he..

Semangat pakchaq & paktam perah nyoq, 
Hadijadi mandor, pakcik jaga api..


Tahun ni buat lemang sendiri (selalu tempah)
best pulak.. sedap dari hat beli
buat jugak lemang tepung..
dan rendang masak dalam buluh..






Maktam baru sampai teruih tolong isi pulut

Makcik (berjeket biru) pandai buat lemang
dia la master chef..
kalau harap makchaq, buluh lemang pun tak berapa nak kenai...
kalau dah siap berlapik, boleh la nak tolong isi pulut..

    

 Tempat bakaq dah ready... sup gear box.. sekawah..hah..sedap sup gearbox ni... sampai terkenang-kenang

Saja boh gambaq surau lama ni,
ada lagi kalok dok tergantung,
tapi tak tau la masih diketuk ke tidak

Malam Jumaat last terawih
kami terawih di sini, penuh surau ni
Kalau kat Putrajaya malam2 last dah tak dak orang,
ramai yang dah balik kampung

Surau ni dah dicadangkan utk diturunkan ke bawah
tinggi....tengok tangga belah pompuan pun tinggi..
yang tinggai di kampung pun ramai dah berumuq
dah susah nak naik tangga tinggi...
lantai pun dah berderup derap uzur..
Mudah-mudahan diizinkan Allah perlaksanaanya...

Saturday, August 4, 2012

GENERASI SEKARANG LEBIH BERUNTUNG

Generasi sekarang lebih beruntung
tak macam zaman makchaq kecik2 dulu
tapi, ini cerita makchaq, cerita orang lain makchaq tak tau la
mungkin orang lain yg sebaya makchaq tak alami apa yang makchaq alami
mungkin orang lain lebih beruntung dari makchaq

La ni budak kecik2 dah diajar dan ada kesedaran agama
ada sekolah agama dan sekolah kafa,  kat sekolah pun dari kecik pelajaran agama ditekankan
kecik2 dah diajaq solat, kat rumah pun semua orang solat.. 3 tahun dah mula nak solat
belajaq mengaji dengan tajwid sekali
5 tahun pun dah diajaq posa dan dah ada yg posa penuh

Masa makchaq dulu, kami tak sekolah agama
tapi makchaq ingat ustaz makchaq Ustaz Saidin ajaq kami solat masa darjah 6
masa tu baru belajaq macam mana nak takbir, qiam,  ruku' dan  sujud..

Alhamdulillah tok makchaq ajaq makchaq solat dari kecik (tak sekolah lagi)
mula2 dia suruh makchaq ikut abang makchaq solat
ikut perbuatan saja, baca tak ajaq apa pun..
tapi pasai makchaq pandai lebih,  makchaq pun baca la.. ikut abang makchaq
makchaq mula2 baca Bismilah..lepas tu...pst..psst.. pst.. ikut bunyi yg abang makchaq buat
lepas tu makchaq dengaq bunyi ssstt..hamidah...lepas tu pst..psst.. su.. su

Ooo baru makchaq tau.. rupanya solat kena  baca orang tua2..(sebab dulu orang tua2 saja yg solat, tu pun bukan semua -kat kampung makchaq la, kat tempat lain mungkin orang solat...)
jadi baca la makchaq segala nama orang tua2 masa solat..
tok lang midah, tok su limah, tok soyah, tok ngah leha, tok cik ah..dan macam2 tok lagi.... asal bunyi psst..psst... su.. su..
bila tok tanya "hang baca apa?" makchaq pun habaq dengan bangga....rupanya salah..
teruih tok ajaq baca yg betui..
walaupun makchaq dah pandai solat sebelum sekolah tapi selalunya solat magrib saja..
sampai tingkatan 1 baru solat penuh.. tapi ada jugak kawan2 makchaq tak pernah dan tak tau solat masa tu
sedih kan..

Posa pun darjah 4 rasanya baru makchaq posa penuh.. sebelum tu suka hati saja
masa posa pi mandi sungai, sambil menyelam minum... balik segaq.. kena marah..
tapi esok buat lagi..

Masa tingkatan 2 makchaq baru tau pasai aurat
makchaq pakai tudung.. .kena marah dengan cikgu dan guru besaq,
balik rumah kena marah jugak, semua kata "tak payah nak masuk dakwah"
sampai jadi isu dengan saudara mara..
maklum la masa tu ustazah dan  budak sekolah agama pun pakai tudung nampak jambui..
tapi makchaq jenih ketegaq.. buat tak tau..  tok makchaq  saja yang sokong w/pun dia pakai selendang saja..

