Thursday, May 16, 2019

Setahun Sekali

Dah bertahun tak masuk blog 
Macam lupa dah
Tadi dok cakap ngan sorang ni
Pasai kisah2 yg dia pernah tulih diblog
Teringat pulak nak jenguk blog

Jumpa draf ni
Tulih 3 ka 4 tahun lepas
Releven pulak..

Walaupun ni kisah lama.. 
Tapi tiap tahun sama la kejadiannya
Semua org malas nak pi beli baju raya
Jadi rasanya taun ni
Kena jait la sepasang kat nafisah 


Mesin antik 
Pusaka arwah mak
Dah 40 tahun lebih rasanya
Tapi elok lagi 
Jahitan pun cantik lagi



Ni mesin baru..
Baru 7 ka 8 tahun

Makchaq ni suka menjahit..
Tapi x dak masa..
Setahun sekali ja la dapat..

Ni nak jahit baju raya Nafisah
Sambil dok ajaq Syuhada 
Kira sekali siap 2 pasang...
Cukup la baju raya Nafisah

Orang lain semua tak mau baju raya
Nak pakai baju yang dok ada
Depa dah besaq.... tak heran dah baju raya
Nafisah pun ajak pi beli baju pun tak mau..


Tuesday, November 7, 2017

PI MELAKA

Cerita lama..
hujung  September
kami pi Melaka
Nafisah ajak pi pantai
makchaq pun suka pantai
masa kecik dok tepi laut
memang laut jadi tempat main
sambil2 cari siput & kerang buat lauk

Dalam perjalanan singgah makan kat, sedap masakan dia..
pedas menyenggau la..

Seronoknya tengok laut
tapi ayaq laut la ni kelabu
di tengah baru nampak biru

Sunset...lama tak tengok
Ada lopak atas batu
ada anak udang terperangkap

Semangat tangkap anak udang dapat la beberapa ekoq..
puas tangkap
lepas balik..
Kawan makchaq balik Melaka anak konvo, singgah jumpa kami..

Jamu depa keria viral..
rupanya orang Melaka pun tak pernah makan..
rezeki kami dapat rasa
kawan pakchaq bagi 3 bungkuih..
kalau nak ajak pakchaq pi beratoq
dalam mimpi ja la...

Monday, September 25, 2017

TAK DAN NAK PI MANA

Sambung sikit cerita Brunei

Pembangunan Brunei tak pesat sangat
masih banyak kawasan hijau
masjid depa cantik cantik
kubah masjid salut emas... kaya sungguh..

Masjid kat kampung air, kubah dia nampak emas kan..




Kami tak pi mana sangat pun 
pi kampung air ja..
tak sempat sebab banyak jemputan makan
dinner, breakfast, brunch, lunch, dinner

Jeti nak ke kampung air





Batu di kiri tu kononnya kapal Nakhoda Manis yang jadi batu  macam cerita Tanggang


Kat Brunei semua jemputan kena sampai
baru boleh start makan
makan asing lelaki pompuan
depa memang ada 2 area makan 
3 rumah kami pegi semua macam tu..
& depa style buffet atoq kerusi keliling
makanan depa macam kita jugak
asam pedas, kari, rendang, pajeri nenas
ada gak la chinese & western 

Kuih lain sikit..
ni wajik temburong, tapai & apa tah nama satu lagi tu, macam dodol tapi rasa rempah sikit


Sebab tak jalan mana 
belanja pi Brunei B$11.50 ja..
masa 1st day ja beli nasik campuq
2 orang B$5.00., jus 2 B$6.00
ayaq mineral 1.5L B$0.50

B$11.50 tu tak masuk tiket la..

hotel ada orang tolong bayaq
pi jalan depa bawak free
naik bot kampung ayaq 
ada yang belanja
kuih2 & ole2 pun ada yang bagi 

Kira ni perjalanan paling jimat...
3 hari 2 malam belanja B$11.50

Ooo.. sebelum terlupa 
kalau sapa sapa pi Brunei 
try la roti canai kat airport
Cafe Royal Brunei punya..
sedap roti canai dia
roti canai tu pun orang belanja jugak
masa kami dah nak balik..

