Sunday, February 24, 2013

PEMINAT DAUN KARI

Pokok kari kawasan perumahan makchaq kena serang
makhluk apa ntah
tapi mungkin dari India kot
sebab makhluk ni suka makan daun kari ja
pokok lain depa tak makan pun

Bukan kat rumah makchaq saja
kat rumah orang lain pun sama

Kat bawah ni makchaq letakkan gambaq2 depa













Tu la rupa depa..
macam alien pun ada jugak
tak tau mana satu kepala mana satu ekoq
apa eh...

Depa ni makan daun yang hijau tu sampai tinggai rangka daun ja
dah la ramai2 depa mai serbu
sat ja habih sepokok..

Pokok kari makchaq
makchaq dah pangkas habih semua
la ni dah bertunas baru..
tapi takut jugak depa mai pulak..

Saturday, February 16, 2013

MAKCHAQ DAH BERANI...

Antara tempat yang makchaq paling takut nak pi....
klinik gigi...
kalau tak terpaksa memang tak akan pi la..

Asai cerita makchaq jadi takut ni.... lagu ni...

Entah polisi baru apa tah.... (senang doktor gigi nak praktis kot)
klinik gigi bukak kat sekolah makchaq
memandangkan nama mula huruf A..
makchaq  la antara mangsa terawai....

Makchaq pulak kecik2 malas gosok gigi
banyak la gigi nak kena tampai..
memang terseksa bila tengok misi mai kelas bawak kad gigi tu..

Doktor ngan misi tu makchaq rasa ok ja..
( tapi ada jugak yang kata Dr & nurse from hell... tak baik kan depa..)
tapi bunyi  dan rasa seriau tu yang tak tahan.....
misi ada sorang ja.. tukang ambik dan sua barang2 yg doktor nak..
jadi suction tiub masa tengah drill tu kena pegang sendiri....
bila sakit tersuck pulak tangan doktor.... sampai kena marah...lawak pulak bila ingat..

35 tahun berlalu.... (ceh wah... ada gaya drama dak..)

Semalam teman Syuhada pi klinik gigi kat Shah Alam
masa mula2 Syuhada jumpa Dr Azma
dia dengan  KPJ
la ni dia dah bukak klinik sendiri..
Dr Azma ni Dr pakar..

Klinik dia sangat cosy... best..
rasa relax tak macam selalu makchaq rasa bila pi klinik gigi..
dulu2 kan klinik gigi rasa macam gloomy ja..
klinik ni nampak ceria..

Ni tempat pendaftaran




Coffee coner, siap ada biskut. Peneman ja la boleh makan...patients   memang tak makan la.. unless bawak berus gigi, boleh gosok lepas makan..











Pintu masuk ke bilik rawatan pun cantik..












Nafisah pun suka..
ok ja bila makchaq tanya nak check gigi ka tak

Dah kenyang makan biskut ngan minum milo kat coffee coner..










Nafisah dah ready
misi dah pakaikan spek itam kat dia sebelum depa pasang lampu











Relax.... sambil check doktor sembang2...
Tengok Nafisah relax..
makchaq pun dengan rela dan tenangnya check gigi dan ganti filling yg dah 35 tahun usianya.. dah lama nak ganti..dah rosak.. tapi takut..

Kos pun jauh lebih murah dari KPJ


Terus nak promosi.........
kepada sapa2 yang macam makchaq
rasa klinik gigi tu gerun..
yang duduk sekitar Shah Alam
boleh la pi klinik Dr Azma..





Klinik Dr Azma kat Seksyen 7
kalau menghala ke seksyen  8
masuk simpang immediately lepas Petronas (yg dekat Jakel)
terus ja.. Jalan Plumbum N7/N
no tel 019-2136233

Saturday, February 2, 2013

ALHAMDULILLAH PAKCHAQ NI PENYABAQ... KE PASRAH?

Minggu ni pakchaq ambik cuti hari Ahad
jadi tak la kelam kabut hari Sabtu petang dah nak balik
sebenaqnya pakchaq ada jemputan kenduri 2hb (Sabtu) malam
jemputan dari bos pakchaq di Putrajaya
walaupun jemputan tapi macam mesti kena pi
sebab bos dah suruh pakchaq cuti hari Ahad

Makchaq pun ada jemputan jugak 2hb (Sabtu) siang
jemputan dari kawan sekolah
hari Jumaat dah bagi tau pakchaq
ajak pi pasai makchaq tak tau jalan
kenduri di Taman Tasik Titiwangsa (Casa Ombak)

Syuhada pulak nak pi KLCC (hari Sabtu jugak)
nak ambik barang apa entah
jadi cadangannya kami hantaq Syuhada ngan Khadijah ke KLCC
pastu kami pi kenduri
lepas makan kenduri baru kami pi ambik depa balik..

Lepas drop depa (Nafisah pun nak ikut depa)
kami pun bergerak ke TTT
sampai tempat kenduri nampak lengang
betui ka ni.. suruh pakchaq check balik jemputan

'Sabtu 2hb March la sayang oi..... bukan Sabtu 2hb Februari.....'

'Sorry...... marah ke bang...?'

'entah...tak tau nak kata... '
tapi makchaq tengok pakchaq tak tension pun.. muka macam nak gelak pun ada..

'nasib la bukan kat Temerloh ke mana..'  tapi bunyi tak marah pun... lega

Apa la makchaq ni kan....  kena penyakit  apa entah
tak dak ong langsung bab makan kenduri


Ni baru balik dari kenduri bos pakchaq
Raja Nazrin ngan isteri pun mai....
hensom.. Raja Nazrin... isteri dia pun cantik betui.....
masa depa nak balik depa salam2 dengan jemputan lain yang berbaris masa depa nak balik
makchaq pun salam jugak.....

Kakcik Seroja... makchaq salam dengan Raja negeri Kakcik...

Lain kali makchaq nak pi kenduri ikut pakchaq ja la.. tak nak dah ajak pakchaq pi kenduri makchaq..


Nafisah posing kat kedai candylicious
kat KLCC.. kami jumpa depa kat sini masa pi ambik depa
cantik kedai ni....
tapi sebab tak minat sangat coklat beli sikit ja .. tapi sikit2 pun RM100 lebih jugak la..