La ni  dah berubah.. wajib dan haram dah diajaq dari kecik
kesedaran agama dah makin tinggi
beruntung generasi baru ni..

Tapi makchaq bersyukur arwah mak dan abah makchaq berubah lama sebelum depa dijemput pulang
dari orang yg lalai jadi orang tetap dalam beribadat, arwah abah dari orang leka jadi orang yg tidak tinggal berjemaah di masjid
Mak, abah dan tok juga sempat menjadi tetamu Allah, Alhamdulillah..

Doa makchaq semoga dosa2 mereka diampunkan dan roh mereka dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman

Dan semoga dosa2 kita juga diampunkan...

Tuesday, July 24, 2012

ALAHAI KAWAN...

Makchaq sebenaqnya malas nak  buat post baru
tapi bila kejadian ni dah dua tiga kali jadi
rasa nak tulih jugak la....

Adalah sorang kawan baik makchaq kat opis ni..
dia pangkat adik2 dari makchaq (10 tahun  muda dari makchaq)
kecik comel kawan makchaq ni....
tapi kalau dia bercakap lagi la.. comel

makchaq kalau sembang2 ngan dia/dengaq cerita dia
kadang2 terpinga2, ternganga...tak terkata..

Kawan makchaq ni mengandung anak ke empat
excited.. pasai anak sebelum ni dah 8 tahun
baru 4 bulan dah semangat pi beli baju mengandung
balik2 cerita kat makchaq..

"Kak.. saya beli banyak baju mengandung..
tapi ada yg tak de tangan.. tapi cantik.. saya beli jugak..
saya  nak beli yang macam jacket tu tapi tak dak.. apa nama dia kak, yang pakai kat luar tu?"

"jacket la...." kata makchaq
"bukan.. yang macam jacket tu... ala akak mesti tau nama dia.."
"entah.. jacket la .. apa pulak"
"bukan... aaa saya dah ingat... salamander...."
"hah.. salamander ??" terkejut makchaq (dia kata kembang2 hidung makchaq terkejut)
"eee.. bukan salamander... eeee"
"cardigan??.."   tiba2 makchaq terpikaiq
"hah betul2.. cardigan.. tu la saya kata akak mesti tau nama dia..."

Hai.. la budak kecik ni...

Sebelum tu cerita facial..

"kak.. semalam saya pegi facial... best.. dia buat muka saya..
saya beli dia punya cuci2 tu.. akak pun patut beli.. beli yang set tu
senang je.... pastu tak de mechanical apa.."

Ooo kata makchaq sambil dok pikiaq.. rajinnya nak facial2
makchaq ni malas..

"kak.. akak cuba la..bagus.. dia guna bahan organic semua tak de mechanical.."
 makchaq ternganga
"salah eeeh??" 
"chemical kot?"
"ngeeee silap.... tu la bahan2 dia tak dak kimia.. chemical eeh bukan mechanical"

Mati2 makchaq ingat dia beli segala peralatan mesin2 nak buat facial...rajin sungguh la..

Pagi tadi dia cerita ni pulak..

Semalam pi check up,
nurse suruh dia makan bayam ngan ikan banyak2 untuk tambah darah
balik klinik dia singgah kedai beli sayur bayam
masak - goreng dengan ikan masin..
tapi dia tak suka.. pahit tak sedap, tak boleh telan

Mai opis cerita kat sorang lagi kawan kami..(tukang masak kami, selalu bawak makanan kat kami)
dia kena makan bayam, dia dah try tapi tak suka.. tak sedap..
kawan tu kata..

"kan selalu akak bawak ok je awak makan.."
"mana ade kak.. kan saya selalu kuis2 ke tepi tak suka.. pahit"
"bayam mana ade pahit"
"yang akak bubuh dalam mee tu kan pahit"
"eeh awak ni.. tu sawi.. mana ada orang bubuh bayam dalam mee"
"ooo saya masak sawi la ye.. padan la tak sedap.. bayam yang mana.."

Siap salahkan mamak kedai pulak.. katanya tak sempat dia nak tanya
ni sayur apa, mamak tu dah kata..
"ni tak payah timbang.. bayar depan.."
tu yang dia terus pi bayaq tu.. tak dan nak tanya..

Yang tak tahan nye tu kalau bercakap muka confident je..
tu yang buat makchaq selalu tercengang2,  ternganga  tu

Yang penting confident.. fact salah pun tak pa.. he he he

 Comel kan kawan makchaq ni... tapi kalau dengaq dia cakap
 memang lagi comel...