Alhamdulillah... rezeki murah di Brunei

Tuesday, September 19, 2017

SAMA MACAM KITA

Hari Jumaat & Sabtu 15, 16/9
makchaq dengan pakchaq
pi makan kenduri di Brunei
anak kawan pakchaq
makchaq suruh pakchaq pi
dah depa dok ajak berkali-kali

Rupanya pakchaq pi beli tiket kami berdua
makchaq sebenaqnya malas nak pi
awai tahun pakchaq pi jalan Brunei pun makchaq malas nak ikut
tapi dah beli tiket.. pi la jugak
kesian jugak kat pakchaq
isteri orang lain semua ikut

Kenduri sama macam kita
lagu pun lagu Malaysia
pelamin semua macam kita
tetamu lelaki muslim pakai baju melayu siap samping
non muslim pakai batik/suit
perempuan baju kurung/jubah
yg muda2 pakai peplum2 tu la..

Makan agak berbeza,
buffet dia kecik2
lebih kurang untuk 20 orang
meja buffet dan susun kerusi keliling
tetamu pegang pinggan masa makan
tapi semua start makan serentak
kalau datang awal kena la tunggu

Penganti lelaki orang Brunei
pengapit orang berumur dan pakai sempoi ja

Ada silat jugak, yang ada meja tu untuk VIP dan rombongan pengantin



Buah tangan depa bagi beras..
belum masak lagi...





Kalau rajin makchaq sambung cerita Brunei..

Thursday, September 14, 2017

RUMAHKU SYURGAKU

Makchaq ni sejak pencen
tak hilang2 lagi kemaruk dok rumah
dulu masa kerja suka sangat nak cuti
nakpi berjalan bercuti2
nak balik kampung lama-lama..

Tapi sejak pencen ni
seronok sangat dok rumah..
orang ajak pi mana pun malas
yg heran tu balik kampung pun malas..
bila balik tak sabaq nak balik rumah..

Home Sweet Home..
Rumahku Syurgaku..

Rumah bukan la canggih
tapi sebab keliling hutan
jauh dari jalan besaq
sunyi sepi kereta moto pun jarang2 lalu
pagi2 bunyi burung
malam bunyi cengkerik..
rama2, pepatung belalang berterban
tu yg buat seronok sangat..
asai orang kampung
kehidupan kampung jugak la yg dirasa paling best

2 hari lepas sepupu makchaq mai
depa pun ada beli tanah dekat2 sini
depa yg ajak kami beli tanah kat sini dulu
ajak berjiran
tapi last2 depa yg tak duduk sini..

Makchaq tanya la awat tak buat rumah..
katanya anak2 tak suka dok kampung..
alhamdulillah anak2 makchaq ok
depa semua suka kampung dari pekan..

Kuching makchaq pemburu handalan...
Burung, anak biawak anak ular macam2 bawak balik.. dok putajaya dulu tangkap lipas ngan cicak ja...
Tak bela pun.. lepas balik bila dah boleh terbang....

Thursday, April 20, 2017

SERONOK BILA ADA MINAT

Khadijah dari kecik suka masak
lepas form 3,  PT3
makchaq suruh dia masuk kelas masak
sekolah suruh masuk kelas sains
tapi pada makchaq minat tu penting jugak

Tak salah la pilihan tu..
sepanjang tingkatan 4 & 5
dia happy ja pi sekolah..
x nampak stress langsung..
dah buat benda kita suka....
hari2 pun tak pa..

Selain SPM
dapat Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2

Seronok dia dapat markah tertinggi
SKM tahap 2
teori 18.6/20, praktikal 39.5/40
keseluruhan 94.5%

 Memasak

Menghidang





Terlambat sikit pentaksiran depa
ada masalah teknikal berkait bengkel sekolah..
Alhamdulillah selesai dah satu bab..
dia nak sambung belajar masak jugak

Ni dia buat lunch Nafisah
nasi shikansen...
Nafisah asal Jepun suka.. habis semua sayur2 pun makan..

Wednesday, April 12, 2017

NAIK PANGKAT

Pada 25 Mac 2017
makchaq & pakchaq naik pangkat
kami dapat pangkat
mak dan pak mentua
harapan kami biaq la cepat
dapat pangkat tok & tokwan pulak..

Kenduri di Kelantan
gambaq yang sopan tak dak pulak
ni pun tak tau sapa yang ambik
dapat dalam whatsapp ja




Kenduri kat rumah makchaq
tak ambik pulak gambaq keluarga
kalut.. tak teringat nak ambik gambaq
tak pa la tak dak gambaq pun
semua dah selamat dah selesai
lega dah...