Hujung minggu baru ni kami ikut rombongan meminang
bakal besan abang ipar makchaq tinggal di Kota Damansara
Masa rombongan berjalan menuju dewan
kelepek! sebungkus kuah dal bersepai disebelah kami
mujuq tak timpa ahli rombongan yg dok tatang dulang hantaran
Tak dan habis terkejut, sebungkus lagi sampah bedebuk jatuh
Tak tau la orang atas tu nak melawak ke hapa
Tapi kalau tengok tempek2 sampah dan sisa makanan atas jalan dan tepi blok
memang depa dok besa buat lagu tu..
geli tengok tempek2 sampah dan makanan basi tu
Balik sembang dengan kawan2
rupanya di Putrajaya pun sama
kawan makchaq yang duduk tingkat satu
macam2 masuk rumah dia
puntung rokok, putik kapas, tulang ayam, tisu, pembalut jajan jangan cerita lah...
lampin pakai buang pun ada yang main campak ke bawah
Makchaq masa kecik duduk flet 16 tingkat (makchaq tingkat 15)
orang bujang atas rumah makchaq
suka isap rokok sambil sembang2 di balkoni
lepas tu buang abu & puntung rokok ke bawah
3, 4 kali kena baju makchaq sampai berlubang2 terbakaq,
sekali tu kena baju baru, menangis makchaq
makchaq geram, lepas kukuq nyiok
makchaq naik atas, ketuk pintu
depa bukak, makchaq sua tempurung tu,
ambik pulak tu, tapi muka blur la..
makchaq kata kat depa
"lain kali kalau isap rokok, habuk dengan puntung rokok boh dalam ni, jangan dok tauk ke bawah"
depa sengap tak kata apa
makchaq teruih turun
Geram punya pasai, jadi berani
padahai baru 11 tahun kot masa tu
mak makchaq punya marah
dia takut depa pukui makchaq
Tapi lepas tu depa dah tak buang dah habuk dan puntung rokok ke bawah
Jenis makan saman la tu... mungkin depa tak sedaq depa menyusahkan orang..
Jumpa makchaq pun tak marah,
dok buat lawak pasai tempurung tu ada la...