 Ni gambaq dia tengah pakai salamander tu la...
 (sampai la.. makchaq kalau tengok dia pakai salamander tu mesti tak tahan nak gelak..)

Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADHAN

Walaupun dah mula posa
makchaq  nak jugak ucapkan
Salam Ramadhan untuk semua teman2 maya makchaq
makchaq nak minta ampun dan maaf
sekiranya sepanjang dok menulis dan mengomen
ada yang terkasar bahasa atau tersilap kata
yang boleh menyinggung teman2 semua

Makchaq doakan kita semua menjadi insan paling cemerlang di sisi agama
berjaya menjalani ibadah di bulan mulia ni dengan sebaik2nya
dan berterusan selepasnya..

Makchaq rasanya akan  kurang sikit ber BW Ramadhan ni
bukan pasai tak mau kawan dah..
tapi InsyaAllah nak lebihkan sikit baca hat lain pulak
harap2 sempat dan dapat la khatam

Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua..

Monday, July 16, 2012

ANAK2 TAK SAMA..

Hari Jumaat lepas Nafisah ikut pakchaq pi kedai
balik2 dia tunjuk patung Barbie kat makchaq

Ni la first time patung Barbie ada kat rumah makchaq
selama ni Syuhada ngan Khadijah tak pernah minat/minta nak beli
depa  memang tak minat anak patung, tak suka warna pink, tak suka girlish langsung

Syuhada banyak main kat luaq masa kecik, pasai kami pindah mana pun selalu duduk kawasan kampung
main basikal, panjat pokok, hambat ayam itik, tangkap kumbang/berudu/katak macam2
Khadijah w/pun dah duduk Putrajaya banyak terpengaruh ngan Syuhada..

                                          
Kalau tengok muka,  Khadijah paling girlish
makchaq pun banyak beli baju kembang (gown) kat dia
makchaq suka girl2 ni..tapi dia memang tak mau/suka pakai
sedih jugak makchaq pasai
ada yang langsung tak pakai..
rugi beli mahai2




 Mai tang Nafisah.. berlain sungguh..warna nak pink saja.. ,
   apa2 pink semua suka
baju, kasut, beg, stokin, cekak..sampai
makanan pun kalau pink dia suka..
suka bergaya pulak tu..nak yang cantik saja.. 
selipar pun nak yang bunga2 warna pink.. 


Syuhada ngan Khadijah masa kecik nak sikat rambut pun susah..
pakai t-shirt ngan seluaq.. skirt2 tak main la...

Makchaq rasa Syuhada ngan Khadijah ikut makchaq.. buas
Nafisah ni ikut sapa pun tak tau.. heran jugak
tak kan ikut pakchaq kot..
pakchaq tak girlish pun..he he he


dari kecik.. sanggup pakai cekak
kalau Syuhada ngan Khadijah..
jangan harap...








dengan Barbie dia.. dok suruh makchaq buat baju macam Barbie kat dia.. 



Punya beza..  Nafisah siap nak bawak beg tangan .. menangis nak beli.. Khadijah bawak beg isi kayu hoki boleh la...

 
Khadijah kecik2 ramai kawan lelaki..
dari kiri, Ryan, Elias & Arie..
la ni dah besaq dia jadi pemalu pulak.  Jumpa depa ni dah jarang nak bercakap.. setakat hai2 dan senyum2 saja
Gambaq sebelah tu Khadijah dengan team mate dia Robin, kamcing depa ni dulu2... 



La ni kalau pi jalan, depa berdua ni saja la yang selalu ikut makchaq... hat lain-lain dah besaq dah jarang boleh ikut.. 
Makchaq pun pi jalan2 pasai kesian kat Nafisah.. pasai tak larat nak kawai dia.. ajak Khadijah tolong jaga dan tolong bawak beg....

Tuesday, July 10, 2012

MAKCHAQ TAK SESUAI JADI BLOGGER

Makchaq rasa makchaq memang tak sesuai jadi blogger la...
makchaq lebih sesuai jadi blog reader

Makchaq mula baca blog sejak penghujung 2006 atau awai 2007
hari2 bila lapang makchaq akan BW
tapi makchaq dulu silent reader..
tak pernah komen apa

Makchaq baca semua jenis blog
politik, masak, agama , cerita kehidupan, jual barang... craft...semua la baca
sampai ada kala rasa kenai sangat dengan pemilik blog
sebab makchaq selalu  kalau baca
baca dari first entri.. sampai berhari nak habis satu blog..

Hujung tahun 2010 makchaq teringin pulak nak buat blog sendiri
sebab bila makchaq dok baca2 tu terpikiaq pulak
kalau ada blog , boleh jugak buat simpan kenangan
tambah pulak makchaq ni pelupa (wonder women..)
benda hat minggu lepas pun dah lupa..(belajaq B.Arab hari Jumaat lepas, hari ni dah tak ingat apa)

Buat blog bulan November 2010 .. buat 3 entri sebulan... semangat..
tapi makchaq ni selalu "semanggoy" (semangat goyah)
dok ralit pi baca sana sini, blog sendiri pun tak bukak sampai lupa..(memang spesis lupa..)

Bulan Disember 2011 baru teringat makchaq ada blog
tengok ada draf yg tak publish....
pasai segan nak tulih yang baru..publish la yg tu..
pastu buat entri baru 1.

Tapi bw & baca tu tetap hari2...
la ni pun makchaq jarang sangat teruih masuk blog makchaq
mesti pi baca blog orang  dulu..

Tu yang sampai la entri makchaq baru 29
campuq hat ni baru 30... 
tu yang makchaq rasa makchaq jadi blog reader lagi sesuai kot..
tulih2 ni makchaq lambat sikit....

Ada kamera pun selalu lupa bawak
bila bawak lupa pulak nak ambik gambaq
bila ingat nak ambik gambaq, bateri tak dak  lupa nak charge
memang tak dak tanjak (orang utara kata) nak jadi blogger

Tapi makchaq seronok sangat2 ada ramai kawan yg makchaq kenai di sini
walaupun tak pernah jumpa rasa macam dah kenai lama
(pasai dah lama makchaq dok baca)
Seronok dok bersembang dalam komen2..

Terima kasih pada semua kawan2, adik2, kakak2, anak2, abang2
yang sudi kawan dengan makchaq dan mai blog makchaq
baca cerita makchaq yg makchaq tak berapa reti nak tulih elok2

Makchaq pulak nak mintak maaf pasai dok baca dari dulu
tapi baru la ni nak tinggai komen bagai tau makchaq dok baca
(makchaq rasa sedih dan bersalah pasai ada 4 blogger yg makchaq selalu pi dok baca tapi tak habaq
makchaq dok baca, tau tau depa dah meninggai.... )

Wah... panjangnya makchaq tulih
tu la makchaq ni tak berapa reti nak tulih elok2

Lagi baguih pi baca kan..

Tuesday, July 3, 2012

KERETA MAKCHAQ

Baru2 ni sepupu makchaq pinjam kereta
kereta depa kemalangan, masuk workshop
susah la depa bila tak dak kereta
nak hantaq 3 anak yg masih kecik ke taska

Baiknya sepupu makchaq tu..
bila dia pulangkan kereta lepas 2 minggu lebih
dia dah baiki kerosakan2 kat kereta makchaq

Kereta makchaq kereta lama (macam tuan dia jugak)
dah dekat 10 tahun (dah habis bayaq.. tu yg best tu..)

Pintu kereta tu sebelah dah tak boleh buka
jadi depa betuikan.. alasan depa susah anak2 nak naik
(anak makchaq pulak - dah mak depa tak betuikan,   depa guna sebelah pintu yg ok saja )

dua tiga hari lepas tu, sepupu makchaq telefon pulak

"kereta kak lah tak dak hon ke?"
"memang tak dak kot "
"ish apa la kak lah ni bawak kereta tak dak hon"

Dulu kawan makchaq pernah bagitau pasai hon tu
dia pinjam kereta tu rasanya 4 tahun lepas..
dari bila hon tu rosak pun makchaq tak tau..

Kesimpulannya
makchaq dan ahli keluarga makchaq
rupanya bawak kereta tak guna hon
sebab tu kami semua tak perasan hon tu tak bunyi

Makchaq, Pakchaq, Hadi, Shuhada, Amir, semua bawak kereta tu
bawak ke merata hala
KL, Shah Alam, Gombak..balik kampung
bertahun-tahun boleh tak perasan hon tak dak
orang lain baru pinjam sat dah perasan

Tak sangka..
PENYABAQ sungguh kami ni masa memandu...


Kereta makchaq yang dah ok pintu dan hon. 
Terima kasih Ayu & Wan.  Lain kali boleh bagi pinjam lagi..